19 April 2009

Tiba-tiba semuanya berterbangan..............................

Petang tadi sekitar jam 4.00 ptg, telah berlaku satu ribut yang agak kuat, yang telah menerbangkan atap serta menumbangkan beberapa batang pokok di felda kota gelanggi 01, antara yang terlibat ialah kedai Saali Talib .
Kedai kopi Sahak yang sedang mengatur mejanya untuk beroperasi petang ini, habis tercampak kerusi mejanya, dan bumbungnya kedainya ranap.
Juga Cyber Cafe Hj.Kassim telah tercabut bumbungnya, menyebabkan beliau tidak boleh beroperasi untuk beberapa hari......
Juga warung kakyah turut terpelanting atapnya................
.Dan kereta Rahman Ghani yang diletakkan di depan kedainya di hempap pokok sena yang tumbang, nasib baik keretanya tidak rosak.............
.Tetapi Pasar malam tetap meneruskan operasinya seperti biasa selepas ribut tersebut, walaupun Setapa apam balik, terpaksa balik awal kerana payung dan alatannya musnah di tiup angin kencang.
Dan hari ini 20.04.09 kontraktor telah memgetar di kawasan Pekan Sari........................
Kerja dimulakan dari jam 10.00 pagi......................
Dan siap jam 6.00 ptg............................................

Felda Logo

3 ulasan:

Unknown berkata...

ermmm...

Itu baru diuji sedikit ajer, kena paham -pahamlah jawabnyer. mula sebelah kanan dan kiri, esok sebelah tengah pulak. kenapa jadik macam tu..renung-renunglah diri kita.

kalau benda yang patut buat, kenalah buat.. yang patut kena bayar, maka kenalah bayar...sama sama lah kita berdoa agar peristiwa ini tidak berlaku lagi, inysallah. amin...

wassalam..

LKTP1436 berkata...

Oi....Mooncake...jangan hanya pandai mengomen je..tulis-tulis lah apa yang patut, ni bila kita nak tengok blog dia.....Profil tidak tersedia....
apa ni.....tulislah pasal kegiatan belia ke...atau apa-apa sajelah.....
Walau macam mana pun di ucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian sdr menjengok blog ini...

Unknown berkata...

alooo latuk..

tak kan orang komen kat blog hang tak leh kot..tak payah tulis blog la oiii..sikit-sikit nak hangin..tak terase pulak. relakslah beb.. orang tua cepat terase kannn cepat merajuk kann.. orang lain punyer blog lagi hebat kena komen giler-giler..macam maner nie beb..tak kan nak mintak orang puji ajer. tak malu ker.. cehh..

jangan pakse orang tulis blog. kene terima lah hakikat, kalau tulis blog tak nak kasik orang masuk, letak bawah kangkang lah wei...otak letak lutut aper..

wassalam...