03 Mei 2009

Seminar ANAK peringkat kebangsaan di Segamat.


Setelah beberapa lama saya hanya Copy dan Paste apa-apa juga yang saya fikirkan menarik dari akhbar-akhbar, maka hari ini saya ingin mengulas tentang sesuatu yang agak panas, perkara yang saya maksudkan ialah Seminar ANAK Peringkat Kebangsaan Yang Berlangsung Di Segamat Hari Ini

Seminar tersebut dianjurkan oleh Persatuan anak peneroka felda (ANAK), iaitu sebuah persatuan yang dianggotai oleh anak-anak peneroka felda dari seluruh negara yang terajui oleh Mazlan Aliman, seorang peguam dan juga anak peneroka felda.

Antara pembentang kertas kerja ialah pejuang peneroka yang tidak asing lagi di kalangan peneroka felda di seluruh negara iaitu Hj.Suhaimi Said. Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk "Status peneroka dibawah akta GSA 1960 implikasi dan masa depan".

Sebenarnya apabila kita cuba bercakap berkaitan felda dan fungsinya, kita akan kerap bertemu dengan orang -orang yang akan memarahi kita dengan mengatakan, apa lagi yang kamu tidak puas hati dengan felda, kononnya felda sudah membuat semua yang perlu dilakukan untuk memberikan keselesaan kepada peneroka felda.

Sesungguhnya secara jujurnya, saya mengakui bahawa felda telah banyak membantu peneroka didalam mengatasi masaalahnya, akan tetapi didalam masaalah generasi kedua, ada sesuatu yang tidak kena dan perlu di perbetulkan segera.

Antara masaalah besar yang dihadapi oleh generasi kedua ialah perumahan, benar disesetengah tempat, ada perumahan kos rendah di bina di pinggir rancangan, tetapi tidak semua ada, dan bukan mudah pula untuk mendapatkannya.

Kebanyakkan perumahan kos rendah kini dibina oleh swasta, maka pembiayaan pinjamannya di perolehi dari bank, seperti biasa pihak bank, mahukan suatu bentuk pernyataan pendapatan seperti, pysheet gaji dan sebagainya, ianya adalah jaminan terhadap kemampuan peminjam tersebut untuk membayar balik.

Masaalahnya, ramai juga dikalangan anak peneroka yang bekerja diladang, yang tidak mempunyai dokumen tersebut, ini kerana mereka sekadar mengambil upah memotong buah sawit diladang peneroka, atau lain-lain kerja seperti bertukang, yang semestinya tidak mempunyai pysheet gaji.

Oleh itu felda dan kerajaan negeri harus memikirkan, satu kaedah bagaimana mengatasi masaalah ini, adalah tidak munasabah setelah anak-anak peneroka tersebut berkahwin, mereka masih terpaksa menumpang di rumah orang tua mereka, kepada peneroka yang tidak ramai anak, munkin masaalah ini tidak ketara, tetapi bagaimana bagi yang ramai anak, munkin seperti ikan sardinlah berasak-asak.

Berkenaan tuduhan sesetengah pihak, bahawa Mazlan Aliman, Suhaimi Said dan lain-lain lagi aktivis yang memperjuangkan hak-hak peneroka, yang kononnya hanyalah memperalatkan peneroka felda, sebagai batu loncatan, untuk menaikkan diri mereka di dalam arena politik.

Saya berpendapat, kalau kita nak mengira atau berfikiran seperti itu, maka pemimpin UMNO juga tidak terkecuali dari bersikap seperti itu, berapa ramai dari kalangan pemimpin UMNO yang hanya menjadikan Peneroka felda dan orang-orang kampung sebagai alat untuk mereka melonjakkan diri didalam politik, tetapi setelah berjaya, semua janji yang ditaburkan hilang entah kemana.

Walau macam mana pun, ada juga dikalangan sesetengah pemimpin UMNO tersebut yang benar-benar ikhlas didalam perjuangannya, begitu jugalah Mazlan Aliman, Suhaimi Said dan lain-lain lagi, yang kita tidak tahu dan tidak boleh untuk kita meramalkan, bagaimanakah sikap mereka jika di takdirkan mereka berjaya menjadi pemimpin nanti, kerana sehingga kini, orang-orang yang saya sebutkan itu, belum pernah berjaya menjadi ahli yang berhormat lagi.

Oleh itu amatlah tidak wajar, tiba-tiba kita menghukum mereka dengan pelbagai tuduhan, malah sepatutnya kita menjadikan kritikan mereka terhadap kita sebagai pendorong untuk memperbaiki segala kelemahan yang ada..................
Felda Logo



2 ulasan:

Gaya peneroka berkata...

antara sebab ujudnya blog gayapeneroka ialah nak mendedahkan sesuatu yang tak kena dengan jenerasi Felda.
Saya setuju dalam artikal saudara.
syabas........

LKTP1436 berkata...

Terima kasih.