24 Ogos 2010

Hai macam nak bangkrap je......

Aku panjangkan berita dibawah ini dari blog Haji Suhaimi Said, jadi kalau kau orang nak saman pun samanlah Hj Suhaimi Said, dia lawyer, aku peneroka felda je...........

Beritanya agak menggemparkan juga......

Pagi ini seorang yang tidak diketahui telah menalipon saya memberitahu bahawa Felda Plantation di sebuah rancangan di Negeri Pahang telah membuat pinjaman wang dari Tabung Amanah Ikhtiar dan KWSP untuk membayar gaji pegawai dan kakitangan Rancangan itu.

Inilah persoalan saya kepada Felda Plantation: Betulkah berita yang disampaikan kepada saya ini? Menurut yang memberitahu saya itu bahawa duit Felda Plantation sudah habis digunakan oleh pihak-pihak tertentu sejak 2007 dan 2008. Betulkah?

Sumber yang sama itu juga memberitahu saya bahawa wang deposit Felda di Lembaga Tabung Haji sudah habis dikeluarkan untuk di inject ke dalam Sime Darby. Benarkah berita ini?

Saya membuat dua pertanyaan itu, dan saya harap Felda dan Felda Plantation memberikan jawapan, dan kalau boleh Tabung Amanah Ikhtiar, KWSP dan Tabung Haji juga membuat jawapan agar tidak ada yang tersalah tafsir
. ( sumber asal )






2 ulasan:

Nizam Awang Brahim berkata...

Koi ande juge dengo weh...Tapi kala ye pun padan lah...

LKTP1436 berkata...

Yang koi risaunya ialah pasel pelaburan didalam KPF, doa koi janganlah sampe jadi macam saham Pahang tu " ASPA " sampe sekarang dengornya entoh berapa sen je dah.

Pelaburan koi dalam KPF tu taklah banyok sangat, maklumlah kita org kampung, bukanya berduet, lainlah Datuk-Datuk dibandor tu juta-juta duetnya.

Sebab tu deme tak melabur di Malaysia ni, deme melabur di luar negeri, tingge kita org kampung je yg melabur dalam negeri .