Hari ini aku ke Putrajaya diatas urusan menghantar borang permohonan pengambilan buroh asing di Bahagian Pengurusan Pekerja Asing, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Aras 4, (Podium ) Blok 2G4, Precint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62550 Putrajaya.
Tujuan aku mahu mengambil buruh asing tersebut ialah bagi memotong buah sawit di kebun aku.
Aku pergi dengan Asmah ( Isteri akulah), konon asalnya, aku nak pergi sambil bercuti dan berehat di Port Dickson, oleh kerana laluan untuk ke Putrajaya termasuk dilaluan ke Port Dickson juga, maka untuk menjimatkan masa, aku memilih menjalankan kedua-dua perkara secara serentak.
Pada fikiran aku, upacara penyerahan borang tersebut hanya mengambil masa yang singkat sahaja.
Aku bertolak dari rumah jam 6.40 pagi dan sampai ke Putrajaya jam 10.30 pagi termasuk masa minum pagi sebentar di Kuala Krau, oleh kerana perkara pertama yang aku perlu buat ialah menyerahkan borang, maka aku pun mencarilah pejabat yang di hajati itu seperti dialamat diatas.
Setelah puas aku mencari di jalan Precint 2 tetapi tidak berjumpa, maka aku pun bertanyakan kepada sesiapa yang aku fikirkan patut, ada yang tunjuk kesana dan ada yang tunjuk kesini, di sana terdapat berbagai Kementerian, antaranya Imegresen, Kewangan, Kastam dan lain-lain, namun apabila aku pergi, tidak juga aku jumpa KHEDN itu, maka aku faham bahawa mereka juga tidak tahu.
Akhirnya aku setkan di GPS aku kepada POI Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan GPS aku pun dengan setianya menunjukkan jalan dan menghantar aku tepat di hadapan Kementerian tersebut, namun apabila aku bertanya kepada petugas di kaunter pertanyaan, dia mengatakan bahawa pejabat yang aku nak pergi itu bukan disitu sebaliknya di Precint 2, tempat yang telah pening aku mencarinya.
Akhirnya aku sekali lagi ke Precint 2, tapi kali ini dibahagian belakang, bukan dibahagian hadapan bangunan sebagaimana yang aku pergi kali pertama, kali ini aku ke bahagian urusan berkaitan imegresen, disana aku teliti di white boardnya dan didapati disana ada bahagian pengambilan buruh asing, tetapi bahagian Imegresen, namun bahagian pengurusan pekerja asing Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri tidak juga wujud disana .
Setelah aku bertanyakan kepada pegawai imegresen tersebut, barulah aku tahu bahawa bahagian pengurusan pekerja asing Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri itu sebenanya berada di tingkat atas sekali dan menumpang dibangunan yang sama dengan Imegresen, yang peliknya, tiada langsung sebarang kenyataan memberitahu bahawa unit pekerja asing KHEDN itu berada di Pejabat imegresen, patutlah sehari aku cari tak jumpa......
Aku pun mengambillah nombor giliran, pada masa tu waktu menunjukkan pukul 2.10 ptg, setelah selesai, seperti biasalah sepertimana kita berada di Bank atau di Pejabat Pos, kita menunggu dengan sabar dan setianya, sehingga nama kita dipanggil, namun nombor aku tidak juga di panggil.
Jam sudah menunjukkkan pukul 3.45 ptg, namun nombor aku tidak juga dipanggil................
Tiba-tiba seorang gadis yang duduk disebelah aku, bertanya aku datang dari mana, aku cakap dari Jerantaut, dia tanya dapat nombor berapa, aku cakap nombor 2192, dia cakap nombor tersebut tidak akan di panggil kerana yang dipanggil sekarang adalah setakat orang yang mengambil nombor gilirannya pada pukul 12.00 tengah hari sahaja.
Aku tercengang, apahal pulak ni.....betul ke ni.......
Aku ke kaunter dan bertanyakan hal yang sebenarnya, kerani di kaunter memberitahu bahawa apa yang dikatakan oleh gadis tersebut adalah benar, aku kata, mengapa di biarkan sahaja orang mengambil nombor giliran selepas pukul 2.00 ptg ? dia jawab, mesen nombor tu tetap jalan juga walau pun selepas jam 2.00ptg, ye...lah, kenapa tidak di tulis sesuatu dan lekatkan dimesen tersebut.......aku protes......dia diam.
Akhirnya aku diberitahu bahawa aku dikehendaki datang semula pada hari esok dan mengambil semula nombor sekali lagi sebelum pukul 12.00 tengah hari.
Haiya..ini macam pun ada ooooooo, mati lah ini macam............
2 ulasan:
Kala kene kat koi memang koi hamun cukuk2.Dah la datang jauh2.Dia kire buat pemudoh je.
rakyat didahulukan....
Catat Ulasan