15 Disember 2009

Menyanyi menjadi syarat untuk dihantar balik ke Thailand


KUMPULAN 210 orang pendatang Thailand termasuk ada yang memegang potret Raja Bhumibol dan Permaisuri Sirikit Kitiyakara menunggu untuk diserahkan kepada wakil kerajaan mereka di Sadao semalam.


SADAO (Thailand) - Pihak berkuasa Thailand ada cara tersendiri untuk menentukan status rakyat negara mereka sebelum dibawa pulang selepas menjadi pendatang tanpa izin di Malaysia.

Selepas menempuh beberapa tapisan, mereka kemudian secara spontan diminta menyanyi lagu kebangsaan negara itu, Phleng Chat.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Pengurusan), Che Din Yusoh berkata, dalam pemilihan itu, hanya 210 orang pendatang tanpa izin yang melepasi saringan tersebut dan dihantar balik ke Thailand semalam sempena hari lahir ke-82 Raja Thailand, Raja Bhumipol Adulyadej.

"Thailand menghantar pasukan khas untuk melakukan saringan itu selepas ada kes pendatang negara lain seperti Myanmar menyamar menjadi rakyat mereka,'' katanya pada pemberita selepas majlis penyerahan kumpulan pendatang itu kepada pihak berkuasa Thailand di sini semalam.

Menyambut ketibaan mereka ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri Thailand merangkap wakil rakyat Songkhla, Thawom Senneam.

Kumpulan itu adalah antara 520 warga Thailand yang dihantar pulang dalam tiga program seumpama itu selepas yang pertama pada Januari lalu dan diikuti fasa kedua pada bulan Ogos.


Komen saya =

Saya sangat tertarik dengan cara Kerajaan Thailand menyaring rakyatnya untuk diterima pulang sebagai warga negaranya, apabila saya membaca berita diatas saya teringat tentang bagaimana mudahnya Malaysia menerima dan menyesahkan status seseorang warga negaranya.

Sebagai contoh, apabila tv kita menemuramah seseorang yang dikatakan rakyat kita di negara asing yang berjaya didalam sesuatu bidang, tetapi temuramah tersebut diadakan didalam bahasa Inggeris, maka bercakaplah "warganegara" tersebut dengan lancarnya menceritakan tentang kejayaannya didalam bahasa tersebut.

Persoalannya, betul ke dia ni warga negara Malaysia kalau sepatah haram pun dia tidak pandai berbahasa kebangsaan ? apalah maknanya untuk kita berbangga dengan warga negara seperti ini, inilah akibatnya apabila kita tidak mensyaratkan semua warga negara mesti tahu dan boleh berbahasa Malaysia.

Satu lagi contoh, apabila kita secara kebetulan pergi kekampung-kampung baru (perkampungan orang cina) atau kepenempatan perumahan yang dihuni oleh orang-orang India, lantas kita ingin bertanya sesuatu berkaitan jalan atau apa-apa sahaja, dan kita dapati orang yang kita tanya tersebut,langsung tidak tahu berbahasa Melayu.

Apa ni................ dia ni betul-betul ke warga negara....atau pendatang haram ? kita tidak dapat membezakannya, rupa sama, kulit sama, silap-silap kalau Polis periksa pun, ada i/c biru pulak .........

Jikalaulah semasa perundingan untuk mendapatkan kemerdekaan dahulu disyaratkan bahawa semua yang mahu menjadi warga negara Malaysia mesti wajib boleh berbahasa Malaysia, munkin kerja penilaian menjadi mudah.

Jumpa je.....warga asing tetapi memiliki i/c biru, namun sepatah haram tak tahu bahasa Malaysia, sah dia ni, memiliki i/c palsu.......... kan senang.





Tiada ulasan: