Pensyarah, suami juga mesti tunai lima tuntutan lain
SEREMBAN: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam memerintahkan seorang pensyarah universiti yang berkelulusan ijazah doktor falsafah (PhD) dan suaminya memberi nafkah kepada ibu bapanya sepanjang hayat.
Hakim Mohd Nadzri Abdul Rahman Ibrahim, juga memerintahkan Raja Suzana Kassim, 39, dan suaminya, Zulazli Hashim, 43, memenuhi lima tuntutan lain yang difailkan Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66, iaitu membenarkan mereka sepanjang hayat tinggal di sebuah rumah di Kampung Jiboi Baru, Ampangan.
Mahkamah turut memerintahkan pasangan warga emas itu diberi kebebasan bergerak dan melakukan aktiviti dalam rumah itu serta kawasan persekitaran; diberi kebebasan dilawati anak lain pada bila-bila masa sepanjang hayat; menghormati dan menjaga kebajikan mereka serta membiayai mereka mengerjakan haji.
"Saya juga memerintahkan defendan pertama membayar nafkah RM500 sebulan, iaitu RM250 kepada plaintif pertama (Kassim) untuk membayar bil utiliti dan kos penyelenggaraan kawasan rumah serta RM250 kepada plaintif kedua (Fatimah) untuk kos perbelanjaan harian pada setiap akhir bulan sepanjang hayat mereka.
"Saya fikir bayaran nafkah itu mencukupi untuk pasangan warga emas seperti mereka kerana anak lain juga perlu bertanggungjawab menanggung mereka. Perintah ini berkuat kuasa serta-merta," katanya dalam penghakiman ringkas kes itu.
Bagaimanapun, hanya Zulazli hadir ketika hakim membacakan keputusan itu. Raja Suzana, anak kelima daripada lapan beradik tidak hadir kerana mahkamah diberitahu peguamnya, Norzaini Nordin, bahawa anak guamnya terpaksa mengendalikan peperiksaan akhir semester penuntutnya.
Pada April 2007, Kassim dan Fatimah yang diwakili Haniff Hassan, memfailkan enam tuntutan termasuk nafkah sepanjang hayat daripada anak perempuan dan menantunya kerana didakwa memungkiri janji dan mengusir mereka dari rumah yang dipindah milik kepada anak dan menantunya itu.
Pada 1993, Raja Suzana serta Zulazli mendirikan rumah tangga dan pada 2002, Kassim memindah pemilikan tanah kepada defendan selepas mereka berjanji, antara lain menanggung nafkah plaintif selagi mereka hidup serta membenarkan kedua-dua plaintif tinggal di rumah itu.
Komen saya :
Pernahkah anda terfikir bahawa apa yang terjadi kepada Kassim Othman, 74, dan isterinya, Fatimah Salleh, 66,munkin terjadi kepada anda juga ?
Bagi pihak saya, sesungguhnya saya tidak dapat membayangkan kesan dari pemberian hak milik tanah dan rumah kepada anak sendiri, terlebih-lebih lagi anak perempuan telah memberi masaalah kepada ibu bapa sendiri.
Tetapi itulah yang telah terjadi kepada pasangan Kassim Othman dan Isterinya, anaknya pula bukan koman-koman orang, (bahasa kampung ) pensyarah Universiti !!!!!!!!!!! patutnya cerdiklah..................................... tak tau nak cakap lagi.....................
4 ulasan:
akibat anak yang tidak ada pendidikan agama...
apabila didik anak kita I U,I U hala tuju kita mesti ke barat inilah akibatnya akan datang....
Salam bro, adakah ibu bapa perlu membuat tuntutan ke mahkamah supaya anak-anak menjaga keperluan mereka ?
Dimana pengajaran, pendidikan agama yang anak-anak ini belajar sehingga meninggalkan budaya kenang budi ?...
Inilah dinamakan dunia semakin hampir kepenghujung...sesungguhnya anak2 yang sedemikian tidak harus wujud dimukabumi ini.sedarlah semua siapalah kita tanpa ibubapa..sebagai seorang anak saya teramat marah dgn sikap pasangan tersebut.hanya Allah sahaja yang dapat memberi pembalasan kepada anak yang boleh dianggap derhaka terhadap orang tua...sesungguhnya ibubapaku adalah anugerah Illahi yang aku junjung,suami adalah anugerah Illahi yang aku taati,anak adalah anugerah Illahi untukku belai,saudara adalah anuderah Illahi untukku hormati.
Terima kasih gayapeneroka, Yang Gambi dan ainul.
Saya kurang terkilan jika yang melakukannya adalah anak-anak dari pendidikan rendah atau tidak berpelajaran.
Ini ada PHD, rupanya phd dia ialah pingat hasat dengki...
Catat Ulasan