Kawasan yang diwakilinya adalah meliputi sebahagian besarnya penempatan Felda dan juga perkampungan tradisional, maka apabila beliau membuat kenyataan bahawa Kerajaan Kaji Cadangan Tarik Balik Subsidi Gula dengan beralasan kononnya, Presiden CAP S.M. Mohd Idris juga menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini .
Namun usaha beliau di sanggah oleh Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Marimuthu Nadason dengan mengatakan Mansuh Subsidi Gula Perlu Dikaji Dengan Teliti.
Bagi Datuk Jamalrul Khan Kader, Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) beliau menyuarakan kerisauan terhadap bebanan pengguna yang akan menanggung akibat sekiranya kerajaan menarik balik subsidi gula.
"Jika perkara ini terjadi, kita kena fikir rasionalnya. Harga barang yang pasti melambung akan menyebabkan peniaga restoran akan menaikkan harga makanan. Kenaikan ini bukan disengajakan tetapi pengusaha restoran terpaksa menanggung kos yang tinggi," ulasnya apabila ditanya kemungkinan para peniaga akan menaikkan harga makanan.
Begitulah petikan saya dari kenyataan tokoh-tokoh tertentu berkaitan cadangan pemansuhan subsidi gula yang akan dikuatkuasakan munkin diawal January 2010 ini.
Persoalannya seperti kata Ismail Sabri sendiri, harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementeriannya mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi bahan tersebut.
Antara alasan yang di berikan didalam usaha penarikan subsidi gula ini, bahawa setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram seperti sekarang.
Selain itu katanya, ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini, kerana gula adalah salah satu punca ramai rakyat dinegara ini menjadi pengidap penyakit kencing manis.
Oleh itu apabila harga gula berada di tahap yang mahal, maka diharapkan rakyat akan mengurangkan penggunaan gula sebagaimana harapan kepada perokok mengurangkan menghisap rokok apabila cukai rokok dinaikkan setiap tahun, begitulah alasan yang diberikan oleh Datuk Ismail Sabri.
Wah-wah! pandai pulak Menteri kita ni bercakap berkaitan hal kesihatan, kalau begitulah alasan untuk menarik balik subsidi gula, dan disebabkan penarikkan itu menyebabkan harga gula naik, namun kenaikan tersebut dikatakan baik pula untuk kesihatan, maka naikkanlah harga beras sekali, sebab nasi juga adalah salah satu punca penyakit Diabetis.
Harga daging juga perlu dinaikkan kerana, daging juga salah satu punca penyakit jantung, harga kelapa juga perlu dinaikkan, kerana ianya salah satu punca kolestrol.
Harga tepung gandum juga perlu dinaikkan kerana roti canai juga banyak mengandungi kolesterol.
Wahai penduduk dan peneroka felda dikawasan Bera, boleh ke kamu orang terima alasan Ismail Sabri ni.........
Kalau kamu orang boleh terima ......bagus lah.
Antara kesannya ialah harga Teh dan kopi yang sekarang RM1.00 secawan akan naik kepada RM1.50 ke RM2.00 secawan, harga Nescafe pula sekarang pun antara RM1.00 ke RM1.50 secawan akan naik kepada RM2.00 ke RM2.50 secawan.
Munkin Ismail Sabri akan kata, jangan pergi minum teh kat kedai, minumlah di rumah........minum di rumah pun, bahan-bahan ini tetap tinggi juga.
Kalau harga gula dinaikkan juga nanti, maka bertepatanlah slogan PM Datuk Sri Najib Tun Razak bahawa Rakyat akan di dahulukan, apa dia rakyat di dahulukan ?...................anda jawablah sendiri......
Sekali lagi saya tanya kepada peneroka felda di kawasan Bera...........kamu orang boleh terima ke........
1 ulasan:
Kalau setakat tubuh cawangan PKR banyak2 tak jejas langsung BN.Yang penting pangkah selain BN dalam PRU akan datang.Ini tak diberinya RM50 dan kain batik dan kain pelikat terus BN balik.Banyak terjadi macam tu terutamanya di FELDA.
Catat Ulasan