Hari ini adalah hari pertama aku menulis didalam blog LKTP1328 iaitu satu blog khusus yang aku wujudkan untuk mencoretkan apa juga aktiviti yang berlaku dan dilakukan oleh peneroka felda diseluruh Malaysia’ amnya dan di Felda Kota Gelanggi 01 khasnya yang baru aku daftarkan hari ini.
Terlabih dahulu wajar bagiku untuk mengenang kembali kemasukan aku sebagai peneroka felda.
Aku mula menjadi peneroka felda pada Okt 1983, ketika itu aku berusia 28 tahun dan mempunyai 3 orang anak, aku masuk menggantikan peneroka yang terawal, yang lari kerana tidak sanggup lagi tinggal didalam felda atas faktor-faktor pribadi.
Felda Kota Gelanggi 01, adalah tempat yang Allah takdirkan untuk aku melakarkan hidupku, mewarnai hidupku, meneruskan sejarah hidup aku .
Terima kasih yang tidak terhingga kepada Allah Yarham Tun Abdul Razak Bin Husin pencetus adea penubuhan FELDA, apa tidaknya, kemasukan aku ke felda terus diberikan sebidang tanah seluas 14 ekar, yang siap bertanam dengan pokok-pokok kelapa sawit .
Pada tahun 1999 setelah 16 tahun aku menjadi peneroka di felda kota gelanggi 01, aku telah di berikan Geran hak milik " Pajakan mukim selama 99 tahun, yang akan berakhir pada 24 hb. ogos 2098 ".
Mulai harini aku akan mencoretkan apa sahaja yang berkaitan kehidupan, kenegaraan, malah apa sahaja yang di fikirkan patut untuk ditulis bagi mengisi ruang blok ini ................sekian wasallam .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan