16 Oktober 2010

Bajet 2011


Hari ini Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abd Razak yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2011, sebagai seorang peneroka Felda, saya secara jujurnya mengakui bahawa kebanyakan peneroka felda tidak ambil kisah sangat tentang Bajet 2011 ini

Seperti di tahun-tahun yang lepas, bajet di bentangkan tetapi bagi kebanyakan para peneroka ini, dunia mereka hanyalah apa yang ada di persekitaran mereka sahaja, mereka akan merungut jika cukai rokok naik kerana akan memberi kesan secara langsung kepada mereka yang merokok, namun pada tahun ini harga rokok telah dinaikan lebih awal sebelum bajet dibentangkan .

Mereka juga akan merungut jika harga gula naik, kerana boleh menyebabkan harga teh dan kopi yang mereka minum di kedai akan naik, jika petrol naik, lagilah mereka merungut kerana akan memberi kesan kepada semua barangan, kerana ini semua akan memberi kesan kepada kehidupan mereka, biasalah bagi orang kampung.

Namun tahun ini nampaknya Tok Empat dan Tok Imam akan tersenyum lebar kerana elaun bulanan mereka telah dinaikkan ......

Didalam keadaan sekarang ini sama ada di Felda atau di Kampung tradisional para pekebun boleh tersenyum simpul kerana harga komoditi Getah dan Kelapa Sawit sangat tinggi, oleh itu walau apa pun yang di sebut oleh Datuk Sri Najib mereka tak kisah, yang penting harga kedua-dua komoditi tersebut kekal diparas sekarang.

Lagi pun kalau difikirkan, dengan cita-cita Perdana Menteri yang mahukan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, tiada cara lain kecuali mengawal harga kedua-dua komoditi tersebut agar kekal berada di paras sekarang. jika tidak sebahagian besar rakyat akan kembali menjadi miskin.

Bagi yang bekerja dengan kerajaan atau dengan swasta, mereka munkin tiada masaalah, sebab pendapatan mereka sudah terjamin, lebih-lebih lagi kepada kakitangan wanita, dapat cuti bersalin 90 hari bergaji penuh, tetapi bagi yang bekerja sendiri ini, ada kerja ada gaji, tak kerja, tak ada gaji, memang kehidupan mereka terumbang ambing............

Namun bak kata Datuk Sri Najib, didalam keadaan sekarang terpulanglah kepada diri kita sendiri menentukan keparas mana kita mahu kedudukan diri kita di bidang ekonomi, kalau kita tidak pandai mendayung maka hanyutlah kita.

Namun didalam keadaan harga Getah dan Kelapa sawit yang tinggi sekarang ini, jika masih ada juga orang kita menghadapi masaalah kewangan, tak tahu nak cakaplah........................

Walau macammana pun saya ada dengar di sesetengah tempat, masih ada orang yang ambil barang kantin dan menjualnya dengan harga yang murah untuk mendapat duit tunai, rupanya wujud lagi perkara yang lazim berlaku semasa peneroka felda mula-mula masuk rancangan dahulu, sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku lagi di era sekarang ini................ kenapa jadi begitu ?





Tiada ulasan: