11 Januari 2010

Tidak pernah serik


Saya tertarik untuk menyiarkan kembali berita ini, sekurang-kurangnya boleh dijadikan panduan untuk mengelakkan kejadian serupa menimpa kita,

Berita seperti ini bukanlah kisah baru bagi kita, tetapi yang menghairankan, orang ramai masih tidak serik-serik dengan skim pelaburan seperti ini............ikutilah berita selanjutnya.


KULIM: Tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan oleh penganjur skim pelaburan penternakan cacing di sini, kirakira 3,000 pelabur kerugian lebih RM25 juta apabila penganjur melarikan lari.

Malah pejabat penganjur skim itu, Kulim Worms Agrotec (KWA)(M) Sdn Bhd di Kilang Lama di sini, disita pemilik bangunan awal Disember lepas kerana tidak melunaskan sewa hampir RM10,000.

Setelah merasa tertipu, lebih 200 mangsa skim tersebut membuat laporan polis di balai polis di sini sejak awal bulan ini.

Dalam sidang media oleh mangsa skim tersebut di hadapan premis KWA di sini hari ini, pelabur dari Pulau Pinang, Kedah dan utara Perak itu mendakwa melabur antara RM5,000 dan RM3 juta sejak Jun 2008.

Menurut risalah KWA, syarikat itu menjalankan penternakan cacing dan penghasilan baja vermikompos organik dengan usahasama Konsortium Koperasi Pengguna Malaysia Berhad (KKPMB).

KWA membuka tujuh cawangan iaitu di Sungai Petani, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Alor Setar, Butterworth dan Tunjang di Kubang Pasu dengan Kulim sebagai cawangan utama bagi memudahkan orang ramai melabur dalam skim yang disediakan.

Ketua Polis daerah Kulim Supritendan Ghuzlan Salleh yang dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada pelabur skim terbabit dan berkata polis sedang menyiasat kes itu.
Sementara itu, dua pesara mendakwa melabur RM150,000 hasil simpanan dan gratuiti mereka sejak September tahun lepas.

Pesara Jabatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Shahibul Kiraya Haliman Shah, 56, berkata dia melabur sebanyak RM35,000 manakala bekas guru, Omar Ismail melabur RM115,000 setelah dijanjikan pulangan bulanan sebanyak 3.3 peratus.

"Saya turut melabur RM15,000 untuk menternak cacing setelah mengikuti kursus anjuran
KWA dan setakat ini hanya mendapat pulangan berjumlah RM20,000 iaitu bayaran untuk September dan Oktober lepas," kata Omar.


Berdasarkan berita di atas, pelaburan ini di janjikan pulangan bulanan sebanyak 3.3 peratus, bermakna setahun 39.6 peratus, pada saya ini adalah satu kadar yang munasabah, munkin atas sebab inilah maka ramai dari kalangan pelabur terlibat.

Jikalau begitu, apakah puncanya penganjur skim itu, iaitu Kulim Worms Agrotec (KWA)(M) Sdn Bhd masih melarikan diri ? saya sangat percaya, punca utama ialah kerana sedari awal penubuhannya, ALP KWA ini sudah berniat mahu menipu orang ramai.

Mereka tahu, kalau berniaga secara biasa dan terpaksa pula membayar dividen sebanyak itu, sudah tentu perniagaan mereka kurang berdaya maju, satu perkara lagi yang perlu di fikirkan, jikalah kita andaikan bahawa KWA ini betul-betul mahu menjalankan perniagaan dan mereka yakin bahawa perniagaan mereka boleh berdaya maju.

Mengapa mereka membuka skim perniagaan mereka kepada orang awam ? bukankah lebih baik mereka membuat pinjaman Bank, yang kadar faedahnya didalam linkungan 6% setahun sahaja atau kurang dari itu.

Dengan membuka perniagaan seperti itu dan menerima deposit dari orang ramai, mereka terpaksa membayar dividen sebanyak 39.6 % setahun, kepada pendeposit, satu jumlah yang jauh lebih besar dari faedah yang dikenakan oleh Bank.

Lagi satu kemunkinan yang membuatkan ALP KWA berubah fikiran ialah kerana, setelah mereka membuka tawaran kepada pendeposit untuk membuat caruman, mereka dapati caruman mencurah-curah masuk sehingga berjumlah puluhan jutaan ringgit, melebihi dari nilai harta syarikat mereka.

Satu perkara biasa, syarikat yang beroperasi seperti ini, lazimnya mempunyai nilai harta yang sedikit, malah jika kita teliti didalam kes KWA ini, kita akan dapati bahawa KWA ini hanyalah menyewa premis orang sahaja, oleh itu modal harta mereka sebenarnya lagilah sedikit, setakat modal kos operasi sahaja.

Kerana itu mereka berpendapat, sebelum berlaku sesuatu yang boleh menyusahkan mereka, lebih baik mereka cabut dulu.


Inilah yang lazimnya berlaku dan setelah mereka menutup perniagaan, setelah mereka enjoy beberapa bulan, mereka akan membuka perniagaan baru dengan nama baru pula, inilah putaran yang sentiasa terjadi.

Setelah itu mereka akan mencari pelanggan lagi, kali ini pelangan mereka adalah pelangan baru yang belum merasa bagaimana peritnya kena tipu dan kini giliran pelangan baru inilah pula yang tertipu, begitulah roda berpusing tidak sudah-sudah sejak zaman Pak Man Telo sampai lah sekarang ........................................








Tiada ulasan: