13 April 2009

Sikap orang Melayu di dalam perniagaan .......................

Sudah seminggu saya tidak mencoretkan apa-apa di blog ini, puncanya kerana tiada perkembangan baru untuk dilapurkan, tiada idea untuk ditulis, maka saya pun merayau-rayau ke pelbagai blog untuk mencari ilham........akhirnya saya terjumpa cerita menarik di blog MSO.

Ceritanya berkenaan pengalamannya semasa memasuki kopitiam kepunyaan Melayu, apa yang dimushkilkannya ialah tentang layanan dan sikap taukee kopitiam tersebut..........sila ikuti pengalamannya..................



KEWUJUDAN kopitiam kini sudah menjadi satu fenomena baru. Ia menjadi alternatif kepada kedai atau warung teh tarik mamak yang setengah kotor dan berlumut dan bergelewatan dengan tikus munduk.

Kewujudan kedai yang teratur, bersih, ceria dan lengkap dengan kemudahan wifi atau wireless ini memenuhi gaya hidup terkini. Kopitiam menjadi tempat lepak dan sembang yang popular.

Kopitiam yang bermaksud kedai kopi. Kopitiam adalah gabungan perkataan Melayu dan Hokkien, yang bermaksud kopi. Kopitiam kini bukan saja merujuk kepada kedai kopi tradisi kaum Cina yang menu khususnya roti bakar, telor, kopi dan teh tetapi sudah dipelbagaikan.

Malahan di sesetengah kopitiam, misalnya Bangi Kopitiam selain menghidangkan kopi tradisi Melayu yang ditumbuk sendiri, tersedia menu tradisi Melayu seperti sagu gula Melaka, popia serta nasi dan sebagainya. Mungkin kopitiam di Kelantan siap dengan laksam dan nasi kerabu!
Menariknya orang Melayu juga sudah menceburi bidang ini. Kesediaan orang Melayu untuk menceburi perniagaan ini sesuatu yang dibanggakan. Bahawa orang Melayu bukan saja mampu berniaga di bawah pokok tetapi beralih ke rumah gudang, kedai sempurna dan bentuk penyajian yang betul dan kemas.

Selalunya mereka yang menceburkan diri dalam bidang ini mereka yang ada pengalaman serta yang berada kerana modal untuk membuka sebuah kedai kopitiam ini memerlukan modal yang besar, sekurang-kurangnya RM500,000.

Bagaimana pun bila berbicara mengenai orang Melayu dan perniagaanya, tabiat asalnya berniaga di bawah pokok dan tepi lombong terbawa-bawa ke kopitiam. Kurang mesra pelanggan, lambat menyediakan makanan, makanan tidak berkualiti, masih ditemui di kopitiam diusahakan Melayu. Sepatutnya bila kita sudah memiliki kedai kopi moden, setanding dengan kaum lain, sifat-sifat dan tabiat begitu sudah tiada lagi.

Layanan adalah paling penting bagi sesebuah perniagaan. Walaupun pelanggan tidak memerlukan layanan berlebih, kerana kebanyakan mereka memasuki kopitiam untuk menggunakan beberapa kemudahan di situ, (membaca akhbar dan melayari internet) namun sebagai pengusaha perkara itu tidak boleh di kesampingkan. Tanggungjawab pengusaha kedai harus memenuhi kehendak pelanggan walaupun pelanggan tidak meminta.

Hujung minggu lepas ketika menjenguk anak di Shah Alam saya bersama isteri dan anak-anak memasuki sebuah kedai kopitiam di Seksyen 7, di Shah Alam. Melihat kepada lokasi dan suasana kedai berkenaan menyebabkan saya terbuka hati untuk mencubanya. Apa lagi kedai berkenaan milik Melayu.

Namanya kopitiam *** *** menggambarkan Melayu yang popular dan ramah. Nama itu biasanya seorang Melayu yang kelakar dan suka berjenaka dan jadi penghibur.

Ketika itu dalam kedai itu pelangganya tidak berapa ramai. Tidak seramai dan sesak di kopitiam milik Cina. Adalah dua tiga belas orang pelanggan saja. Satu kelompok anak muda di satu meja, sambil mengilai dan ketawa. Lagaknya macam mat rempit, tetapi mungkin saja mereka mahasiwa, pelajar UITM. Mat rempit dan mahasiswa sekarang ini pun sukar untuk dibezakan. Ada juga siswa yang jadi mat rempit.

Di sebelah meja kami pula satu lagi kelompok. Manakala di hadapan dua anak muda yang sedang termenung menunggu pesanan makanan atau minuman. Tengok ke gayanya sudah lama dia menanti pesanannya.

Saya meminta kopi, isteri teh tarik dan anak bongsu minta roti garlic dan ice blended. Pesanan itu cukup ringkas dan mudah. Kalau di White Coffee ianya akan tiba tidak sampai 15 minit. Selepas 20 minit makanan yang dipesan belum tiba. Kedai itu memang ada masalah, saya mula fikir.

Pelayan hanya dua orang, lelaki. Seorang cashier dan tiga tukang masak yang beruniform, tetapi mulut saya nampak sedang mengunyah sesuatu macam chewing gam atau gula-gula telor cicak.
Mungkin kedai itu baru. Tetapi kalau baru kenapa perlu beroperasi dalam keadaan tidak sedia? Inilah orang Melayu suka buat sesuatu sambil lewa dan tidak fokus. Walhasilnya kerja tak seberapa yang dapat akhirnya rugi dan lingkup.

Waktu Maghrib nak masuk baru kopi saya minta sampai. Roti garlic juga sampai diletakkan dalam bekas bakul, klasik dan tradisional. Kononnya dengan hiasan begitu ia menyelerakan lagi. Malangnya rupa roti berkenaan masyaAllah menakutkan. Separuh Bangla separuh Cina. Tepinya hitam, berarang kerana dibakar berlebihan. Terdapat butter yang disapu tidak serata kelihatan 'berdeneng', macam telinga menanah.

Saya komplen kepada pelayan itu, "macam mana nak makan, penuh dengan arang. Macam ni bahaya, dik jangan angkat...ini roti garlic dalam filem Musang Berjanggut yang sesuai dimakan dengan kopi P Ramlee yang dibuat dari arang!" kata saya.

Dia buat acuh tak acuh sahaja kemudian berlalu ke ruang dapur. Kelihatan dia mengadu sesuatu kepada tukang masaknya, dan tukang masak (yang membakar roti) itu hanya mengenyut bahu sahaja. Tidak ada apa-apa tindakan dari mereka samada untuk membakar roti lain atau apa.

Menurut anak saya yang sudah mencubanya, rupa roti itu memang begitu. "Minggu lepas lagi teruk, hangus dan penuh dengan arang," cerita anak saya.

Order yang selebihnya tidak juga sampai. Beberapa kali ditanya jawab pelayan seorang itu, ia sedang di buat. Kerana tidak tahan dan lambat sangat saya suruh isteri cancelkan saja. Sewaktu jenguk ke tempat buat air, baru pembuat air tergopah baru nak capai gelas, buka susu dan ambil teh. Air tidak pun dibuat lagi.

Sengaja saya tidak mahu komplen dan nak tengok macam mana cara pelayan itu melayan kami. Sewaktu membayar, saya tidak pun bantah mengenai roti garlic yang hangus dan tidak dimakan itu. Apakah ia dikira atau tidak. Bila tenguk resit ternyata roti berkenaan walaupun tidak makan dan hangus turut sama dikira.

Saya hanya mengelam kata-kata dalam diam, begitulah kedai Melayu. Mereka hanya mahu untung tetapi tidak tahu menjaga pelayan.Paling menyentuh saya ialah, orang bernama *** *** yang menjadi taukehnya ada terpacul dekat cashier sambil menghadap laptop, mungkin sedang baca blog saya kot.

Dia tidak pun peduli kepada pelanggan dan ambil hirau apa yang berlaku. Kedai dan segala-galanya diserahkan kepada pekerja sepenuhnya. Tidak menjadi keperluannya untuk memantau dan mempedulikan. Sebabnya mungkin satu saja, kerana dia sudah membayar segala gaji pekerjanya, maka dia harus menjadi taukeh tanpa perlu mempedulikan apa-apa lagi. Itulah sikap dan perangai orang Melayu suka menjadi taukeh!

Dan kopitiam berkenaan sudah pasti tidak akan saya masuki kerana sudah terkena dan serik.


Felda Logo

2 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

sebut pasal kopitiam taukeh melayu ni, jelak dah kawan nak masuk, itu kisah awak, kawan pernah kena juga, koptiam ni petugasnya perempuan, lawa-lawa, adalah 4, 5 orang. Dahlah tengok kita duduk, saje je deme (agak nya gu-gu kawan nampak tua sikit agaknya)pelayan ni asyik dok bertonyeh dgn pelangan-pelangan muda, macam mat rempitlah juga. Kawan panggil lah, dah datang muka tak senyum, belum abis kawan cakap dah cabut, kawan sabor juga.... oder kawan pun sampai, yang peliknya semua tak de dalam oder kawan, kawan tanyalah pelayan tadi " apa yang awak tulis tadi ? " senang je dia jawab " Entah " kurang ajor punya budak kawan kata....... pas tu kawan dgn gu-gu tadi cabut je tinggal bodo, pandai pulak tauke melayu ni sound kat kawan " Sedara, minuman ni sapa nak bayar !!! dia jerit kat kawan " macam bos genster, dia kawan takut " suruh pelayan awak comel lote tu lah bayar " jawab kawan selamba.... kawan tinggal je.....
pendek kata, kopitiam atau ape-ape je lah milik Melayu, kalau tak hurmat pelanggan, patut di ketepikan....... biar deme sedar sikit, kalau tak den orang melayu macam kita tolong, sape lagi......

Gaya peneroka berkata...

bab blog saya ....
3 hari buat dan berbagai cara akhirnya boleh juga dan agaknya berkaitan dengan domain dia saya padam baru jadi.