06 Disember 2009

Tak tahu berterima kasih

Didalam entri yang lepas, saya ada menyentuh berkaitan cadangan untuk mengkaji bagi menghentikan subsidi harga gula, dan sehari dua kemudian keluar kenyataan dari Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe bahawa Kerajaan tidak berhasrat untuk menarik balik subsidi gula dalam masa terdekat, sekaligus mengekalkan harga barangan tersebut pada RM1.45 sekilogram

Maka selepas itu keluarlah kenyataan dari penulis blog yang pro kerajaan bahawa kenapa tidak ada ucapan terima kasih dari orang-orang seperti saya diatas kesudian kerajaan menarik kembali cadangan menghentikan subsidi harga gula tersebut.

Sebenarnya kalau kita teliti dari kenyataan Tan Lian Hoe ini, bahawa Kerajaan tidak berhasrat untuk menarik balik subsidi gula dalam masa terdekat, saya ulang " dalam masa terdekat", bermaksud, hasrat tersebut masih ada, cuma di hentikan sementara dalam masa terdekat.

Satu lagi perkara, kita sering mendengar ungkitan dari Kerajaan diatas cadangan untuk menarik balik subsidi tersebut kerana kerajaan tidak sanggup lagi menanggung subsidi sebanyak RM720 juta setahun, iaitu subsidi sebanyak 60 sen bagi setiap kilogram, bagi mengekalkan harga gula RM1.45 sekg.

Begitu juga semasa Pak Lah menjadi PM, beliau telah membuat keputusan menghentikan subsidi petrol, atas alasan tidak sanggup lagi menanggung kos yang begitu tinggi dan akhirnya subsidi dihentikan, lantas telah menyebabkan harga bahan tersebut naik.

Yang lucunya, tiga bulan kemudian, harga petrol diturunkan kembali atas alasan harga petrol telah turun dipasaran dunia, tetapi akibat kenaikan petrol yang terdahulu telah mengakibatkan harga pelbagai barangan naik mendadak, kalaulah Kerajaan boleh bersabar sedikit, harga petrol tidak perlu dinaikkan terus, maka harga barang-barang tidaklah akan naik, dengan itu Cuepacs tidaklah akan meminta gaji dan bonos kakitangan awam dinaikkan.

Peliknya, peristiwa tersebut tidak pula dijadikan pengajaran didalam kes subsidi gula ini, yang diungkitkan ialah negara-negara lain tidak pun memberi subsidi gula kepada rakyat mereka, contoh yang terdekat di Indonesia, harga gula tanpa diberi subsidi mencecah RM3.60 ke RM4.50 sekilogram...kononnya.

Perkara ungkitan ini sebenarnya samalah seperti seorang ayah yang diminta oleh anaknya membeli basikal yang lebih baik kerana basikal lamanya sudah buruk, maka siayah pun berkata.........ahhhhhhhh ayah sianu tidak pun membeli basikal untuk anaknya, kamu ni... nak lebih-lebih.

Sebenarnya gula ini adalah salah satu bahan penting didalam kehidupan rakyat bawahan, contohnya seorang buruh kasar yang bekerja di kebun kelapa sawit dengan mengcungkil dan melonjakkan buah sawit seberat 10....25 kg setandan sawit kedalam lori, sangat memerlukan bahan ini untuk menambah tenaga,

Bayangkan jika harga gula naik sampai RM1.00 sekg atau lebih, maka secara tidak langsung, para peniaga akan menaikkan harga minuman, biskut, kueh mueh, dan semua yang berkaitan dengan gula.

Maka apakah akan jadi kepada golongan buruh-buruh ini, mereka perlu bawa bekal air kopi dan kueh mueh untuk membolehkan mereka bekerja sepanjang hari, begitu juga driver lori, pekerja kilang, pengawal keselamatan dan lain-lain yang berpendapatan kecil tetapi tenaga tetap perlu dikeluarkan, semakin terhimpitlah kehidupan mereka, tidak perlukah semua ini diambil kira ?

Betul ! mengambil gula yang berlebihan, boleh mengundang pelbagai penyakit, tetapi itu tidak boleh di jadikan alasan untuk menaikkan bahan penting didalam kehidupan ini, kerana pelbagai jenis makanan lain juga banyak yang boleh mengundang pelbagai penyakit.

Kalau masaalah kesihatan dijadikan alasan, maka Kerajaan terpaksa menaikkan pelbagai bahan makanan lagi untuk menjadikan alasan ini boleh diterima.

Lagi satu yang saya geramnya, kerajaan ni, kalau hal-hal yang berkaitan kepentingan rakyat jelata, berkira sangat.............di ungkitkan, subsidi sini 720 juta, subsidi sana 800 jutalah, tetapi dalam berkira-kira tu...............lesap puluhan Bilion Ringgit didalam kes PKFZ, lesap Ratusan Juta Ringgit didalam kes Jejambat runtuh, Stadium runtuh dan pelbagai lagi yang baru di bina tetapi runtuh.

Itu belum lagi disebut kes penyelewengan sejak zaman dulu-dulu, dari kes BMF di zaman Tengku Razaleigh jadi Menteri kewangan dan lain-lain sampai sekarang, tak terkira lagi bagi saya seorang peneroka felda ni..........dah tak reti nak kira, punya banyaknya.

Yang peliknya, tak pula kita dengar, kes ni di bawa ke Mahkamah................................

Sepatutnya sebagai kerajaan yang bertanggung jawab, inilah yang perlu dikawal, kalau segala penyelewengan ini boleh diatasi, maka tidak timbul lagi ungkitan subsidi yang diberikan kepada rakyat jelata yang bernilai berapa sen sangat jika dibandingkan dengan yang di lesapkan oleh buaya-buaya darat itu.

Tentang rakyat perlu berterima kasih kepada kerajaan kerana memberikan pelbagai subsidi dan dibandingkan dengan sesetengah negara yang langsung tidak memberi subsidi.............

Ini lagi satu masaalah, semasa kempen pilihan raya, di beritahu bahawa jika menang parti sianu berjanji, jika berjaya membentuk kerajaan, mereka akan berkhidmat kepada rakyat dengan sebaik munkin, rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan.........kononnya.

Dah tu....... nak diungkit apa lagi weh !..... dah tanggung jawab kamulah.............

Macam pengantin sedang bertaklik di depan wali, berjanji akan menjaga anaknya sebaik munkin, memberi makan, pakaian dan lain-lain keperluan, lepas kahwin beberapa tahun kemudian, mengunkit pula segala tanggungannya selama ini.................

Terima kasih tu.....terima kasihlah.......tapi tak kan tak boleh ditegur langsung, salah silap mesti di tegur juga.







7 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Betul ulasan tuan, tapi kalau tidak kerana Tun Mahathir memecat Anwar, sudah lama rakyat Malaysia tidak akan menerima apa-apa subsidi samapai sekarang..... Anwar kerana nak sangat berkuasa dengan bantuan Amerika yahudi telah mencadangkan menghapuskan segala bentuk subsidi kalau mahu bantuan dari US dan IMF....

Tapi, mereka-mereka inilah yang menjadi pujaan.....

Cuba kita renungi, subsidi gula, minyak dan lain-lain adlah untuk rakyat Malaysia, berapa ramai mengambil kesempatan dengan menyeludup keluar negara sehinggakan rakyat terpaksa bersusahpayah mencari gula...... macam minyak juga, kerajaan membantu meringankan beban nelayan, tapi mereka mencari keuntungan ditengah laut, bukan ikan yang ditangkap, minyak yang dijual.... ikan tetap juga mahal...

Telah menjadi perangai orang kita, tidak akan puas hati walau apapun kerajaan buat, mereka lebih relah kalau DAP memerintah.....

LKTP1436 berkata...

Terima kasih sdr YANG GAMBI dan armouris diatas kesudian menjengok blog ini....

Gaya peneroka berkata...

KAH...KAH...BIASALAH UMNO....KALAU PERANGAI BAIK BUKAN UMNO NAMANYA...

UMNO NI PENYAMUN,PEROMPAK PUN BAGI SUBSIDI..
KALAU TIDAK TIADALAH SPONSER PADA PILIHAN RAYA...

dzul berkata...

politik ni senang je pada koi..x payah kaji sejarah..x payah pening2..

apa2 yang depan mata berlaku pada kita pada masa sekarang sahaja..ingat, bukan dulu dan bukan akan datang..yang dulu dah lepas..yang akan datang kita usaha cara akan datang pulak..

jika kita rasa ada unsur2 menindas pada masa ini..bangkang je la terus..kita kan cuma rakyat dan dah beri mandat kepada kerajaan utk mengurus negara..jadi kita ada hak yang kuat..

kalau x ada unsur penindasan..kita diam saja la dan bersyukur..lagi pn bukan semua kerajaan buat x betul..

mcm isu gula ni..kan ke ada bentuk penindasan kat situ..buat apa nak sokong plak lagi kan..koi sokong cik aziz..hehe

DIARI PKGMEN berkata...

Saya tetap menyokong DSAI

LKTP1436 berkata...

Terima kasih Gaya Peneroka, dzul, dan DIARI PKGMEN diatas ulasan2 sdr semua.

Rhino Rin berkata...

I think we should repeat this doa. J.Jun, this is my way of saying amiin.
By your Name O Allah, please accord divine assistance to the meek.
By your Name O Allah, please cloud up the ways of DAP the gog and magog of my country.
By your name O Allah, please plug up the conduits of DAP the gog and magog of this land.
By the Name of Allah the god of all Messiahs and Prophets may your deceptions falls on you yourself O DAP the gog and magog of this nation.
By the sovereignty of your most Excelent Names O Allah may DAP the gog and magog of this soil be crippled, disabled or paralyzed.
By the Greatest of Your Names, please stop this DAP, this scourge, these sons of gog and magog.
Amein.
-----------------
Dengan nama Allah (Ba Mim Alif) ... dipohonkan bantuan bagi kaum yang (mengaku) kelemahan diri.

Dengan nama Allah (Ba Mim Alif) ... gelap seluruh sudut mu hai DAP Juj Ma'juj Malaysia.

Dengan nama Allah (Ba Mim Alif) ... tersumbat seluruh rongga mu hai DAP Juj Ma'juj Malayusia.

Dengan Nama Tuhan bagi sekelian Nabi dan Rasul a.s.w.s.; perdaya dirimu hai DAP Juj Ma'juj Malaysia.

Demi keagungan Asma-u-lhusna Mu, Engkau lumpuhkanlah DAP Juj Ma'juj Malaysia.

Dengan haq Ismul 'Adzam Semuga Allah sekat segala jalan DAP Juj Ma'juj Malaysia