13 Disember 2010

Siapakah Yang Tidak Tahu Berterima Kasih Itu ?

Hari ini sekali lagi diadakan satu pertemuan diantara peneroka yang ambil aleh kebun di Felda Kota Gelanggi 01 dengan pihak Pengurusan Felda yang bercadang mahu membuat potongan 20% bagi setiap hantaran hasil jualan buah sawit peneroka.

Diantara tujuan pemotongan tersebut ialah bagi di buat potongan di peringkat rancangan, kutipan anggaran hutang, potongan JKKR, dan lain-lain kutipan.

Hasil dari pertemuan tersebut ialah peneroka tidak bersetuju dengan cara potongan hutang yang dilaksanakan hanya diperingkat rancangan dan tidak dilakukan di peringkat ibu pejabat felda, persoalan yang timbul ialah, kenapa pihak ibu pejabat felda khususnya dibahagian kewangan begitu payah untuk mengeluarkan penyata hutang sebenar peneroka yang siap dengan jadual berapa yang sepatutnya setiap peneroka perlu membayar.

Diera zaman yang begitu canggih sekarang ini kenapa felda masih sangat payah untuk menyelesaikan kehendak peneroka ini, pelik sungguh memikirkannya, apakah yang mahu disembunyikan oleh bahagian kewangan di ibu pejabat felda kepada peneroka.

Saya mengesyaki pasti ada sesuatu yang mahu disembunyikan, antara kemungkinannya ialah, seperti yang kita tahu semasa peneroka mahu menanam semula dahulu, felda telah menubuhkan satu anak syarikatnya sendiri yang di pertanggung jawabkan khusus untuk melaksanakan kerja-kerja penanaman semula ini.yang dinamakan felda plantation sdn bhd yang kemudian berubah nama kepada felda technoplant sdn bhd dan kemudian berubah nama lagi sehingga saya dah lupa nama berikutnya.

Anak syarikat felda ini pula diterajui oleh beberapa bekas orang kuat felda dan bertujuan mencari keuntungan, semasa dibawah pengurusan mereka-mereka inilah banyak kerja yang dilaksanakan yang tidak sempurna tetapi bayaran tetap dilakukan juga, buat jalan didalam kebun bernilai sehingga sejuta ringgit tetapi hanya mampu bertahan tiga bulan sahaja, selepas itu hancur, semua perbelanjaan ini dibebankan kepada peneroka.

Ini telah menyebabkan hutang peneroka tinggi tetapi mereka tidak berani memberikan jumlah hutang sebenar, munkin mereka takut peneroka tidak boleh terima, itulah sebabnya apabila peneroka mendesak supaya diberi jumlah hutang sebenar dan dibuat penjadualan pembayaran, mereka buat senyap.

Apa yang cuba dilakukan oleh felda ialah mendesak pengurus supaya membuat potongan meja dan diberi resit penerimaan pembayaran hutang di peringkat rancangan, dan jumlah yang patut dibayar pula hanyalah secara anggaran sahaja .

Sebenarnya kaedah kutipan diperingkat rancangan ini telah pun pernah dilaksanakan di Felda Padang Piol satu ketika dahulu tetapi berakhir dengan ketidak puasan hati peneroka disana, ini adalah kerana, ada diantara bayaran tersebut tidak sampai ke Ibu Pejabat Felda di Kuala Lumpur.

Semua bukti pembayaran hanya bergantung kepada resit penerimaan yang ada ditangan peneroka, peneroka pula ada sesetengahnya sangat cuai atau atas sesuatu sebab telah mengalami kehilangan resit tersebut, ini telah menyebabkan tiada bukti pembayaran yang mereka telah lakukan dan dianggap mereka tidak membayar hutang .

Diatas sebab inilah, kini peneroka Felda Kota Gelanggi 01 enggan membuat pembayaran serupa, walau pun munkin cerita dari Felda Padang Piol tersebut hanyalah rekaan,  tetapi asas kebimbangan peneroka tersebut ada kebenarannya dan pihak Felda tidak boleh menutup sebelah mata sahaja atas alasan semuanya karut semata-mata.

Sebenarnya inilah antara masaalah yang dihadapi oleh peneroka tetapi apabila cuba disampaikan kepihak atasan, maka ada pula pihak-pihak tertentu yang menuduh peneroka tidak tahu berterima kasih dan sebagainya...........................

Sebenarnya siapakah yang tidak tahu berterima kasih itu ..................Felda kah atau Peneroka......





2 ulasan:

dzul berkata...

felda...felda..keengganan felda membuat penjadualan rekod hutang dan pembayaran sebenarnya memakan diri sendiri juga sbb ada yg ambil alih kebun selepas 3 tahun buat x tahu dan enggan membayar balik hutang mereka..rekod pn x ada..mmg pelik la pengurusan felda nih.

LKTP1436 berkata...

Terima kasih dzul kerana melawat blog ini, lama tak jumpa komen dari dzul, harap dzul sihat.....