04 September 2009

Felda Meneruskan Dasar Apartheid




Buat kali yang ke 7 sejak tahun 2003, Peneroka dapat bonus raya, walaupun tidak banyak tetapi boleh juga dijadikan penambahan kepada apa-apa yang kurang.

Tetapi sejak tiga tahun yang lepas Felda telah membuat pembayaran dengan cara memisahkan peneroka kepada dua kategori, iaitu seramai 101,672 peneroka bersama Felda atau 90.27 % akan menerima RM350 seorang, berjumlah RM35.59 juta.

Manakala seramai 10,963 atau 9.73 % peneroka yang tidak bersama Felda pula akan menerima RM150 seorang, melibatkan peruntukan sebanyak RM1.64 juta.

Datuk Sri Najib semasa membuat pengumuman semalam menjelaskan bahawa perbezaan kadar bayaran itu adalah sebagai menghargai sumbangan yang diberikan oleh peneroka yang menyertai program bersama Felda.

Saya sebenarnya sejak awal membantah kaedah memisahkan peneroka kepada dua kategori ini, soal menghargai sumbangan peneroka tidak timbul, kerana peneroka apa yang di panggil "tidak bersama felda" ini juga memberikan sumbangan kepada felda.

Kami menjual buah kepada kilang felda, tak percaya sila minta resit, kami boleh tunjukkan, apakah sumbangan lagi yang tidak kami berikan kepada felda.

Sejak puluhan tahun yang lampau kami bersama felda, sejak dari membuka ladang sampailah pokok di tebang semula.

Bayaran kecerian kampung RM5.00 sebulan kami bayar, aktiviti kemasyarakatan kami serupa juga dengan apa yang di panggil " Peneroka bersama felda" itu, ada yang hadhir dan ada yang tidak.

Kesalahan kami, (kalau pun itu nak dikira satu kesalahan) ialah kerana menguruskan sendiri kebun kami, salah ke kami menguruskan sendiri kebun kami ?

Dulu semasa kami bebas menjual buah sawit kemana kami rasa selesa, dipaksa jual kepada felda, di beri janji kononnya nanti bila jual kepada felda, kami tidak lagi dikira "tidak bersama felda" segala kemudahan yang diperolehi oleh peneroka bersama felda, kami kononnya akan perolehi juga.

Nah kini terbukti semua janji tersebut hanyalah janji kosong semata-mata, saham KPF yang diberi pinjaman RM10,000, sampai sekarang kami tidak memperolehi semula, senyap je... walau pun dah nak masuk satu tahun kami menghantar buah kepada kilang felda.

Kalau berterusan kaedah pemisahan peneroka yang dilaksanakan oleh felda ini, jangan nanti menuduh kami memisahkan diri dari felda, semuanya di mulakan oleh felda, bukan kami yang mulakan.

Nanti wujud dua Mesjid di Felda baru riuh, mulalah menuduh kami tidak tahu bersyukurlah, tidak tahu berterima kasihlah, dan bermacam-macam lagi tidak tahu kepada kami.

Oleh itu saya menyeru kepada Datuk Sri Najib supaya membuang dasar Apartheid ini dari dilaksanakan oleh felda, cukuplah Africa selatan semasa di pimpin oleh Presiden F.W. de Klerk (seorang yang berkulit putih) sahaja melaksanakan dasar tersebut.

Semoga Datuk Sri Najib memberikan perhatian terhadap bantahan kami dari golongan apa yang di panggil " tidak bersama felda " ini demi kesejahteraan masyarakat felda keseluruhannya.


Sekian ............................. Selamat berpuasa.






3 ulasan:

kipas berkata...

mule2 dgr berita, mcm paham sebabnye
tp rupenye ade kisah disebaliknye jugak

Gaya peneroka berkata...

saya tak nak kata apa .....
Ini lah sebenarnya masaalah kita yang orang kata felda menipu...felda menipu....ini lah dia....antaranya ...
Felda itu bagus....
Tapi orang yang mentadbirnya tu....

Don Balon berkata...

Rodonc..
Keluarga koi masuk yang golongan kedua intulah,...
sokmo2 doh..