22 Ogos 2009

Bazar Ramadhan di Felda Kota Gelanggi 01, 2009


Hari ini adalah hari pertama umat Islam di Malaysia berpuasa, dan seperti biasa di mana-mana pun, samada dikampung atau di Bandar malah tidak terkecuali di penempatan Felda akan wujud bazar-bazar Ramadhan umpama cendawan tumbuh dimusim hujan, satu perkembangan sihat bagi para individu yang ingin belajar untuk memulakan perniagaan.

Di Felda Kota Gelanggi 01 tidak terkecuali dari mengalami suasana yang sama, munculnya peniaga-peniaga baru di sulami dengan peniaga-peniaga lama tetap memeriahkan suasana setiap tahun, menambahkan lagi keceriaan di petang Ramadhan.

Yang menariknya dikawasan pekan sehari yang dijadikan tapak bazar Ramadhan di Kota Gelanggi 01 yang di kongsi bersama dengan peniaga dari Kota Gelanggi 03, ialah dengan penggabungan kedua-dua puak peniaga dari dua perkampungan ini telah berjaya membuatkan keadaan menjadi lebih hingar bingar.

Ini ditambah lagi dengan kewujudan tiga buah wakaf, yang asalnya di buat dengan bertujuan untuk dijadikan tempat bagi orang ramai menunggu Bas, malangnya ia telah berukar menjadi tempat orang yang berminat untuk lepak-lepak sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Pada sebelah malamnya pula, sebagaimana yang dialami di Masjid-masjid lain, di Masjid kota gelanggi barat juga tidak terkecuali mengalami keadaan yang sama iaitu diawal Ramadhan ini, sembahyang tarawikhnya dihadiri tidak kurang 10 hingga 15 saf yang setiap safnya mengandungi 40 orang.

Tetapi seperti biasa apabila puasa semakin mengakhiri penghujungnya, maka para jemaahnya pun akan turut berkurangan.

Begitulah lebih kurang lapuran yang dapat saya sampaikan untuk tahun ini dan sebenarnya pada tahun lepas saya belum lagi menulis blog, jadi inilah lapuran pertama saya dibulan puasa..............







1 ulasan:

Unknown berkata...

Assalamualaikum..

Tengok gambar, teringat kuih lompat tikam Pakcik Nuar..best giloss.. Pok Ghani pun niaga jugek..Makcik Ton ke yang jual rojak tu? Meriah sungguh.. kena balik kampung nampak nyer ni..!!
Tak sabar nak makan gulai tempoyok ikeng pateng...huhh..

teruskan blog ni yer Che Aziz yer..