27 Oktober 2010

Hantu Manakah Yang Curi Wang Zakat Kita ?

Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, laporan Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan sejauh mana ketepatannya.

"Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan. Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini. 

"Ke mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata, pendedahan audit itu aman menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat.

"Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban?

"Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya dengan nada sinis.  
( Sumber asal )


( Bingung bila kita memikirkan bagaimana wang Zakat sanggup di selewengkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab, berita di atas adalah yang di bawah keloaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, bagaimana dan apa pula yang terjadi kepada yang dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri ?


Menurut khabarnya, yang dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri lagi terok.......


Ni yang jadi kita serba salah......nak kita sendiri hulurkan terus kepada asnaf yang layak, tak dapat pula pengecualian cukai pendapatan kerana tiada resit, tak tahulah pula kalau-kalau surat pengakuan penerimaan dari penerima boleh di jadikan bukti dan di terima oleh LHDN.)













Tiada ulasan: