Apakah perbandingan tersebut ?
Berita pertama...
(1) Detektif Lim dijel dua bulan, denda RM2,000
Berita tersebut menyebut
KUALA LUMPUR - Harapan pelakon drama bersiri Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Wu Abdullah, 43, atau lebih dikenali sebagai ' Detektif Lim' didalam siri drama itu di TV2, untuk bebas daripada tuduhan mencuri dua buah buku di Mid Valley, Megamal di sini tinggal harapan apabila dia dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 apabila didapati bersalah atas pertuduhan tersebut.
Berita kedua...
(2) Jeneral TUDM diarah bersara
KUALA LUMPUR: Seorang Brigedier Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diarah bersara kerana terbabit dalam kes kehilangan enjin pesawat F-5E TUDM serta pelbagai penyelewengan lain dalam pasukan itu sejak beberapa tahun lalu.
Berita berkaitan menyebut Mengenai seorang brigadier jeneral yang diarah bersara berhubung kes itu tetapi pencennya dikekalkan, Perdana Menteri berkata ia bergantung kepada bentuk kesalahan yang dilakukannya dan terpulang kepada pihak TUDM dan Angkatan Tentera untuk membuat keputusan mengenai perkara itu.
Apakah perasaan saudara-saudara semua setelah meneliti berita diatas ?
Lihat betapa jauhnya dan berbezanya diantara kesalahan yang dilakukan dan hukuman yang diterima oleh dua individu ini......................
(1) Pesalah pertama seorang pelakun drama TV, telah melakukan kesalahan mencuri 2 buah buku yang bernilai tidak lebih dari RM200.00, saya ulang, Dua ratus ringgit, telah di hukum 2 bulan penjara serta denda RM2,000.00.
(2) Pesalah kedua Seorang Brigedier Jeneral Tentera Udara Diraja Malaysia bersama beberapa orang rakannya telah mencuri Enjin Jet F-5E bernilai RM50 juta, saya ulang, Lima puluh juta ringgit, telah di hukum suruh bersara awal,(rehat bersama anak-anak) dan dendanya, pencennya terus dibayar setiap bulan.(noktah)
Faktanya...
Perkara ini dikatakan berlaku pada tahun 2007, diketika DS Najib menjadi Menteri Pertahanan, dan lapuran Polis kononnya sudah di buat pada awal tahun 2008, tetapi sekarang 19hb Dis 2009 iaitu dua hari lepas, baru berita ini bocor dan disiarkan oleh akhbar .......dan didalam berita di TV3 malam ini menyebutkan bahawa kes ini, akan, saya ulang sekali lagi......AKAN dibawa kepada pendakwa raya dalam masa terdekat dan munkin didakwa di Mahkamah.(baru nak didakwa, itu pun setelah berita ini bocor, jika tidak, munkin senyap terus)
Berita terbaru yang diterima pula mengatakan bahawa kehilangan tersebut rupanya bukan satu, tapi dua.......................Yahhhhh....tu..dia.
Yang menariknya, Enjin yang kedua hilang itu diketika menunggu untuk diselenggarakan di Pangkalan Udara TUDM Kuala Lumpur, dua tahun lalu dan disedari pada Mei 2008. Laporan polis dibuat tiga bulan kemudian, tetapi tiada sebarang tindakkan diambil, sehinggalah kini pendedahan di buat oleh akhbar-akhbar barulah kecoh kononnya mahu diambil tindakkan...............
Setelah membaca apa yang dipaparkan diatas, apakah perasaan saudara-saudari sekelian, atau saudara-saudara telah hilang daya deria perasaan ?
Saudara tak rasa apa-apa ? oooooo kalau saudara tak rasa apa-apa, pada firasat saya, saudara-saudari ni .......dah kena sakit teruk ...............oleh itu saya nasihatkan, pergilah jumpa doktor ..................
Untuk penjelasan lebih lanjut tentang kes kehilangan Enjin Jet F-5E ini sila baca Di sini
dan juga .......
• Avionik F-5E turut hilang – Zahid
• Syarikat beli enjin pesawat F-5E dikenal pasti
• Polis siasat kes kehilangan enjin jet pejuang
• Peguam Negara jamin siasatan penuh kehilangan enjin F-5E
. Kehilangan Jet Pejuang, salah siapa ?
4 ulasan:
KAH...KAH....KAH...KAH.......NO KOMEN .....KAH....KAH.....
NO KOMEN.....KAH....KAH...
YAK PASAL-PASL AKU PUN IKUT GILA.....KAH...KAH...PELIK ..ADA LAGI BLOG YANG SOKONG DIA ORANG NI...KAH.....
Kawe x heran.... royalti minyak rakyat Klate pun terang2 kena rompak.. inikan plak RM50 juta.
Kenapa tak sabar tunggu dengan laporan sepenuhnya...... kenapa mudah sangat nak buat andaian......
Kepada gayapeneroka dan Omen Necrofis,
.......Saya hanya boleh kata, Begitulah adanya....
Kepada sdr YANG GAMBI,
Kenapa terlalu ramai (maksudnya bukan saya seorang sahaja) yang terlebih dahulu membuat andaian, dan dah tak sabar menunggu laporan penuh.
antara sebabnya...
(1) Kebanyakkan lapuran (kecuali kertas putih) lari dari kenyataan sebenar.
(2) Banyak persoalan yang berlegar-legar di udara, sebagai contoh...
Kenapa begitu lama masa diambil untuk diambil tindakkan, setelah heboh barulah pihak Polis dan Pendakwa raya terkocoh-kocoh nak siasat,
(3) Selepas peristiwa berlaku sehingga sekarang, tiada satu tangkapan pun di buat, sedangkan mencuri telur ayam pun, di ambil tindakkan segera.
(4) Terdapat unsur untuk melindungi pesalah sebenar, dimaklumkan kemudian bahawa kononnya kesalahan ini tidak melibatkan individu berpangkat besar, cuma anggota bawahan sahaja melakukannya.....tak masuk akal langsung.
Kalau anggota bawahan yang buat, dah lama kena cekup....oleh itu usah tunggu lapuranlah....mengarut je....
Rakyat berharap suatu siasatan Diraja dilakukan, tangkap siapa sahaja yang bersalah, jangan ada nanti anggota pangkat rendah di Kambing Hitamkan untuk menutup pesalah sebenar.
Sekian Terima Kasih.
Catat Ulasan