31 Mac 2009

Koperasi yang semakin nazak, munkin tidak boleh di selamatkan lagi

Masaalah yang ingin di sentuh kali ini ialah mengenai Koperasi felda Kota Gelanggi 01, walau pun pahit untuk diluah, tetapi pahit juga untuk di telan, bak kata pepatah di luah mati emak ditelan mati bapak.

Terpaksalah diberitahu bahawa keadaan pusingan kewangannya adalah semakin tenat,
modal perniagaannya semakin mengecil, dari modalnya berpuluh-puluh ribu, kira-kira tiga tahun yang lalu, kini tinggal sedikit sahaja lagi.

Semuanya gara-gara perasaan takut, gara-gara perasaan bimbang, gara-gara perasaan risau, kalau diberi sokongan, musuh dilihat berjaya, musuh dilihat hebat, untuk itu, satu cara difikirkan iaitu................ disekat.

Diketika tender membuat jalan pertanian diperingkat 1 dan 2 yang bernilai hampir RM 1 juta di keluarkan pada tahun 2008, koperasi memang sudah memasuki tender, siap dengan membayar deposit sekali, diketika itu memang koperasi di beritahu akan diberi keutamaan, malah sudah sampai di peringkat 90% akan berjaya.

Malangnya ada pula dikalangan ahli-ahli, iaitu peneroka sendiri yang agak berpengaruh didalam masyarakat, oleh kerana bimbang pengaruhnya akan merosot, jika pengurusan koperasi yang baru mengambil aleh, akan berjaya mendapat tender tersebut, mereka pun bergegas ke ibu pejabat felda di Kuala Lumpur, membantah, kononnya jika projek jalan tersebut diberi kepada koperasi, kononnya dibimbangi koperasi gagal menjalankan tugasnya dan boleh menyebabkan projek jalan tersebut gagal.

Walhalnya sudah diketahui umum, bahawa mana-mana koperasi pun, tidak pernah membuat sendiri projek jalan yang diperolehi, sebaliknya akan hanya mengambil komisyen disekitar 10%, dan jika di kota gelanggi 01 ini, komisyen yang akan diperolehi ialah disekitar RM80,000.00.

Dengan wang sebanyak itu maka diyakini bolehlah dibuat modal pusingan, dan koperasi bolehlah bernafas, tetapi setelah gagal, maka wang tersebut menjadi milik pihak lain yang memperolehi projek tersebut.

Yang menjadi kemuskilannya ialah apabila sampai masa mesyuarat agong dan namanya di calonkan oleh ahli, dia tidak pula mahu memegang jawatan pengerusi koperasi tersebut, rupa-rupanya dia memang jenis suka mencari peluang keuntungan untuk dirinya sendiri,
bukan jenis mahu berkhidmat untuk masyarakat.

Kini yang terbaru pula, ialah tender mengangkut buah kelapa sawit di peringkat 1, juga dikatakan gagal, sebab wang deposit telah di kembalikan, sekali lagi orang tersebut memainkan peranannya, kali ini orang tersebut merebut peluang untuk dirinya sendiri, dengan menyertai
tender dan kerana dia agak rapat dengan pihak atasan, maka dialah yang berjaya.

Setelah gagal untuk memperolehi projek sebanyak dua kali berturut-turut, adalah diyakini koperasi felda kota gelanggi 01 ini akan ditutup didalam masa tidak berapa lama lagi, dimasa itu nanti bas sekolah tidak akan beroperasi lagi, yang menjadi mangsa nanti ialah para pelajar sekolah, bagaimana mereka mahu ke sekolah jika bas sekolah tiada .

Apakah orang yang berkepentingan tersebut, memang merancang supaya koperasi ini ditutup, dengan itu bolehlah mereka mengambil aleh, semua kepentingan koperasi, seperti setesen minyak dan bas sekolah, jika itulah yang terjadi nanti, yang akan merana ialah peneroka sendiri,
masaalah besarnya ialah, ramai dikalangan peneroka felda sendiri yang tidak tahu tindak tanduk
orang tersebut,

Ini adalah kerana orang tersebut memang pandai berselindung di sebalik jawatannya didalam masyarakat dan memang mendapat kepercayaan dikalangan pihak atasan, baik dikalangan felda atau pun dipihak kerajaan negeri.

Walau macam mana pun, adalah di percayai, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya akan jatuh ketanah juga, diketika itu nanti, barulah dia tahu langit ini tinggi atau rendah..............


Felda Logo

3 ulasan:

Gaya peneroka berkata...

masaalah koperasi sama jer dengan di Chini04 .seolah-olah artikal ini untuk chini 04 jer...kalau di chini yang tukang kacaunya ketua umno...dia buat kontrak juga dan ketua pakeda juga ...dia pernah kata orang atas dalam felda dia boleh jentik jer...kalau masuk pejabat ..tak payah temu janji dan tak payah ketuk-ketuk pintu pun..masuk jer..

LKTP1436 berkata...

Terima kasih banyak Gaya Peneroka kerana sering menjengok blog saya, memang sebijilah nampaknya masaalah yang dihadapi, masaalahnya masyarakat tak tahu yang dia tu haprak.....itu yang susahnya.

YANG GAMBI berkata...

Kalau nak sebut hal koperasi2 di FELDA, boleh dikatakan semua serupa, ada 1 koperasi di Keratong, dah tahun ALK tu memang kaki kebas, tapi tetap dapat sokongan dari puak2 dia..... Sebab dia pandai merupa wajah Pak Lebai.... Kalau ada ahli lain yang lebih ikhlas memimpin koperasi, dia orang kumpulan Lebai Masjid ni bawak cerita2 keburukan orang ni kat Masjid, la ni tengok lah koperasi ni, hidup segan mati tak mau...... itulah perangai orang Melayu, mudah sangat percaya......

Dia tak tau agaknya, iblis dn syaitan la ni banyak menyerupai orang alim ulamak untuk meruntuhkan umat Islam........