JAKARTA 11 Dis - Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha menaikkan semula harga kelapa sawit yang merudum sejak kebelakangan ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara itu persetujui oleh Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan mereka hari ini.
Langkah itu kata beliau, perlu diambil kerana kelapa sawit merupakan pendapatan utama kedua-dua buah negara.
"Sehubungan itu satu pertemuan para pengusaha kelapa sawit dari kedua-dua buah negara akan diadakan bagi mencari jalan mengatasi masalah pada masa
Alhamduliilah dengan berita gembira diatas, walaupun baru diperingkat perundingan untuk bekerjasama diantara kerajaan malaysia dengan indonesia, namun harapan tinggi kami agar ianya dapat mencapai objektif yang diharapkan.
Kami para peneroka, terutama yang menguruskan sendiri kebunya, merasai sangat tertekan dengan penurunan harga kelapa sawit sekarang ini .
Sebenarnya dengan harga serendah sekarang iaitu diantara RM200 ke RM270 adalah dibawah kos penyengaraan, oleh itu jikalau keadaan harga begini berterusan sehingga menjangkau sehingga kedua atau tiga tahun atau lebih, adalah sangat akan memberi kesan buruk dimasa akan datang .
Ini adalah kerana, perbelanjaan yang paling besar didalam penyelengaraan kebun sawit adalah untuk membeli baja dan racun, pokok-pokok kelapa sawit yang tidak dibaja selama dua tahun atau lebih akan menyebabkan pengeluaran buahnya merosot dengan ketara.
Begitu juga rumput rumpai dan anak-anak kayu jika dibiarkan tidak disembur racun, paling kurang dipangkalnya akan menenggelamkan pokok sawit dan tiada siapa lagi yang sanggup untuk bekerja bagi mengeluarkan buahnya.
Oleh itu pertemuan untuk perundingan bagi mencari jalan bagi menaikan kembali harga sawit diantara malaysia sebagai pengeluar utama dan indonesia pengeluar kedua buat masa ini adalah sangat diharapkan berjaya melonjakkan kembali harganya, sekurang-kurangnya diatas harga kos iaitu disekitar RM470 keatas.
Kesan buruk dari kejatuhan harga komoditi ini bukan sahaja akan dirasai oleh para pekebun sawit tetapi juga oleh kerajaan sendiri, apabila pelbagai masaalah sosial yang sememangnya begitu memeningkan kepala akan bertambah -tambah lagi.
Semoga perundingan tersebut akan mamperolehi kejayaan .......................Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan