16 September 2010

Dapat Cucu Pertama

Setelah beberapa hari tidak menulis, hari ini tampil melapurkan perihal aktiviti terkini saya iaitu melawat cucu yang baru lahir semasa dibulan puasa baru-baru ini, maklumlah cucu pertama............... hasil perkahwinan anak lelaki saya Lokman dengan Reena yang berasal dari kg.Selabak di Perak, kira-kira setahun yang lepas. (Klik disini)

Di bawah di perturunkan kembali dari catitan diariku yang lepas, maklumlah Atuk moden yang rajin menulis.......Kah..kah...kah.....jangan marah cuma gurau je.......


25.08.10 jam 3.15 ptg Lokman Hakim dapat anak pertama, bermakna aku juga menjadi Atok (bukan Datuk) namanya Faris Danial bin Lokman Hakim bin Ab.Aziz.

Faris dilahirkan di hospital swasta Pusrawi di Damansara, di bulan puasa, aku cuba nak melihatnya, tetapi Lokman kata biarlah dulu, sebab ini bulan puasa, kerana dia akan bawa Faris terus ke rumah emak Rena di kg Selabak, Teluk Intan pada esoknya, jadi aku pun menangguhkan hasrat tersebut.



14.09.10 jam 7.30pg, aku bertolak ke Perak, matlamat utama ialah untuk
melihat Cucuku Faris
Danial iaitu selepas 20 hari kelahiranya, dan sesambil itu menghantar Izzuddin ke sekolahnya MCKK diKuala Kangsar Perak, selepas balik bercuti Hari Raya Idul Fitri, turut serta ialah Asmah, Eka, dan Nuar.






Kah...kah...kah pegang cucu pun tak pandai......elok-elok bayi tu tak menangis, tiba-tiba bila aku pegang je.....menangis.......





Tiada ulasan: