01 Januari 2013

Jawapan Kepada Arahan Faizol Ahmad

Video di bawah adalah petikan temuramah bloger Almankaraqi dengan peguam Ahmad Nizam berkaitan arahan Pengarah Besar Felda, Faizol Ahmad yang mengarahkan pengurus rancangan menyekat penceramah pembangkang masuk ke rancangan-rancangan felda.


Dari penjelasan tersebut jelas di dapati, arahan tersebut sebenarnya menyalahi undang-undang negara tetapi demi nafsu serakah yang kononnya menyakini bahawa apa yang mereka buat sudah sangat betul dan tidak boleh di tegur lagi maka berlakulah insiden yang tidak sepatutnya berlaku di negara Malaysia yang kita cintai ini.

Pilihan yang ada kepada pihak pembangkang ialah membawa perkara ini ke Mahkamah dan Mahkamahlah yang akan memutuskannya nanti, semoga Mahkamah dapat membuat satu keputusan yang memberikan kemenangan kepada rakyat yang mahu supaya sistem demokrasi yang kita amali kekal di amal dan dilaksanakan.

Terima kasih diatas usaha rakan bloger kita, Almankaraqi dan peguam Ahmad Nizam yang telah berjaya melaksanakan sesei temuramah tersebut walau pun didalam keadaan serba kekurangan.

Sekian Terima Kasih

dari azinang.











Tiada ulasan: