Siapa kata beliawanis felda tidak produktif, buktinya difelda kota gelanggi 01, telah wujud seorang anak peneroka yang berminat di bidang pendawaian eletrik, walau pun kerja ini biasanya di monopoli oleh kaum lelaki, tetapi oleh kerana minat yang mendalam dibidang tersebut membuatkan anak peneroka tersebut turut terjun menceburinya.
Anak peneroka yang saya maksudkan itu ialah Ismawarni bte Zainal Abidin, oleh kerana minatnya, selepas peperiksaan SPM, dia sanggup memohon masuk belajar kursus pendawaian eletrik di Giat Mara Jerantut pada 2008, walau pun didalam kelas, hanya dia seorang sahaja pelajar perempuan daripada seramai 15 orang pelajar.
Dengan dikelilingi pelajar lelaki dia menghadapi cabaran, belajar dan terus belajar dan akhirnya dia berjaya manamatkan pengajian pada tahun 2009,
Ismawarni yang mempunyai adik beradik seramai 7 orang, 3 lelaki, manakala 4 lagi perempuan dan dia adalah anak yang ke- 4, walaupun ayahnya telah meninggal dunia beberapa tahun yang lampau dan kini tinggal bersama ibunya, namun ini tidak melemahkan semangatnya.
Dia kini membuat kerja-kerja secara bersendirian dengan mengambil upah pendawaian eletrik dari peneroka-peneroka felda disekitar perkampungan Kota Gelanggi 01 & 03.
Semasa meminta supaya kisahnya disiarkan di blog saya, alasannya dia kata, manalah tahu dengan tersiar kisah hidupnya ini, akan membuatkan semakin ramai orang akan sudi mengupahnya. Dia datang berjumpa saya bersama sekeping kad memory Micro SD yang berisi gambar-gambarnya yang sedang melakukan kerja-kerja tersebut.
Melihat kepada keadaannya bekerja, memang tidak ramai yang menyangka bahawa, yang melakukan kerja-kerja tersebut berkeseorangan diri pula, adalah seorang remaja perempuan, tetapi itulah hakikatnya, remaja yang masih belum berpunya ini, ada potensi besar didalam kerjayanya, dengan syarat, jika dia mesti berdisiplin dan rajin.
Apa macam remaja-remaja lelaki, tak malu ke......? perempuan boleh, lelaki lagi boleh.........

Tiada ulasan:
Catat Ulasan