Hari ini saya bersama dua orang rakan dari felda Kota Gelanggi 01 pergi ke ibu pejabat felda diatas dua urusan, urusan pertama ialah berkaitan penarikan balik sijil saham, Skim Pinjaman KPF Peneroka dan perkara kedua berkaitan Penyata Hutang Peneroka.
Berkenaan perkara pertama, iaitu Skim Pinjaman KPF Peneroka, skim ini adalah satu kemudahan pinjaman yang mana peneroka tidak perlu membayar balik pinjaman dimana felda mendahulukan pembelian saham kpf sebanyak RM10,000 dan dari dividen yang diperolehi dari pelaburan RM10,000 itu terus diberikan kepada peneroka didalam bentuk saham kpf.
Untuk memperolehi kemudahan ini peneroka dikehendaki membayar duti stem sebanyak RM50.00 dan menandatangani satu surat perjanjian dimana peneroka bersetuju untuk tidak menjual saham tersebut selagi tidak mancapai tarikh matang.
Didalam kes yang saya hadapi ini, setelah tahun pertama saya telah menerima dividen sebanyak RM1,000 dan masuk ditahun kedua tiba-tiba ianya ditarik balik iaitu pelaburan pokok dan dividen, Saya dan rakan-rakan yang terlibat ada memprotes namun jawapan yang diberikan ialah kerana saya dan rakan-rakan telah engkar dari perjanjian kononya saya telah menarik diri dari menyertai felda.
Takrifan menarik diri dari menyertai felda ditafsirkan kerana saya dan rakan-rakan telah mengambil alih semula pengurusan kebun dari diuruskan oleh felda technoplant dan menguruskannya sendiri kebun pada 1hb jan.2008 yang lalu.
Saya dan rakan-rakan pada mulanya akur dengan tindakan tersebut dan hanya mendiamkan diri, namun setelah masa berlalu saya dapati peneroka yang mengambialih kebun mereka kemudian daripada saya tidak pula ditarik kemudahan pinjaman tersebut. Setelah disiasat, rupanya dimasa-masa mutakakhir ini felda sudah menukar polisi mereka, kalau dahulunya peneroka yang mengambil alih kebun mereka dianggap musuh, kini mereka dianggap sahabat pula.
Semuanya adalah kerana muslihat politik, ini berlaku kerana peneroka yang mengambialih kini semakin ramai dan tidak terhad kepada penyokong pembangkang sahaja sebaliknya termasuk dari kalangan penyokong kerajaan sendiri, semuanya gara-gara felda technoplant gagal menjaga kebun peneroka secara sempurna.
Oleh itu jika felda meneruskan polisi lama dengan menganggap peneroka yang mengurus sendiri kebun mereka sebagai musuh, maka kerajaan BN bimbang akan kehilangan sokongan dan oleh itu polisi pun diubah.
Sesampai saya ke ibu pejabat felda, saya dan dua orang rakan tadi terus berjumpa pegawai yang berkaitan, saya juga membawa bersama senarai nama 41 orang lagi peneroka yang mengalami nasib yang sama seperti saya, setelah menceritakan masaalah saya dan berhujah sedikit sebanyak dengannya seperti mana saya jelaskan diatas, beliau akhirnya akur dan berjanji akan meperbetulkan semula keadaan.
Berkaitan masaalah kedua iaitu Penyata Hutang Peneroka, juga berlaku kekeliruan dimana satu jumlah yang sepatutnya ditolak dari hutang saya sebaliknya dicampur pula menjadikan hutang saya yang sepatutnya sedikit menjadi banyak dan alhamdulillah setelah diterangkan pegawai berkaitan berjanji akan memperbetulkan semula segala kekeliruan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan