27 Ogos 2010

Usah cuba mencari Kambing Hitam


Setelah tewas berkaitan kes yang dibawa oleh para peneroka Kemahang 3 di Kelantan ke Mahkamah yang berlarutan bertahun-tahun, Hari ini muncul lagi dakwaan yang mengatakan kononya Peguam gagal hadir punca Felda tewas (sila klik),

Aku tak tahu nak cakaplah tentang perkara ini, nak percaya cakap Yusop Noor ke...... atau percaya bahawa kegagalan kehadiran peguam felda tersebut kerana mereka mati hujjah disebabkan oleh bukti kukuh yang dikemukakan oleh peguam peneroka tersebut.

Para peguam peneroka tersebut yang pada peringkat awalnya di sifatkan sebagai masih beringus telah berusaha bersungguh-sungguh dengan sanggup menghadiri kursus pengeredding buah sawit bagi memahami bagaimana cara penggereding sebenar buah sawit yang dilakukan oleh kilang felda.

Di peringkat awal semasa kes ini mahu dibawa keMahkamah, dikatakan bahawa kumpulan peneroka ini telah kehulu kehilir menemui peguam tetapi tidak ada yang sanggup mengambil kes ini sehinggalah mereka menemui peguam muda Wan Rohaimi dan rakan-rakannya.

Wan Rohaimi dan rakan-rakannya pada masa itu pun kurang yakin terhadap kejayaan kes ini disebabkan mereka juga tidak faham bagaimana proses penggereding buah itu dilakukan, namun setelah belajar dengan cara melalui kursus seperti yang di sebutkan itu, barulah keyakinan timbul.

Oleh itu dakwaan Yusof Noor tersebut bagi aku hanyalah sebagai nak tutup malu felda sahaja, selain dari itu ada juga aku dengar (sila klik) tuduhan bahawa kononya peguam felda ini berpakat dengan peguam peneroka supaya peguam felda tidak hadhir bagi mempastikan kes ini berpihak kepada peneroka.

Ini bagi aku satu lagi dakwaan mengarut, kita kena faham bahawa peguam yang mewakili felda tersebut bukan calang-calang peguam, maklumlah felda banyak duit dan mampu mengupah peguam yang terbaik, maka pada pendapat akulah, mustahil peguam yang terkenal mahu berpakat dengan peguam yang beringus seperti Wan Rohaimi dan Rakan-rakannya itu.

Oleh itu felda usahlah cuba mencari kambing hitam untuk dijadikan penutup malunya, belajarlah mengakui kesalahan sendiri dengan memastikan perkara seperti ini jangan berulang dimasa hadapan.

Sifat tamak dengan cara cuba menipu para peneroka yang lemah adalah satu perbuatan jijik yang perlu dihindari .......................................... sekian.







5 ulasan:

Nizam Awang Brahim berkata...

Felda kan kaye dengan alasan2 yang tak menasaboh.

LKTP1436 berkata...

Tu..la masaalohnya, dah kakitangan buat saloh tak nok ngaku pulak.

Yang koi tok faham sampei sekarang, adakah penipuan greding buah ini diarahkan oleh org atas felda atau saja2 pengurus felda Kemahang 3 (dah mati) ni yg buat.

Kalau pengurus ni saja yg buat, org atas tak tahu, koi rasa tahan juge, tetapi menkalo org atas yg arah........memang teroklah felda ni.

Tapi koi harap ( sbb koi syg juga kat felda ni ) org atas tak tahu........

Gaya peneroka berkata...

saya agak orang atas tak suruh secara tepat...
Tetapi pengurus nak naik pangkat ...
bonus banyak....
sesuatu kilang mesti untung banyak...
ini lah caranya...
cara lain susah sikit...

Web Sutera berkata...

Felda sekarang ini banyak sangat kelentong dan menipunya. Kesian saya akan jerih aruah Tun Abdul Razak menubuhkan Felda. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa Felda sudah menodai hasrat murni aruah.

LKTP1436 berkata...

Terima Kasih Gaya Peneroka dan Web Sutera