31 Disember 2008
PAYSHEET INDIVIDU UNTUK PENEROKA URUS SENDIRI
Kota Gelanggi 01, Jerantut - Satu pertemuan diantara pengurusan Felda kota gelanggi 01 dengan peneroka-peneroka yang urus sendiri kebunnya, telah diadakan pada hari ini. Jumlah peneroka yang urus sendiri bagi keseluruhan felda kota gelanggi 01 adalah seramai 122 orang .
Antara yang hadir ialah Pengurus Felda hj.Hamid bin Mohamad dan penolong pengurus hj. Tajuddin serta lebih dari 100 orang peneroka felda, antara intipati penerangan yang diberikan ialah penghantaran buah sawit ke paysheet Individu boleh dimulakan mulai 01.01.2009 ini .
Setiap kali penghantaran, pembayaran akan di lunaskan sebanyak 60% sahaja dahulu, selepas seminggu dari tarikh penghantaran, manakala pembayaran akan dibuat pada setiap hari Rabu. Bayaran selebihnya akan dijelaskan dihujung bulan berikutnya .
Antara kelebihannya menghantar buah melalui felda menurut hj.Hamid ialah, harga akan di nilai mengikut gred A, Sebaliknya jika menghantar melalui ajen pembeli luar harga akan dinilai
mengikut Gred B, perbezaan harga dikatakan lebih kurang RM15.00 bagi satu metrik tan .
Selain dari itu, potongan simpanan untuk membeli baja, dan lain-lain boleh dilakukan, disamping
pada hujung tahun, layak pula menerima Bonos tahunan, malah segala keistimewaan yang telah dinikmati oleh peneroka yang awal bersama felda akan turut dinikmati oleh peneroka yang menyertai paysheet individu .
Peneroka yang mahu menyertai paysheet individu perlulah mengambil resit penghantaran dipejabat felda secara percuma buat permulaan, tetapi munkin dimasa akan datang dikenakan sedikit bayaran .
Setelah selesai majlis penerangan, maka sessei dialog pun dimulakan, maka bermulalah acara melepaskan perasaan, yang selama ini terbuku dihati.
Ada diantara peserta yang membangkitkan perihal, kenapa peneroka yang menguruskan sendiri
kebunnya telah dinafikan haknya mendapatkan bonos tahunan yang dibayar baru-baru ini, sedangkan mereka juga menghantar buah sawit kekilang yang sama, cumanya mereka menghantar melalui ajen, tetapi tetap dihantar kekilang felda juga, kalaulah, menghantar buah sawit kekilang Felda, dijadikan sebagai pra syarat untuk mendapatkan bonos .
Begitu juga peneroka yang mengurus sendiri kebunnya, telah tidak diberi pinjaman membaiki rumah, persekolahan anak-anak dan lain-lain kemudahan.
Bagi pihak pengurusan felda, jawapannya ialah, segala-galanya boleh diatasi, jika golongan peneroka tersebut menghantar buah sawit melalui payseet individu.
Masaalahnya ialah, untuk bagi peringkat permulaan, peneroka yang hanya bergantung hidup melalui hasil sawit semata-mata, akan menghadapi kesulitan kewangan, akibat penahanan 40% duit mereka, kerana menunggu bulan berikutnya.
Tambahan pula dengan harga seperti sekarang, pendapatan 60% yang dibayar bagi setiap penghantaran buah sawit melalui paysheet, munkin tidak mencukupi untuk membayar pelbagai kos sara hidup.
Oleh itu, pihak pengurusan felda perlulah memikirkan, caramana mengatasi masaalah berbangkit sebelum ianya boleh menggagalkan hasrat, supaya semua peneroka menghantar hasil sawit melalui paysheet .
Sekian sahaja lapuran dari felda kota gelanggi 01, untuk kali ini ......................
Di sebelah atas adalah gambar-gambar yang telah diambil didalam dewan JKKR k.gel 01 tempat penerangan ini diadakan .
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan