Malam ini saya menghadiri satu majlis pertemuan antara beberapa orang peneroka yang mengambil aleh ladangnya dengan AJK Biro Felda PKR Pahang, yang di ketuai oleh Hj. Suhaimi Said, seorang peguam Veteran dari Temerloh, yang tidak jemu-jemu mendengar apa juga permasalahan yang disuarakan oleh golongan peneroka.
Pertemuan tersebut diadakan adalah di atas permintaan Idris Ali yang juga seorang peneroka dan Isterinya Ustazah Saadiah adalah ketua wanita Umno cawangan felda kota gelanggi 01 dan pertemuan tersebut diadakan di rumah beliau.Sebenarnya tiada perkara baru yang di utarakan, tetapi masaalah ini tetap menghantui sanubari setiap peneroka yang menyerahkan kebunnya kepada felda, masaalah yang saya maksudkan ialah berkaitan hutang yang dikatakan sudah mencecah hampir seratus ribu ringgit.
Kebanyakan peneroka tidak faham kenapa hutang mereka boleh mencapai dan menjadi begitu banyak, sedangkan hasil kebun ada dan harga pula agak mahal.
Sebenarnya jika di teliti kenapa ini terjadi, ialah kerana felda teknoplant telah gagal didalam mengawal perbelanjaan, dan gagal mengawal didalam urusan pengeluarkan buah sawit, kebersihan ladang dan lain-lain semasa dari peringkat awal pokok sawit berbuah sampai sekarang.Masaalah ini menjadi lebih parah, apabila felda menjadikan segala perbelanjaan dan pendapatan dari hasil ladang selama ini sebagai sesuatu yang harus dirahsiakan dari pengetahuan peneroka dan tidak pernah di bentangkan didalam mesyuarat AJK tanam semula.
Dari pengalaman saya sendiri sebagai salah seorang AJK tanam semula, sebelum saya mengambil aleh kebun saya sebelum ini, apa yang di bentangkan ialah jumlah tan buah sawit yang berjaya di keluarkan setiap bulan, serta berapa pusingan meracun berjaya dilakukan setahun, itu saja........
Tentang berapa jumlah pendapatan dan perbelanjaan setiap bulan atau setiap tahun tidak pernah di nyatakan, apabila ditanya, jawapannya ialah, segala perbelanjaan tersebut akan dinyatakan apabila tiba masanya nanti, iaitu apabila tiba masa titik pulang modal.Saya sangat percaya, antara punca segelintir dari kalangan pegawai yang menjaga ladang berani melakukan penyelewengan dan bersubahat pula dengan mandur dan driver lori, menjual buah sawit kepunyaan peneroka ialah kerana faktor kerahsiaan inilah.
Apabila semuanya dirahsiakan, mana kita nak tahu berlaku penyelewengan, pengurus hanya memantau diatas kertas sahaja, kalau turun keladang pun hanya sekali sekala sahaja, maklumlah pengurus kerja banyak, nak mesyuaratlah dan lain-lain hal.Kalau tahu pun, pengurus takut pula nama terjejas, dan dikatakan tidak tahu mengurus, oleh itu semua lapuran adalah baik belaka, Betul ada audit setiap tahun, tetapi audit bukan boleh mengesan penyelewengan yang berlaku diladang, kalau buah kurang, dibuat lapuran yang munasabah bahawa antara sebabnya berlaku begitu, beginilah.
Berkaitan kes kecurian buah sawit seperti yang saya sebutkan diatas, saya mendapat maklumat bahawa nilai kecurian yang di lakukan mencecah sehingga RM50,000.00 sebulan dan apabila perkara ini terbongkar, tiada lapuran Polis di buat, munkin pengurus bimbang jika perkara ini di lapurkan, prestasinya akan tercemar, oleh itu perkara ini di diamkan sahaja.
Peneroka pula, ramainya yang berfikiran ambil mudah, alah.....aku peduli apa, orang nak curi ke... nak ape ke...lantaklah, yang penting tiap bulan aku dapat RM2,000.00, kalau hutang pun bukannya felda minta kat rumah, inilah mentaliti subsidi yang di miliki oleh sebahagian peneroka, nah.....akibat dari pemikiran ini, kini peneroka baru tersentak, bahawa hutangnya telah menjangkau RM100,000.00.
Itu belum lagi dicampur dengan kes kecurian buah sawit yang dilakukan oleh anak peneroka sendiri, ini juga satu masaalah yang sehingga ini tidak dapat diatasi.
Kesimpulannya masaalah ini tidak akan selesai, selagi kebun kita di uruskan oleh orang lain, nak puas hati, ambil dan urus sendiri ..................habis cerita.


















