10 Januari 2011

AWAS kuasa JPJ kini semakin luas....

ALOR GAJAH 9 Jan. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kini mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan lalu lintas di semua jenis jalan termasuk jalan kampung dan kawasan perumahan.
Timbalan Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, ia berikutan pindaan Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 yang telah diluluskan oleh Dewan Negara, 22 Disember lalu.   ( klik disini)  untuk berita selanjutnya.

Tu....dia.........kalau dulu pernah kita lihat ada pemandu lori yang merasakan dirinya ada melakukan kesalahan, berhenti di bahu jalan dan meninggalkan lorinya disitu untuk mengelakkan dirinya disaman, kini taktik tersebut tidak boleh dilakukan lagi.

Namun didalam kita menyokong diatas usaha JPJ untuk menguatkuasakan undang-undang dengan lebih berkesan, saya merasakan para pemandu lori hantu yang banyak terdapat di dalam mana-mana rancangan Felda akan berhadapan dengan masaalah besar jika JPJ tiba-tiba naik angin dan mengamok sehingga kedalam ladang.

Didalam bab lori hantu diladang kelapa sawit ini, sebenarnya jika kita mahu mengikuti peraturan dengan menguatkuasakan sehingga setiap lori perlu memiliki cukai jalan dan sudah tentu lori dipastikan didalam keadaan baik dan selamat di pandu, maka masalah utama nanti ialah kos penjagaannya akan meningkat dan secara tidak langsung, para pemilik lori akan menaikkan upah pengangkutan dan sudah tentu ini akan membebankan para peneroka Felda.

Oleh itu kita berharap  didalam usaha JPJ  menguatkuasa undang-undang baru ini nanti, timbang rasa juga perlu di ambil kira terhadap para pemilik lori kampung ini agar kesannya terhadap para peneroka jika ada pun hanyalah diperingkat yang paling minima.




4 ulasan:

Nizam Awang Brahim berkata...

Habih la JPJ ni ngerjekan orang kampung.

LKTP1436 berkata...

Kalau sampai nak kekedai kopi makan roti canai pun kena pakai topi keledar....kerayan (kata org tembeling)

nobody-sama berkata...

semalam utusan menyiarkan gambar mukhriz menunggang motorsikal tanpa topi keledar semasa mencuba jalan berturap baru di Kubang Sepat, Jerlun. Tahniah kepada Mukhriz kerana berjaya membuktikan JPJ sekadar berkuasa pada orang kampung bukan pada orang besar. Teruskan saman budak2 yg hanya ada motorsikal untuk ke sekolah yang nyata memang tidak berduit tu.

Gaya peneroka berkata...

aku setuju dengan kata-kata nobody tu....