28 Jun 2009

Menunggu lampu aladdin ..................

Setelah lebih dari dua minggu saya tidak melapurkan apa-apa, maka hari ini saya kembali membawa kisah tempatan, perkara yang akan saya lapurkan adalah berkaitan mesyuarat agung tahunan kali ke-31 bagi koperasi serbaguna jaya felda kota gelanggi satu berhad.

Kehadiran adalah lebih dari 350 orang tetapi seperti biasa, yang menunggu sehingga akhir mesyuarat tak ramai mana, yang lain mengambil tindakan sain buku kehadiran dan balik, matlamat ialah untuk mendapatkan elaun kehadiran 10% dari jumlah saham.

Yang merasmikan pun hanyalah pengurus rancangan En. Hamid, walau pun pada asalnya sepatutnya yang hadhir ialah seorang pegawai suruhanjaya koperasi malaysia, malangnya beliau tidak datang.


Dari lapuran yang di bentangkan memanglah diakui bahawa koperasi ini sedang nazak, tunggu masa sahaja untuk menghembuskan nafasnya yang terakhir, telan ubat apa pun, rasanya tiada harapan lagi untuk pulih, kecuali ada lampu aladin yang boleh menyelamatkannya.


Antara punca kenapa sampai penyakitnya tiada ubat macam orang kena penyakit aids ialah, perbelanjaan melebihi pendapatan, sudah pelbagai cara di cuba, malangnya semakin di ubati semakin teruk sakitnya.

Tahun lepas di cuba memasuki bidang kontrak pertanian, mengambil upah meracun, membaja dan lain-lain, malangnya bukan keuntungan yang di perolehi tetapi kerugian, jumlah kerugian pula bukan sedikit, lebih dari RM50,000, wang tahanan amanah RM20,000 habis begitu sahaja akibat sering didenda oleh felda plantation.



Kalau dah kerugian sebanyak itu apa yang nak di lakukan lagi, ada lori kargo dan di buat sewa, habis kena jual oleh penyewa, semuanya berlaku kerana kecuaian pengerusi ketika mahu memperbaharui road tax, diberikannya geran lori tersebut kepada penyewa, apa lagilah, kena pulak penyewa yang berjurus, (dialek kelantan) licin..........

Buat lapuran polis, sampai sekarang tak ada apa-apa ................... masuk angin keluar asap.

Begitulah lebih kurang yang dapat saya sampaikan untuk mengisi blog saya kali ini................
entah bila pulak saya akan menulis lagi.................. ngape gitu weh......entoh malas je..........







4 ulasan:

YANG GAMBI berkata...

Begitulah keadaannya koperasi-koperasi dalam FELDA. Selagi Anggota-Anggota Lembaganya tidak berfikir macam ahli perniagaan atau ushawan, selagi itulah kopersi di FELDA akan mundur.

ALK perlu merubah cara dalam pentadbiran koperasi, 89% hendaklah memikirkan kepentigan koperasi, kalau tidak berundurlah.......

gengsahabat berkata...

memang itulah senario kebanyakan koperasi felda masakini.apa yang nak diwariskan kepada kami gen 2 nanti..itulah apabila ahli dididik dengan hamper dan elaun kehadiran..sekadar sain...sembang..akhirnya?

LKTP1436 berkata...

Terima kasih..... teringat lagu dari Ito......apo nak di kato.

omarsahlan berkata...

saya tak nak komen tapi,nanati saya pula nak cerita bab koperasi cini 04 pula rasanya lagi teruk....