Dibawah saya petik sedutan temuramah dengan Isa Samad berkaitan perancangan Felda untuk lima puluh tahun akan datang......
MOHD. ISA: Arahan daripada Perdana Menteri adalah supaya saya menjaga dan memajukan Felda. Lihat semua aspek daripada orang sampailah kepada perniagaannya.
Isu generasi kedua dan ketiga terus menjadi hambatan kepada Felda sehingga sering dieksploitasi pihak berkepentingan, bagaimana hendak menyelesaikan masalah ini?
MOHD ISA: Felda tidak pernah mengabaikan generasi kedua dan ketiga anak peneroka, maka sebab itu fokus kita adalah untuk jangka masa 50 tahun mendatang. Sekarang pun kita telah melaksana dan menyediakan sebanyak mungkin peluang kepada generasi anak Felda. Mereka diberi pelbagai latihan kemahiran yang bersesuaian bagi golongan yang kurang cemerlang dalam akademik. Ini semua bertujuan untuk melahirkan anak Felda yang berkemahiran tinggi kerana kita sedar bila mereka mempunyai kemahiran yang terbaik, walau ke mana pun dia berkerja, kemahiran yang dimiliki itu akan menghasilkan gaji yang baik dan ini sudah tentu akan merubah kehidupan generasi kedua dan ketiga Felda
Mereka yang cemerlang pula diberi seluas ruang untuk melanjut pelajaran ke peringkat tertinggi dan hasilnya ramai di kalangan orang Melayu yang berjaya hari ini adalah berasal daripada anak-anak Felda yang melalui sistem ini. Ini membuktikan sistem kita berkesan tetapi dalam keadaan sekarang mungkin pelaksanaannya perlu disesuaikan dengan keadaan semasa.
Generasi kedua ini, yang menjadi masalah kepada mereka ialah perumahan kerana sebahagiannya ada yang berminat untuk menetap di kampung serta tanah rancangan. Inilah yang menjadi keutamaan dan ia akan diselesaikan secara berperingkat-peringkat membabitkan kerjasama semua pihak terutamanya kerajaan negeri. Cuma di sini penekanan adalah kepada pembangunan menyeluruh secara seimbang antara fizikal dan kerohanian.
Soal pengagihan tanah membabitkan generasi kedua dan ketiga juga agak membebankan Felda. Apa penyelesaiannya? untuk baca selanjutnya ( Klik disini )
Setelah selesai saya membaca rencana diatas saya terbayang beberapa perkara.......
! - Harapan saya dan percaya para pembaca juga, mengharapkan ada sekelumit keikhlasan dari pengerusi Felda yang baru ini di dalam menjayakan hasrat semua generasi Felda agar felda lebih maju dimasa akan datang.
2 - Kehadiran Isa Samad sebagai pengerusi Felda bertujuan untuk menambah harta Felda dan bukan untuk mengikisnya sehingga tingga tulang...................
3 - Jelas misi Mazlan Aliman sudah berjaya, dengan wujudnya manusia ini maka Perdana Menteri telah terpaksa betul-betul fokus kepada kamajuan felda dan generasi keduanya, kalau nak mengharapkan Majlis Belia Felda, mereka dah dapat habuan mereka .........seperti kata Isa Samad ini......
“Tadi saya baru habis menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman antara Felda, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) dan KFCH. Malam ni pula saya akan bertolak ke Tenang,” ujar Mohd Isa.
Semoga Allah memberi rahmat kepada Felda dan menjauhi kewujudan mereka -mereka yang sekadar hanya mahu menumpang tui diatas kemajuan Felda dan di atas pengobanan para peneroka Felda selama ini............amin...........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan