10 Disember 2009

Felda mahu kerjasama dengan pekebun yang urus sendiri ?


Hari ini saya telah menghadiri satu majlis dialog yang diadakan di Dewan orang ramai Felda Mayam, di gugusan Bera, Pahang. Majlis dialog yang julung kali diadakan dan mendapat kerjasama dari Felda ini diadakan diantara Persatuan Kebangsaan Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM) dengan Felda dan MPOB, adalah anjuran PKPKM peringkat Negeri Pahang.

Kerjasama yang saya maksudkan itu lebih bermakna apabila felda sanggup membiayai separuh dari kos makan tengah hari dengan penyembelihan seekor lembu yang di hidangkan oleh tuan rumah iaitu PKPKM cawangan felda Mayam dan Purun, satu perkara yang tidak pernah di lakukan oleh felda.

Kehadiran yang menjangkau hampir 500 orang peserta ini turut dihadiri oleh Presiden PKPKM Dato' Aliasak Ambia dan Timbalannya Tuan Haji Yusof, En.Jaya Zainal, Pengawal Wilayah Mempaga, Pengurus-pengurus Felda berhampiran dan En.Hamdan pegawai MPOB dari Kuala Lumpur.



Pengawal Wilayah Mempaga En. Jaya Zainal yang Felda Mayam adalah antara Felda yang dibawah seliaannya yang juga merangkumi 36 rancangan lain di Negeri Pahang didalam ucapan perasmiannya telah menyatakan hasrat Felda untuk bekerjasama dengan PKPKM .

Antara langkah awal di dalam usaha kerjasama tersebut ialah semua pengurus rancangan diarahkan menubuhkan jawatan kuasa kebun urus sendiri disetiap kawasan felda yang menurut En Jaya, akan dipengerusikan oleh pengurus rancangan.

Langkah Felda yang menetapkan bahawa jawatan kuasa kebun urus sendiri ini di mestikan di pengerusikan oleh Pengurus Felda telah di sambut dengan penuh kewaspadaan dari kalangan ahli PKPKM cawangan felda masing-masing.

Andaikata jawatan kuasa tersebut nanti ditubuhkan dengan melantik AJK baru dengan mengenepikan AJK yang sedia ada di dalam AJK PKPKM cawangan, Maka sahlah bahawa felda hanya berhasrat mahu mengkucarkacirkan ahli-ahli yang urus sendiri kebunnya. Perlu diingat, bahawa PKPKM adalah sebuah pertubuhan berdaftar dengan pendaftar pertubuhan, bukan sebuah pertubuhan haram !

Oleh itu sebarang usaha untuk mengkucarkacirkan ahli-ahli jika ada, pasti akan di tentang habis-habisan.

Setelah sekian lama para peneroka felda di seluruh negara memohon supaya diwujudkan sebuah persatuan peneroka felda tetapi permohonan mereka telah ditolak, sedangkan golongan lain boleh pula berpersatuan.

Hanya persatuan peneroka felda di peringkat Negeri Johor sahaja berjaya di tubuhkan atas pertolongan Datuk Musa Hitam ketika itu, tetapi selepas Datuk Musa Hitam tidak berperanan lagi didalam politik, maka usaha mengembangkan ke negeri lain atau di peringkat persekutuan telah di tolak, di ugut dan pelbagai cara halangan lagi oleh felda didalam usaha menggagalkannya.

Akhirnya persatuan peneroka felda Negeri Johor berkubur tanpa batu nisan, begitulah kaedah yang dilakukan oleh felda didalam usaha mereka mengawal peneroka felda diseluruh negara agar kekal kemas didalam gengaman mereka, tetapi yang peliknya pegawai-pegawai felda boleh pula berpersatuan. Mereka ada bermacam-macam persatuan, dari peringkat rendah sampailah keperingkat tertinggi.


Setelah Kerajaan Negeri memberi hak milik tanah kepada peneroka felda, maka diatas daya usaha beberapa pemimpin peneroka, mereka telah berjaya menubuhkan persatuan pekebun kecil dengan menyerap masuk kedalam persatuan yang telah sedia ada iaitu PKPKM.

Usaha yang berterusan PKPKM didalam memperjuangkan nasib peneroka felda yang urus sendiri kebunnya semakin menampakkan hasilnya, apabila dengan kerjasama MPOB, iaitu sebuah badan yang ditubuhkan oleh Kerajaan bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan sawit telah memberikan pelbagai bantuan dan pinjaman didalam usaha meningkatkan kehidupan bekas peneroka yang terpinggir ini.

Kepimpinan PKPKM pusat sebelum ini, sering mengadakan dialog dengan pelbagai agensi Kerajaan, selain MPOB, mencari jalan mengatasi masaalah yang dihadapi oleh bekas peneroka felda yang urus sendiri ini, cuma dengan felda sahaja belum berjaya, kerana sikap felda yang menganggap PKPKM adalah musuh mereka, cuma disaat-saat terakhir ini didapati felda sudah berlembut sedikit, tetapi disesetengah tempat sikap felda kepada peneroka yang nak urus sendiri ini masih keras.


Dan terkini diberitahu oleh Timbalan Presiden PKPKM semasa majlis dialog tersebut bahawa, PKPKM sedang berunding dengan MPOB bagi memohon lesen mengumpul, mengalih dan menjual buah sawit bagi setiap kebun yang dimiliki oleh pekebun kecil.

Mengikut undang-undang, pekebun kecil berhak memperolehi lesen tersebut, malangnya setakat ini felda telah berusaha menghalang peneroka memperolehinya dengan alasan peneroka felda tertakluk di bawah akta GSA.

Namun kini setelah Felda menghulurkan tangannya untuk bekerjasama dengan pekebun yang urus sendiri kebunnya maka diharapkan halangan tersebut tidak wujud lagi, andaikata felda masih lagi dengan sikapnya yang membantah MPOB yang dikatakan bersedia mahu memberi lesen tersebut kepada pekebun kecil, jelaslah kerjasama yang di war-warkan oleh felda itu hanyalah satu sandiwara sahaja.

Sebenarnya lesen sawit MPOB ini adalah penting sebagai lambang pembebasan, lambang merdeka ! kepada peneroka yang urus sendiri, disini saya ingin menjelaskan bahawa bukan bermaksud apabila peneroka yang urus sendiri mahukan lesen MPOB tersebut, bahawa mereka berhasrat mahu menjual buah sawit mereka kepada pengilang luar, tetapi apa yang diinginkan oleh peneroka ini ialah mereka ada kuasa tawar menawar didalam urusniaga tersebut.

Kuasa tawar menawar itulah yang dinamakan kebebasan ! bebas membuat pilihan ...............

Setelah pegawai MPOB selesai membuat tayangan slaid tentang peranan yang telah dilakukan oleh MPOB didalam membantu para pekebun sawit dengan pelbagai bantuan, majlis diakhiri dengan soal jawab dan majlis berakhir di sekitar jam 1.00 tnghari dengan makan tengah hari dan bersurai ..........................sekian.




Sila klik di bawah untuk mendapatkan web PKPKM............

Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia





2 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum..

Kerjasama dengan FELDA dan PPK...????

Yang inginkan kebebesan dan keuntungan orang urus sendiri..supaya dapat tawar menawar dalam masa menjual buah.. Nak beli baja dengan FELDA kononnyer nak dapat murah dan mudah. Boleh hutang dulu pastu bayar ngan buah...seronoknyer biler mendengarnyer..
Macam mane pula dengan perasaan orang masih bersama FELDA yang tidak berkeupyaan untuk urus sendiri kebun. Mereka sentiasa diperlekehkan, tak cerdik lah kononnyer.Urusan maintanence ladang diserahkan kepada FELDA dan kosnyer ditanggung pekebun yang bersama FELDA. Makin Botak la kepala dia orang.
Nak mintak duit dengan orang tanam sendiri nak buat maintanence jalan pertaniaann!!! jangan harap.. mintak 5 ringgit pun untuk urusan kampungpun..kena maki hamun. Itu belum lagi dengan kerja- kerja parit ladang. ermm entah lah..

Mereka usaha sendiri nie.. selalu mendabek dada mengatakan urus sendiri pendapatan gempak.. yelah hari ini hari mereka.. esok lusa belum tau. Pandai urus pendapatan selamat lah akan datang..sementara boleh ke ladang.. ye dak.

Peneroka bersama FELDA sabar ajelah... ALLAH MAHA ADIL DAN MAHA PENGASIH. Bagi peneroka yang bersama FELDA dan ingin keluar menjadi seperti mereka..tepuk dada tanyer selera..

Walau apapun.. FELDA tetap FELDA. Cara FELDA adalah tujuannyer.

Kiter daripada tak bertanah.. ada tanah... daripada hidup merempat..ada tempat berteduh.. dari negeri lain datang merantau mencari tanah. Daripada mendengar kata sampai dah boleh melawan..kena ingat tu..

Waallahuaalam...

LKTP1436 berkata...

Terima kasih Mooncake kerana membuat ulasan,
Berkaitan dng jalan pertanian diladang, kami masih ada duit simpanan bersama felda berjumlah L|K RM70,000.00 yang tersimpan entah berapa puluh tahun yg lepas.
Felda tidak pun mengira faedahnya,

Duit itu adalah duit bersama semasa belum tanam semula dahulu, cadangan telah pun dibuat agar wang itu di gunakan untuk membeli batu kapor utk jalan..........jadi tiada masaalahlah agaknya buat sementara waktu.

Tentang maintanence jalan, itu persatuan akan pujuk peneroka urus sendiri untuk membuat bayaran.... utk simpanan masa akan dtg, memanglah ada sesetengahnya yg berkira, tetapi tidak semua macam tu....

Tentang beli baja, bukan kita org yg minta tetapi felda yg menawarkan, munkin baja felda berlebihan kot, itu pun kalau mahal kita tidak mahu, lebih baik kita beli luar, kalau di luar lebih murah.

Tentang hutang baja, di luar pun boleh hutang, cuma yg penting kita jujur,

Kalau kita buat rekod baik, org berebut-berebut nak beri kita hutang, tetapi kalau kita rekod buruk, siapa pun tak mahu beri hutang.

Lagi satu saya harap sdr jangan bersikap bermusuhan dng org yg urus sendiri, ungkit itu dan ini, macam sdr itulah felda nya.

Perlu saya beritahu dan memperingatkan kpd sdr bahawa satu ketika dahulu kedapatan seorang dua peneroka yg urus sendiri, dng bongkaknya mengutuk felda dng bermcm-mcm kutukan sehingga satu ketika dia berkata lambang felda pun dia benci nak tengok, saya larang dia bercakap sombong seperti itu, tetapi dia tidak peduli.....

Akhirnya setelah setahun dua, dia serah balik kepada felda, dan kini dia memuji-muji felda pula....

Begitu juga ada seorg dua yg memang asalnya bersama felda, wah bukan main lagi puji nya dia kepada felda dan mengutuk org yg urus sendiri dng bermcm-mcm kutukan, tetapi kini dia telah ambil aleh kebunnya dan mengutuk felda pulak..... terbalik.

Oleh itu saya nasihatkan sdr jangan bersikap seperti mereka, jangan kutuk sana, puji sini, rasionallah didalam tindakkan, bukan apa! saya bimbang sdr juga nanti menjadi seperti mereka....mengutuk felda pulak....

Itu kita tidak boleh tahu, kalau Tuhan nak tunjuk dia akan tunjuk terus mcm apa yg terjadi kpd kedua-dua puak yg saya ceritakan diatas tadi...

Tentang Allah maha adil tu ....memanglah Allah tu maha adil, cumanya kita jangan berlebihan sangat,

Membenci jangan berlebihan dan sayang pun jangan berlebihan.

Berpada-padalah....felda bukan terlalu bagus dan peneroka pun bukan bagus sangat........