Saya ingin menyambung entry saya yang lepas bertajuk " kisah dulu-dulu," diakhir tulisan saya itu, saya ada menyebut ............
Akibat tidak berpandangan jauh serta lebih mementingkan diri sendirinya itu, maka berterusanlah anak-anak dan cucu, cicit peneroka felda kota gelanggi 01 dan 03 menaiki bas untuk ke sekolah menengah dari dulu sampailah kehari ini dan sampai ..................................?
Didalam entry saya yang lepas, saya tidak menyebut bahawa di Felda Kota Gelanggi 01 dan 03 sebenarnya ada sebuah Sekolah Menengah Ugama Rakyat, ianya berpunca dari Sekolah Menengah Ugama tersebut pernah ditutup beberapa tahun yang lepas, dan ianya baru sahaja dibuka semula baru-baru ini, sebab-sebab penutupannya dan susur galur sejarahnya akan saya huraikan nanti.
Dari maklumat terbaru yang saya terima bahawa Sek. Men. Ugama Rakyat yang di beri nafas baru itu telah pun menerima peruntukan dari Kerajaan Persekutuan berjumlah puluhan ribu ringgit untuk membayar gaji guru-guru dan lain-lain keperluan, malah khabarnya peruntukkan ratusan ribu ringgit sedang di pertimbangkan bagi dibina bangunan baru.
Sebenarnya sepertimana sejarah semua Sekolah Ugama Rakyat di Pahang khasnya dan seluruh Malaysia am-nya, mempunyai sejarah yang tersendiri dengan mecoretkan segala kepayahan, kesukaran dan pengorbanan dari tokoh penerajunya serta masyarakat setempat.
Sekolah menengah agama rakyat Felda Kota Gelanggi 01 dan 03 juga tidak terkecuali dari mempunyai sejarah seperti itu, bilamana ianya mula-mula ditubuhkan ialah diatas kesedaran untuk meningkatkan pengetahuan agama, disamping mengatasi masaalah keciciran persekolahan dikalangan anak-anak peneroka.
Maklumlah disatu ketika dulu kehidupan peneroka Felda sangatlah dhaif, sehingga ada sesetengahnya tidak mampu lagi menghantar anaknya keSekolah Menengah Kerajaan yang jaraknya jauh serta kena bayar tambang bas dan lain-lain keperluan.
Akibat masaalah tersebut, ada dikalangan peneroka yang mengambil jalan mudah dengan tidak menghantar anaknya kesekolah atau yang sedang bersekolah, menghentikan terus persekolahan anak -anak mereka.
Munkin diatas kesedaran tersebutlah, maka ada usaha dari beberapa individu untuk menubuhkan Sekolah Menengah Ugama Rakyat, orang yang mula-mula menggerakkan usaha murni tersebut ialah Ustaz Abdul Wahab Bin Taha atau lebih popular dengan panggilan Ust. Wahab atau Imam Wahab.
Ustaz Wahab ini mempunyai sejarah yang tersendiri, sebelum memasuki Felda sebagai peneroka, beliau pernah menjadi Bilal (1966) Khatib (1967) dan Imam (1969-1978) di Masjid Bandar Temerloh.
Beliau meletakkan jawatannya sebagai Imam dan memasuki Felda sebagai peneroka pada tahun 1978, beliau berkelulusan Sekolah Pondok dari Kelantan ditahun 60an.
Didalam Felda beliau bergerak sebagai aktivis parti PAS, malah beliau memegang jawatan sebagai ketua PAS cawangan dari dulu sampailah sekarang ini disamping AJK dewan Ulamak PAS Pahang.
Ditahun 1990 beliau telah menubuhkan Pasti iaitu pusat asuhan kanak-kanak sehingga disatu ketika mencapai jumlah 86 orang murid dengan dibantu beberapa orang guru, beliau mengoperasikan Sekolahnya dibawah rumahnya yang diangkat menjadi dua tingkat.
Pada tahun 1991 beliau menubuhkan pula Sek.Men.Ugama dengan nama Madrasah Annidzomiah Al-Islamiah, memulakan kelas peralihan juga dibawah rumahnya tetapi di sebelah petang, dengan murid seramai 28 orang, manakala ditahun 1992 dengan memulakan pangajian di tingkatan 1 seramai 58 orang, begitulah seterusnya setiap tahun sehingga pernah mencapai murid seramai hampir 100 orang.
Disamping mengurus sek Pasti dan menengah tersebut beliau juga di sebelah malam pergi memberi kuliah di merata Masjid didalam Felda dan badan-badan berkanun antaranya, Jengka 4, 5, 9,10,11, Sg.Tekam Getah,Lepar Utara, PPPTR, TNB B.Pusat, TNB J'tut, TNB T'loh LKWJ, Jengka dan lain-lain, disamping itu beliau ada juga memberikan kuliahnya kepada kaum ibu dimasa-masa tertentu diatas rumahnya.
Malang nya disangka panas sampai kepetang, rupanya hujan ditengah hari, begitulah juga nasib yang menimpa Pasti dan Sek .Men. Ugama kelolaan Ust.Wahab, pelbagai dugaan dan cabaran yang dihadapinya, beliau menghadapi masaalah dengan AJK sekolahnya yang akhirnya memaksa beliau menghentikan terus operasi Sekolahnya dari rumah beliau.
Oleh kerana kecewa dengan apa yang berlaku serta kebetulan pula beliau mendapat tawaran bekerja sebagai Pegawai Dakwah Baheis di J.P.M dan dihantar berdakwah ke Sabah selama beberapa tahun, membuatkan beliau menyepi diri buat seketika, namun beliau tetap dikenang sebagai orang yang berjasa, orang yang memulakan idea menubuhkan Sek.Ugama tersebut.
Setelah apa yang berlaku itu, AJK Sek. Men.Ugama tersebut membuat keputusan memindahkan operasi Sek. Men. Ugama tersebut ke dekat kawasan Tanah Perkuburan Felda Kota Gelanggi 03 yang berkongsi Tanah Perkuburannya dengan Felda Kota Gelanggi 01 dengan nama baru Sek .Men. Ugama Kota Gelanggi 3 .
Dari sana sekolah tersebut beroperasi dengan pengurusan yang baru iaitu Ust. Saifuddin lulusan dari UM dengan AJK tetap yang lama, bermula dari tiada apa-apa, bermula dengan tiang sebatang, dengan semuanya dilakukan dan dibiayai secara gotong royong oleh AJK dengan dibantu oleh penduduk tempatan, tanpa dibayar apa-apa, semuanya secara sukarela.
Berkat usaha bersepadu dari mereka yang bersimpati dengan perjuangan Ugama, akhirnya Sek. Men. Ugama tersebut berkembang begitu pesat sehingga mendapat pengiktirafan dari kementerian pelajaran dengan diberikan bantuan gaji guru dan buku teks malah murid-muridnya pernah mencapai sehingga 280 orang serta mendapat tempat no.3 terbaik dikalangan Sek.Men. Ugama rakyat seluruh negeri Pahang.
Namun seperti yang dialami kali pertama, masaalah kali kedua ini juga tidak kurang peritnya, kali ini ujiannya datang didalam bentuk pemberhentian bantuan perkapita dari kerajaan pusat kepada Sek. Agama Rakyat di seluruh negara dimasa pemerintahan Perdana Menteri Dr.Mahathir Mohamad.
Akibat perberhentian bantuan tersebut, gaji guru-guru tidak dapat dibayar dan banyak akviti tidak dapat dijalankan dan memberi masaalah besar kepada pihak pengurusan sekolah.
Sekali lagi Sek.Ugama ini terpaksa ditutup akibat semua guru-gurunya dan murid-muridnya menerima tawaran dari kerajaan untuk diserap ke Sekolah Kerajaan.
Setelah ditutup beberapa lama, tiba-tiba datang ustaz Jamaluddin dari felda Jengka 14 minta kepada AJK mahu menubuhkan Sek .Ugama Swasta, setelah diberi kebenaran, diluar dugaan beliau bertindak membubarkan AJK lama sebaliknya melantik semua AJK baru yang dianggotai oleh semua orang luar dan bukan penduduk Kota Gelanggi 01 dan 03.
Setelah beroperasi selama 2 tahun, banyak sekali perkara yang dilaksanakan menimbulkan konstreversi penduduk tempatan serta membuat rasa tidak puas hati dikalangan Guru-Guru, yang mana akhirnya mengundang pihak pengurusan Felda Kota Gelanggi 03, sebagai pihak yang mempunyai hak keatas tapak tanah Sek. Men Ugama tersebut campur tangan.
Pihak pengurusan Felda Kota Gelanggi 03 telah membuat keputusan membubarkan AJK yang dilantik oleh Ust. Jamaluddin serta seterusnya memecat Ust Jamaluddin dari pengurusan Sekolah itu.
Pengurus Felda Kota Gelanggi 03 bertindak mengambil alih Jawatan Kuasa Penaja, serta menubuhkan Jawatan Kuasa yang baru, dengan melibatkan semua Ahli Jawatan Kuasa lama yang diwarisi sejak penubuhan dari Rumah Ust Wahab dahulu, ditambah dengan penyertaan Ketua Masyarakat dari Felda Kota Gelanggi o1 dan 03.
Akhirnya pentadbiran yang baru yang dipengerusikan oleh Pengurus Felda Kota Gelanggi 03 itu berjaya mendapatkan kelulusan dan pengiktirafan dari kerajaan dan satu MOU sudah ditanda tangani diantara pihak pentadbiran dengan kementerian pelajaran dan bersetuju Sek.Men. Ugama tersebut di letakkan dibawah Sek. Agama Bantuan Kerajaan.
Terkini diberitakan Sek.Men. Ugama Kota Gelanggi 03 yang asalnya dari Sek Men.Ugama Rakyat itu akan mendapat bangunan baru sepenuhnya didalam masa terdekat, semoga sekolah tersebut dapat maju sebagai tempat belajar yang selesa bagi anak, cucu, cicit, ciat peneroka dan masyarakat sekitar di alaf akan datang .......................amin.
Saya mengambil kesempatan disini mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ust Wahab, selaku mantan Pengetua Sekolah, kepada Samsuri bin Din, selaku salah seorang AJK lama dan terkini yang banyak berjasa kepada penubuhan asal sekolah, diatas segala maklumat yang diberikan dan gambar-gambar lama dari simpanan serta mengizinkan saya menyiarkannya di dalam blog ini, tanpa kerjasama anda semua saya tidak dapat menulis artikel ini. .............. sekali lagi terima kasih.

Lawati juga laman web Sek ugama k.Gel 03 tersebut iaitu SMAKG 03, laman web ini di usahakan oleh seorang guru disana dan saya postingkan diblog ini pada 04.05.2010........
4 ulasan:
Salam Sahabat,
Demikianlah kehidupan, kadang2 yang nampak indah itu sebenarnya hampas dan yang nampak terbiar itu adalah permata yang sangat berharga. Kita sokong mana-mana ulamak yang benar-benar perjuangkan Islam bukan kerana parti dan kepentingan peribadi dan kroni semata-mata ~ bRAVEhEART
koi hormat dan kagum dgn usaha tok imam wahab memperjuangkan sekolah agama ini. bukan senang nak cari orang macam ni. ada kesedaran agama yg amat tinggi.
zaman sekarang org asyik fikir nak memenuhkan tembolok masing2 je..
Maklumat yang menarik..
Kome di gelangi 2 ada sekolah rendah agama rakyat je..
tu pun dengor cerita bergerak dalam kepayahan..
Sebenarnya sek agama annizomiah di Kota Gelanggi 3 itu terlalu banyak menyimpan pahit manis dan sukar duka dalam perkembangannya. Kebanyakkan bangunan tersebut didirikan sendiri dan mungkin dgn pembelanjaan sendiri oleh tenaga kerja peneroka-peneroka tempatan.Ayah koi adalah salah satu AJK sek. agama tersebut! koi bangga dgn terdirinya sekolah agama tersebut!
Catat Ulasan