25 April 2009

Hidup pekebun bagaikan ombak dilaut ..........................

Berita gembira buat peneroka-peneroka felda di seluruh negara, apa dia ?............. beritanya ialah mengenai Harga sawit tertinggi bagi empat bulan sejak dari awal tahun 2009.

Setelah masuk tahun baru 2009, inilah kali pertama harga melonjak kembali, kini harga nya berada di sekitar RM500.00 setan, sayangnya buah pula berkurangan akibat musim melawas, maka jadi lah 2x5, 5x2..............

Sebenarnya harga murah bermula sejak bulan Nov 2008, pada ketika itu harganya menjunam kepada RM246.00 bagi satu tan metrik, cubalah bayangkan, di ketika itu harga jatuh merudum, sedangkan baja dan racun iaitu satu keperluan asas bagi sawit, masih ditahap harga lama ................. macam mana nak beli baja dan racun.

Namun setelah beberapa bulan harga kelapa sawit harga murah, kemudian barulah harga racun dan baja turut jatuh, yang peliknya, harga racun yang naik mendadak semasa harga kelapa sawit tinggi dulu, kini apabila harga kelapa sawit jatuh, harga racun pun turut jatuh, alasan kenaikan dulu ialah kononnya bahan-bahan untuk membuat racun naik, tetapi setelah harga kelapa sawit jatuh kenapa harga racun boleh jatuh pula ( marah tu....)

Sebenarnya saya sangat percaya bahawa kenaikkan harga racun dan baja diketika harga kelapa sawit tinggi dulu adalah di sengajakan oleh pengedarnya kerana mengambil kesempatan diatas kemampuan pembeli yang bersemangat membeli baja dan racun diketika itu.

Di ketika harga sawit murah, jangankan nak beli baja dan racun, nak beli barang-barang keperluan hidup harian pun terkial-kial, kalau ada apa-apa yang telah di beli secara ansuran bulanan lagilah teruknya.

Setelah harga kelapa sawit jatuh, semangat pekebun pun turut jatuh, ada diantara pekebun yang hanya membeli garam sebagai ganti kepada baja.......................

Saya hairan juga, di mana dia orang belajar, garam boleh digantikan sebagai baja.........................
munkin ada diantara pembaca yang boleh memberikan pendapat tentang garam menggantikan baja ni............

Kini setelah harga kelapa sawit melonjak kembali, maka pengedar sekali lagi kemunkinan akan mengambil kesempatan menaikkan harga, tetapi oleh kerana pendapatan pekebun meningkat, maka kebanyakkan pekebun tidak menghiraukan lagi harganya yang mahal itu.

Sebenarnya kalaulah kerajaan boleh mengawal harga kelapa sawit agar stabil di tahap RM 500.00 setan, alangkah bagusnya, jangan naik tinggi sangat dan jangan turun teruk sangat.

Begitulah hidup sebagai pekebun, sentiasa macam ombak dilaut, ada tinggi dan ada rendah, ada pasang dan ada surut, terimalah hakikat tersebut seadanya................
Felda Logo

3 ulasan:

Hanisham Ab Halim berkata...

Salam. Saya sokong patutnya kerajaan mainkan peranan penting dalam hal kawalan harga ni. Baik harga buah, baja maupun racun. Kalau dilihat dari segi harga ni memang nampak ada semacam yang tak kena. Ini disebabkan oleh yang macam saudara katakan tu. Pengedar mengambil kesempatan diatas kemampuan peneroka.

Don Balon berkata...

rodonc,
koi sokonc sangat mender aok kater..
bila nok turun gamoknye harga baja ni,,
harga minyok dunia doh berzaman stabil..

LKTP1436 berkata...

Terima kasih diatas ulasan sdr berdua.