03 Julai 2009

Peneroka felda kota gelanggi 01, boleh ambil balik geran di pejabat

Hari ini semasa mempengerusikan mesyuarat khas mengenai perlantikan AJK baru koperasi felda kota gelanggi 01, En. Hamid selaku pengurus felda telah mengambil sedikit peluang memberi tahu bahawa sesiapa diantara peneroka yang telah menyerahkan gerannya kepada felda semasa menyerahkan tanahnya untuk di uruskan oleh felda beberapa tahun dahulu, boleh mengambil kembali geran tersebut.

Alasan En.Hamid ialah, sewaktu beliau menjadi penolong pengurus di felda padang piol dahulu, tiada pula dikenakan syarat bahawa sesiapa yang mahu menyerahkan tanahnya kepada felda mesti menyerahkan geran.

Oleh itu beliau mengambil keputusan untuk menyerahkan semua geran milik peneroka yang di pegang oleh pihak pengurusan rancangan kepada peneroka semula.

Saya sebagai salah seorang peneroka menyambut baik keputusan En. Hamid tersebut, walau pun saya tidak terlibat kerana geran saya memang berada didalam simpanan saya sejak dahulu.

Tetapi pelik juga, kenapa selama ini geran tersebut di simpan oleh oleh pihak pengurusan felda kota gelanggi 01, sedangkan di tempat lain tidak pula mengenakan syarat sebegitu rupa.

Walau macam mana pun terima kasihlah kerana felda sudi menyerahkan kembali geran tersebut, walau pun hutang peneroka dengan felda belum pun di lakukan pemotongan lagi.

Sebenarnya di kalangan orang kampung dan peneroka felda di seluruh negara, geran adalah lambang kebebasan seseorang didalam hidupnya, dengan memiliki geran tanah yang tertera namanya tertulis didalam geran tersebut, bermakna orang tersebut adalah pemilik sebenar tanah itu, begitulah pentingnya geran terhadap hidup petani.

Setelah bertungkus lumus sewaktu diawal menjadi peneroka felda dahulu, akhirnya setelah selesai membayar hutang, peneroka diserahkan geran tanah, tetapi terpaksalah pula membayar cukai tanah kepada kerajaan negeri, sebagaimana syarat yang telah ditetapkan, malangnya ada juga segelintir peneroka yang mengabaikan tugas tersebut.

Di khabarkan ada diantara peneroka yang tidak membayar cukai tanah sejak dari mula menerima geran tanah sehingga sekarang ini, tetapi bilangannya kecil sahaja, walau macam mana pun, tindakkannya itu pasti akan menyusahkan dirinya di satu masa nanti.

Begitulah liku-liku hidup difelda yang kini telah meningkat tarafnya menjadi felda global............






4 ulasan:

Don Balon berkata...

LKTP..
ahh..pegurusan felda sekarang memanc gampanc..
cari jalan nok cengkam peneroka je..
koi budok gelangi 2..
rodonc koi Dzulkarnain anak arwah chu mat gelangi 1..

Dzulkarnain Mohamad berkata...

cik Aziz..
terus la menulis pasal berita gelanggi 1, dapat juga info sket2 walau jauh di negeri org..

LKTP1328 berkata...

Sdr Don Balon dan Dzulkarnain Mohamad,
Terima kasih diatas kunjungan sdr ke blog Pak cik.
Insyaallah Pak cik akan terus menulis,
Di dalam Blog LKTP1328 memang Pak cik khaskan kepada hal-hal yg berkaitan peneroka felda dan yg seumpamanya.
Cumanya cara Pak cik menulis, adalah kadang-kadang mengkritik felda sedikit, bukannya teruk sangat kritikannya pun.
Masaalahnya ada segelintir manusia yg tak boleh langsung Pak cik kritik felda, dia akan membela dan mengutuk Pak cik dng macam-macam perkataan.
Pak cik akui felda memang berjasa besar kepada Pak cik sekeluarga, tetapi kalau ada yg Pak cik tak puas hati sikit, tak kan tak boleh di luahkan di dalam blog Pak cik sendiri.
Inilah dunia, cabaran hidup yg berbagai ragam.
Oh ya blog sdr Dzulkarnain Mohamad " Menerung paya" Pak cik sudah senaraikan kedalam BLOG GENERASI FELDA, diharap rajin-rajinlah menulis.

Omen Necrofis berkata...

Betul tuh.. Felda x sepatutnya simpan geran tanah peneroka. Tapi mungkin ada sebabnya felda buat demikian seperti, khuatir peneroka memajaknya kpd pihak tertentu dan sebagainya...