Sekarang ini harga komoditi kelapa sawit dan getah telah jatuh kepada RM250.00 satu metrik tan bagi kepala sawit dan RM1.50 sekilogram bagi getah, kekurangan lebih dari separuh dari harga pada bulan MAC 2008, diketika itu harga komoditi tersebut melonjak kepada RM850.00 bagi satu metrik tan bagi harga kelapa sawit dan RM5.00 sekilogram bagi getah, suatu lonjakan tertinggi didalam sejarah sejak sebelum merdeka lagi.
Dengan harga semurah ini, para pekebun kecil bagi kedua-dua komoditi tersebut, terpaksa membelanjakan sebahagian besar pendapatanya bagi membeli baja, racun dan upah yang telah melonjak sekali ganda dari harga sebelum kenaikan .
Baki tunai yang diterima setelah ditolak semua perbelanjaan menjadi semakin mengecil, maka semakin ramailah penduduk Malaysia menjadi miskin .
Bebanan menjadi semakin parah berikutan harga barang-barang yang telah melonjak begitu
tinggi, mahu atau tidak mahu kehidupan perlu diteruskan .
Beginilah nasib para pekebun sejak dari dahulu sampailah sekarang sentiasa seperti ombak, sentiasa turun naik .
Kepada yang beringat, dan sentiasa berjimat cermat, munkin kesan nya berkurangan sedikit,
tetapi bagi yang lain-lain, terpaksalah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan