04 Januari 2012

'Peneroka Berjaya' Halang KPF Adakan Mesyuarat Agung Khas (AGM) Esok !!

KUANTAN, 4 Jan - Peneroka Felda akhirnya berjaya menghalang Mesyuarat Agung Khas (AGM), Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) yang dijadualkan esok (5 Januari). 
Sejak awal lagi kira-kira 500 orang peneroka Felda telah berhimpun di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuantan pagi tadi. Dalam keputusan penghakiman hari ini, Peguam (plantif), Mohd Harris Abdullah (foto) memaklumkan saman pemula memohon injunksi mahkamah bagi menghalang mesyuarat tersebut ditarik balik. 
Keputusan tersebut dibuat oleh Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya dari Felda Jengka 15, Maran setelah mereka dimaklumkan bahawa mesyuarat itu telah dibatalkan. setelah peguam bagi pihak Felda iaitu J. Doshi mengemukakan pengakuan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Kuantan Datuk Mariana Yahya bahawa mesyuarat tersebut (AGM KPF) dibatalkan. 
Bagaimana pun, Harris menjelaskan mereka akan menfailkan semula injuksi jika pihak Felda meneruskan Mesyuarat Agung Khas (AGM) itu. Beliau turut memaklumkan, pihaknya gagal untuk memohon kos mahkamah ditanggung oleh pihak Felda. 
Rabu lalu, beliau telah mengemukakan “interim injunction” di mahkamah berkenaan bagi menghalang Meyuarat Agung KPF pada 5 Januari ini (esok). Sebelum itu, empat orang peneroka Rosdi Ismail, Alias Ibrahim, Abdullah Mohamad dan Rakiah Sulong yang kesemuanya ahli KPF dari Felda Jengka 15, telah memfailkan saman pemula terhadap KPF danFelda Global Ventures Holdings (FGVH) di Mahkamah Tinggi Temerloh. 
Saman tersebut adalah bagi menghalang Mesyuarat Agung Perwakilan Khas KPF pada 5 Januari, penyenaraian saham FGVH dan pelupusan ekuiti KPF dalam Felda Holding. Difahamkan, mesyuarat khas KPF itu adalah untuk mengesahkan status Pengerusi Felda Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi KPF dan meminta sokongan ahli KPF bagi pelupusan ekuiti koperasi itu dalam Felda Holding untuk tujuan penyenaraian FGVH ke dalam Bursa Malaysia. Keputusan Mahkamah Tinggi Temerloh, memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

Sebahagian daripada para peneroka yang telah hadir di mahkamah pagi tadi
Ahli Lembaga Pengarah KPF, Dato' Zainal Hassan (juga bekas Exco Pahang)
serta Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Pahang) turut hadir
Mazlan Aliman (Presiden ANAK) dan Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi
(Ketua Pemuda PAS) serta pimpinan PKR yang lain juga turut hadir
ADUN Beserah, YB Sy. Mohamad Sy.Loni, Cikgu Sulaiman Md Derus (PAS)
Kamarzaman M.Yunus, Hatta, Syed Talib dan Hj.Zahari (PKR) juga hadir
Bersemangat, Kamarul Hatta Ali (SAMM) pimpin laungan "Hidup Peneroka"
Antara muslimat, isteri peneroka yang turut hadir di mahkamah pagi tadi
Bergambar sambil pegang dokumen berkaitan selepas keputusan diumumkan

Satu renungan dari saya ..... ( azinang )
Andaikata kumpulan peneroka tidak berusaha membawa kes penyenaraian Felda Global Ventures ini ke Mahkamah, apakah Felda ( baca Isa Samad ) akan membatalkan Mesyuarat agong Khas tersebut ?
Jawapannya ialah, pasti tidak.
Kenapakah kumpulan peneroka ini bersungguh-sungguh sangat mahu membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures di Bursa Malaysia  sedangkan mengikut kata Isa Samad, peneroka tiada ruginya , malah beroleh keuntungan......
Apakah benar peneroka akan untung dan jika benar sebanyak mana keuntungannya ?
Jawapannya ialah, dari segi jangka pendek memang peneroka akan untung namun keuntungannya tidaklah banyak bagi peneroka biasa, kecuali bagi peneroka yang jumlah pelaburannya banyak di dalam KPF.
Itu pun di jangka perolehan keuntungannya tidaklah lama kerana di ramalkan beberapa tahun mendatang, kadar dividen yang di perolehi akan merosot oleh kerana kaedah pengurusan yang berbeza.


Malah di jangka tidak mustahil KPF ini berakhir  dengan masaalah yang di hadapi oleh saham-saham amanah peringkat negeri yang berkesudahan  dengan  kerugian demi kerugian.
Persoalannya, apakah berbaloi dengan keuntungan jangka pendek dengan masaalah yang bakal di hadapi oleh masyarakat peneroka berkaitan dengan peneyenaraian ini,

Antara masaalah yang paling di geruni ialah berkaitan penyerahan oleh kerajaan negeri kepada Felda Global ventures  secara pajakan selama 99 tahun, tanah-tanah kosong, tapak perniagaan dan lain-lain yang selama ini di usahakan oleh peneroka .

Apakah nasib tanah-tanah ini apabila ianya menjadi milik syarikat di satu masa nanti, itulah yang lebih penting di fikirkan,

3 ulasan:

hujan emas berkata...

Betul ke ni ?. KPF menangguh mesyuarat Agung tersebut bukan kerana pembangkang bawa kes ke Mahkamah tapi ada perkara lain. Janganlah kita menunjuk pandai di tempat yang kita pun tidak tahu dan bodoh.

gayapeneroka berkata...

Maaf saya takk dapat hadir bersama ...
Saya ambil gambar untuk blog saya

LKTP1436 berkata...

Terima kasih kpd Gaya Peneroka kerana sudi berkongsi idea.

Kepada hujan emas, juga terima kasih kerana sudi menjengok blog ini dan memberi komen.

Berkaitan penyenaraian FGV ini saya tidak kisah jika sdr memberi sokongan kerana itu hak sdr.

Tetapi yang meralatkan saya ialah, para pekedai yang mendirikan kedai dan berniaga di kawasan perniagaan juga turut memberikan sokongan.

Mereka-mereka ini adalah penyokong tegar umno, mereka percaya bulat-bulat segala kata-kata Isa Samad bahawa peneroka tidak rugi apa-apa.

Satu saja soalan saya kepada golongan ini...

Sekiranya felda kekal sebagaimana keadaan sekarang, maka tanah yang didirikan kedai sekarang ( kwsn Perniagaan) kekal bertaraf di bawah kerajaan negeri.

Jikalau penyenaraian FGV terlaksana maka tanah-tanah tersebut akan berada dibawah kuasa FGV kerana sudah dipajakkan oleh kerajaan negeri kepada FGV selama 99 tahun.

Dimana satu pilihannya.....

Mahu bersama umno yang bakal melenyapkan hak kamu atau bersama Pakatan Rakyat yang tetap membantah penyenaraian FGV ini.

Pisau dan Timun berada di tangan anda, masing-masing bebas membuat pilihan......sekian terima kasih.