31 Disember 2009

Kristian juga boleh sebut Allah

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) di sini, hari ini memutuskan bahawa perkataan "Allah" boleh digunakan dalam penerbitan Herald Catholic Weekly.

Hakim Datuk Lau Bee La membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Gereja Katolik. Permohonan bagi semakan kehakiman berhubung penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan Herald Catholic Weekly itu dikemukakan oleh Ketua Paderi, Tan Sri Murphy Pakiam.klik di sini untuk berita selanjutnya.

Pendapat saya =

Kekecohan tentang hasrat Gereja Katolik yang mahu menggunakan perkataan " Allah" didalam penerbitan Herald Catholic Weekly telah tertangguh atas arahan Mahkamah, tetapi pihak Gereja Katolik terus membuat rayuan dan hari ini mereka berjaya juga akhirnya.

Persoalannya apakah menjadi kesalahan kalau orang Kristian mahu memanggil tuhan, yang bagi kita orang Islam sebut Allah itu dengan panggilan Allah juga ?

Sebenarnya kalau ditanya salah atau tidak, jawabnya tidak salah, cumanya di bimbangi boleh menyebabkan kekeliruan di sebabkan definisi perkataan Allah ditauhidkan sebagai ‘satu’ bagi orang Islam dan bukannya tuhan seperti yang difahami orang bukan Islam.

Walau macammana pun bagi masyarakat Islam di Mesir, perkara ini tidak menjadi masaalah kerana mereka sudah biasa dengan keadaan ini, di Mesir, orang Arab yang berugama Kristian disana memanggil God itu Allah juga, perkara ini telah berlaku sejak sekian lama, tanpa apa-apa masaalah.

Cumanya yang kita bimbangkan di Malaysia ini, perkara ini baru di sini, oleh itu di bimbangi pihak Kristian akan menggunakan kebenaran Mahkamah ini untuk mempengaruhi anak-anak muda kita yang jahil tentang Agama Islam, bahawa ugama mereka
juga benar, sebab tuhan mereka pun di panggil Allah juga.

Ini sudah tentu akan memberi kesan yang agak besar jika kita orang Islam leka dan tidak memberikan penerangan yang secukupnya kepada anak-anak kita.

Sebenarnya kita di Malaysia ini sepatutnya bertuah kerana kita memiliki Majlis Agama Islam, Kita juga ada Yayasan Dakwah Islamiah, kita ada Pejabat Agama Negeri-Negeri, kita ada pelbagai lagi Institusi Agama, Kita juga cukup bertuah kerana memperolehi peluang untuk menyerapkan mata pelajaran Agama Islam untuk diajar di sekolah-sekolah dari sekolah rendah sampai kesekolah menengah.

Kita juga setiap tahun menerima peruntukkan yang agak besar dari Kerajaan, Oleh kerana Agama
Islam termaktub didalam Perlembagaan Negara sebagai Agama Resmi bagi Negara Malaysia maka peruntukkan kewangan boleh disalurkan kepada Institusi Agama ini tanpa boleh di bantah lagi oleh penganut ugama lain.

Oleh itu sepatutnya penerangan secukupnya sudah diberikan oleh institusi ini kepada seluruh rakyat Islam di Malaysia tanpa kita bimbang lagi untuk pihak gereja mengekploitasi perkataan Allah ini.

Masaalahnya sudahkah pihak Institusi Agama Islam ini berusaha kearah itu ? dari apa yang saya perhatikan institusi Agama ini agak lembab didalam kerja-kerja seperti ini, di zaman IT ini sepatutnya internet adalah medan yang baik untuk institusi ini memainkan peranannya kerana memandangkan mereka memperolehi peruntukan kewangan setiap tahun.

Namun adalah diharapkan semoga dengan keputusan Mahkamah Tinggi berkaitan penggunaan perkataan Allah ini akan mendorong kesemua Institusi Agama Islam kita bangun dari tidur dan bekerja lebih keras supaya perancangan pihak Gereja Katolik ini, yang mahu memesongkan pemikiran orang Islam akan menemui kegagalan.............................






2 ulasan:

Kembara Politik berkata...

Tidak Salah Penganut Kristian Guna Kalimah ALLAH – Dewan Ulamak PAS Pusat

Ditulis oleh Harakah
Khamis, 03 Januari 2008
Oleh: Azamin Amin

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, YB Dato' Ustaz Haji Mohamed Daud Al-Iraqi menjelaskan, tidak menjadi kesalahan kepada penganut Kristian dan Yahudi menggunakan kalimah 'Allah' malah ia sering digunakan oleh umat Krristian dan Yahudi sejak dari dahulu.
***
Fatwa oleh Dewan Ulamak Pas ini digunakan oleh Herald sebagai sokongan yang kuat terhadap agenda mereka.

Rujuk muka hadapan Herald Online yang mendakwa bahawa Pas membenarkan mereka menggunakannya.

Rujuk sini:
http://azharshafie.blogspot.com/2009/12/ulang-siaran-allah-is-god-but-god-is.html

LKTP1436 berkata...

Terima kasih Kembara Politik,

Lama sdr tidak menjengok blog saya,

Cuma satu saja saya terkilan dng sdr ni, dulu di blog sdr ada di senaraikan Blog Generasi Felda, kini tiada lagi...

Didalam BGF ni, saya tidak kira Parti, semua saya senaraikan, cuma munkin agak ramai yang menyokong pembangkang, itu nak buat macam mana, bukan salah saya.

Oleh itu saya harap sdr senaraikan semula BGF ini, kalau bukan sdr yang menyokongnya siapa lagi......

Terima kasih.