16 September 2013

Gema Multaqa Ulamak Pas

Sejak akhir-akhir ini begitu heboh sekali bagi mereka-mereka yang berminat dengan perkembangan Pas, memberikan pendapat berkaitan Multaqa Ulamak yang berlangsung baru-baru ini, kehebohan tersebut berpunca dari gesaan Ketua Dewan Ulamak, agar Pas mengkaji semula kedudukannya di dalam Pakatan Rakyat.

Gesaan tersebut nampaknya, juga mendapat sokongan dari Ketua Pemuda dan Timbalannya, persoalannya, kenapa timbulnya gesaan tersebut, dari kacamata saya yang dhaif ini, semuanya berpunca dari rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah ahli Pas tentang peranan yang boleh di mainkan Pas di masa hadapan di dalam Pakatan Rakyat samada PR dapat memerintah atau tidak.

Mereka-mereka ini tidak berpuas hati dengan peranan yang di mainkan sekarang di dalam PR, yang sekadar berada di tempat kedua atau ketiga, bagi mereka-mereka ini, peranan Pas mesti terkehadapan lagi, ia itu menjadi peneraju atau di panggil teras di dalam PR sebagaimana Umno yang menjadi teras di dalam BN.

Bukan rahsia lagi, yang menjadi teras di dalam PR sekarang ialah PKR, manakala jika menang di PRU ke 13 yang lalu sudah di tetapkan DSAI lah yang akan menjadi PM, inilah punca ketidak puasan hati sesetengah pemimpin Pas yang merasakan Pas perlu kehadapan dengan sasaran yang menjadi PM ialah Presiden mereka.

Lebih jauh lagi golongan ini juga terpengaruh dengan pendapat bekas Timbalan Presiden Pas yang lalu iaitu Nasaruddin Mat Isa, yang merasakan keberadaan Pas di dalam PR telah merugikan orang Melayu dari segi  tekanan dari bukan Melayu khususnya di dalam kerajaan BN.

Oleh kerana wujudnya dua parti yang hampir sama kuat yang sama-sama menjadikan sasarannya ialah orang Melayu, maka Umno yang masih memerintah merasakan perlu memperolehi undi tambahan dari kalangan bukan Melayu untuk mempastikan mereka terus berkuasa, disinilah puncanya berlaku tawar menawar sehingga kerajaan terpaksa berlembut dengan bukan Melayu bagi mendapatkan sokongan mereka. Disinilah timbulnya idea yg mahukan Pas bersama dengan Umno, sehingga timbulnya isu kerajaan perpaduan.

Memang kita akui, idea kerajaan perpaduan ini adalah baik bagi kelangsungan kekuasaan orang Melayu, demi menjaga kepentingan orang Melayu dan Ugama Islam itu sendiri, tanpa perpaduanlah puncanya orang bukan Melayu berani menuntut hak sama rata di dalam pelbagai perkara di negara ini yang pada pendapat orang Melayu, mereka adalah tuan asal di negara ini.

Namun begitu bagi segolongan lagi di dalam Pas yang tidak bersetuju dengan idea ini, oleh kerana kebimbangan terhadap pengalaman lalu di mana Pas pernah menyertai BN tetapi akhirnya berpisah dan di halau keluar dari rumah BN, berasaskan pengalaman inilah yang menyebabkan idea kerajaan perpaduan di pandang enteng dan di bimbangi cuma sekadar satu muslihat dari Umno yang sedang kelemasan dan meronta-ronta meminta di campakkan pelampung bagi mengelakkan mereka dari kelemasan.

Di sinilah timbul perasaan serba salah di kalangan pendokong perjuangan Pas, satu pihak memikirkan tentang masa depan orang Melayu yang semakin terumbang ambing oleh tekanan kemajuan negara, di satu pihak lagi memikirkan jika menyahut seruan perpaduan seperti mana yang dicadangkan oleh puak-puak UG, di bimbangi usaha tersebut hanyalah sekadar bagi membantu pemimpin Umno yang sedang memerintah yang sebenarnya menjadikan kuasa itu sebagai batu loncatan bagi mereka mengaut kekayaan semata-mata.

Di satu pihak lagi memikirkan, jika PR yang memerintah, apakah Pas dapat merealisasikan apa yang mereka mahu di dalam pemerintahan negara selama ini, lebih-lebih lagi berkaitan perlaksanaan hukum Hudud, tambahan pula bila teringatkan tentangan DAP terhadap hukum tersebut.

DAP telah berkali-kali menjelaskan bahawa mereka menyokong perlaksanaan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan di mana Islam sebagai agama rasmi dan perlaksanaannya hanya sebagaimana yang di laksanakan sekarang ini, kalau mahu lebih dari itu mereka tidak menyokong malah akan menentang.

Jika pula bersama BN, Umno juga tidak berhasrat untuk melaksanakan hukum Hudud dan keadaan pemerintahan berkaitan Islam tetap sama seperti sekarang juga, ini sangat jelas dan sudah berkali-kali di tegaskan oleh pemimpin Umno tanpa berselindung lagi.

Oleh itu saya berpendapat, jalan yang ada dan perlu di redhai ialah, Pas terus bersama PR, buat masa ini jangan fikir mahu jadi teras, kalau bersama BN, Pas tak dapat jadi teras, tetap jadi ekor juga, sekurang-kurangnya jika bersama PR,  apabila DSAI bersara nanti, munkin di ketika itu jika kerusi Parlimen Pas lebih, peluang pemimpin Pas untuk menjadi PM adalah cerah.

Cumanya yang di perlukan ialah, cara berfikir pemimpin Pas terhadap bentuk pemerintahan negara ini perlulah berasaskan tuntutan semasa, yang boleh di terima oleh semua rakyat Malaysia, jika Pas hanya untuk orang Islam dan melupakan slogan Pas for all yang di war-warkan selama ini, maka selama itulah angan-angan Pas yang  mahu menjadi teras pemerintahan negara tersimpan di dalam mimpi semata-mata.






Tiada ulasan: