Esok kita akan menyambut hari raya, walau pun wujud satu puak yang menyambutnya hari ini, namun sebagai warga negara yang taat kepada pemerintah, kita tetap akan menyambutnya hari esok.
Satu hal yang melukakan hati kita ialah percubaan satu kumpulan di Florida Amerika Syarikat yang mahu membakar kitab suci Al Qur'an di sana sempena serangan pada 11 sept ini, iaitu dihari kedua kita menyambut hari raya.
Ini ditambah lagi dengan prilaku satu puak yang menggelarkan diri mereka BENDERA di Indonesia yang setiap hari mengadakan tunjuk perasaan dan membakar bendera kita serta melumurkan najis manusia pada bendera tersebut, satu tindakan yang sangat melampau dan kita sebagai warga negara sepatutnya merasa marah dan terhina dengan tindakan tersebut.
Malangnya kita dapati reaksi di pihak pemerintah terlalu berlembut, kita tidak boleh membiarkan kumpulan mafia itu terus terusan membuat penghinaan terhadap kita, betul kita perlu bersabar, namun kesabaran perlu ada hadnya.
Kita sudah boleh mengambil beberapa tindakan awal sebagai menunjukkan bahawa kita tidak senang dengan prilaku tersebut, antara tindakan yang boleh diambil ialah, melaksanakan polisi pengambilan pekerja asing dari Indonesia sebagai pilihan terakhir, tindakkan seterusnya ialah memanggil duta kita di Indonesia pulang.
Mereka-mereka di luar negara sana tidak boleh menjadikan kebebasan sebagai alasan untuk bertindak sewenag-wenangnya melakukan tindakkan yang boleh menghiris perasaan orang lain.
Sempena sambutan hari raya idul fitri esok, saya mengambil kesempatan di sini, memohon ampun dan maaf kepada para pembaca blog ini, jika ada kekasaran tulisan saya disepanjang tahun yang lepas, al malumlah ada kalanya saya menulis hanya mengikut perasaan sahaja.....
Sekian ......dan SELAMAT HARI RAYA, MAAF DZAHIR BATIN.

1 ulasan:
Koi juge nok ngucakkan Selamat Hari Raye Maaf Zahir Dan Batin
Catat Ulasan