26 Oktober 2008

KERAJAAN PERLU MEMBUAT SESUATU ATASI MASAALAH PEKEBUN KECIL


Utusan Online

Peneroka dijamin peroleh tidak kurang RM1,000 sebulan

PEKAN 25 Okt. - Kerajaan sedang mencari formula untuk memastikan pendapatan peneroka dan pekebun kecil tidak berada di bawah RM1,000 sebulan berikutan kejatuhan harga sawit dan getah di pasaran dunia ketika ini.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jawatankuasa Kabinet akan mengadakan perbincangan berhubung kejatuhan harga komoditi itu yang menjejaskan pendapatan negara, peneroka dan pekebun kecil.

Menurut beliau, antara perkara yang akan dibincangkan termasuk kemungkinan mengadakan mesyuarat dengan negara-negara pengeluar bagi menstabilkan harga komoditi itu.










Memang merumitkan, itulah kesimpulan yang boleh diluahkan oleh sesiapa pun, apabila berbicara mengenai pendapatan pekebun kecil. Ini kerana bukan mudah untuk mengatasi masaalah harga komoditi yang memang berkeadaan sentiasa turun naik.

Masaalah bertambah rumit, apabila pengeluaran hasil juga berkeadaan turun naik mengikut musim, ini menjadikan pendapatan semakin tidak menentu.

Antara salah satu cara yang dicadangkan bagi mengatasi masalah ini, ialah para pekebun disarankan supaya mempelbagaikan punca pendapatan, berniaga, bercucuk tanam, menternak, atau lain-lain ikhtiar.

Tetapi tidak semua orang boleh dan berjaya melakukanya, antara pengekangan masaalah ini ialah , usia sudah lanjut, masaalah kesihatan, atau tiada kemahiran .

Hanya kepada yang sentiasa merancang, berusaha, berjimat, dan sentiasa menabung bagi masa depan terselamat dari musibah ini, tetapi jumlahnya memang tidak ramai .

Usaha kerajaan mengadakan perbincangan diperingkat kabinet, bagi mencari jalan mengatasi nya memang dialu-alukan, antara cara yang boleh dilakukan, ialah mengadakan stok penimbal harga bagi kedua-dua komoditi besar negara iaitu getah dan kelapa sawit .

Cara kedua ialah memberi subsidi untuk baja dan racun bagi para pekebun kecil melalui pertubuhan peladang, risda, felda atau felcra dengan pemantauan dari pihak berkuasa .

Tanpa campur tangan dari kerajaan untuk mengatasi masaalah ini, dikhuatiri semakin ramai para pekebun akan berada di bawah paras kemiskinan, segala usaha kerajaan selama ini untuk mengurangkan kemiskinan menjadi sia-sia ........................



Tiada ulasan: