31 Januari 2010

Baja baru

Pagi ini, aku meluangkan masa menghadiri satu promosi Baja, keluaran Lembaga sawit Malaysia (MPOB), ia nya dianjurkan oleh dealer tempatan dan di adakan di kedai kopi Ramli Mamat.

Dari penerangan yang di berikan, jelas baja ini iaitu dinamakan MPOB F4 sangat sesuai dengan tanah aku yang berbukit dan berbatu leterit (batu kawi).

Aku memang berminat dengan baja ini dan berhasrat ingin mencubanya di pusingan membaja kali ke-2 tahun ini, iaitu di bulan Mei nanti, membaja pusingan pertama telah pun siap dilakukan pada bulan ini (Jan).

Baja keluaran terbaru MPOB ini di isi didalam beg 25 kg dan di jual dengan harga diantara RM40.00 ke RM45.00 sebeg, bagi setiap pokok perlu dibaja sebanyak 2.5 kg sepokok sekali membaja, ini bermakna bagi keluasan tanah 14 ekar, perlu disediakan sebanyak 76 beg @ RM 3,420.00 untuk sekali membaja.

Walau apa pun, aku perlu cuba dulu dan lihat hasilnya kemudian, perlu di ingat, pembajaan hari ini akan di lihat hasilnya 2 tahun akan datang, itu yang payah tu..................

Tiada ulasan: