18 April 2010

Perlumbaan motor lasak kali ke - 2

Hari ini di Felda Kota Gelanggi 01, berlangsung satu acara perlumbaan motor lasak buat kali ke-2 setelah kali pertama berlangsung tahun lepas iaitu pada 05.04.2009 .(sila klik di tarikh)

Apa yang menariknya, didalam perlumbaan kali ini, pihak penganjur telah berjaya mengubahsuai keseluruhan trek perlumbaan dengan lebih baik dan hampir mengikut piawaian trek perlumbaan sebenar serta penyertaan peserta yang lebih banyak dan jumlah penonton yang sangat ramai.

Cuba lihat trek lama ini.....dan bandingkan dengan trek baru seperti dibawah .....yang dirakam ditempat yang sama.













Orang yang minat berniaga, apa lagilah, macam pasar malam, menjual beraneka macam
dari nasi, mee dan aneka kueh mueh.




Dan yang paling menarik bagi saya ialah, kesanggupan para peserta yang datang dari jauh, ada yang dari Johor, Singapura, Kelantan, Kuala Lumpur dan aneka tempat lagi, kerana minat mereka kepada sukan motor lasak, mereka sanggup tidur dibawah khemah yang disediakan oleh penganjur secara ala kadar, malah ada yang bawa anak isteri.........bersama mereka.

Ada diantara mereka yang telah bermalam di bawah khemah tersebut sejak hari Jumaaat yang lepas, bermakna sudah tiga malam mereka tidur dibawah khemah. Nak dijadikan cerita, hujan malam tadi turun dengan lebatnya, tak tahulah mereka tidur macam mana.





Itulah, bagi orang yang tidak minat ada yang mengatakan, ini kerja bodoh, tetapi sebenarnya kita tidak boleh membuat andaian yang buruk kepada mereka, kerana itu minat mereka. lagi pun faedah dari aktiviti ini ada juga, iaitu dapat mengisi masa lapang para belia kita, semoga dengan aktiviti ini dapat menghindari mereka dari terlibat dengan dadah.

Peserta semua sekali lebih kurang 200 orang, yuran penyertaan RM60.00 seorang, minyak kereta, minyak motor, makan-makan.......banyak jugalah habisnya........tak pe...minat punya pasal.



'Terbang' pada hujung minggu







2 ulasan:

yastro berkata...

Pak mertua sy org Kota GelanGgi 1 n sy pula anak peneroka Sg Koyan (Lipis)...Hmmm..x sangka pulak yg kat K.gelanggi ade event mcm nih!!!
Pe pun tahniah kepada penganjur!!

LKTP1436 berkata...

Terima kasih kpd Yastro kerana sudi melawat blog ini,

Selalu-selalulah menjengok diblog ini utk mengetahui perkembangan di sekitar felda Kota Gelanggi 01.

Terima Kasih.