Sejak akhir-akhir ini begitu heboh sekali bagi mereka-mereka yang 
berminat dengan perkembangan Pas, memberikan pendapat berkaitan Multaqa 
Ulamak yang berlangsung baru-baru ini, kehebohan tersebut berpunca dari 
gesaan Ketua Dewan Ulamak, agar Pas mengkaji semula kedudukannya di 
dalam Pakatan Rakyat.
Gesaan tersebut nampaknya, juga mendapat sokongan dari Ketua Pemuda dan Timbalannya, persoalannya, kenapa timbulnya gesaan tersebut, dari kacamata saya yang dhaif ini, semuanya berpunca dari rasa tidak puas hati di kalangan sesetengah ahli Pas tentang peranan yang boleh di mainkan Pas di masa hadapan di dalam Pakatan Rakyat samada PR dapat memerintah atau tidak.
Mereka-mereka ini tidak berpuas hati dengan peranan yang di mainkan sekarang di dalam PR, yang sekadar berada di tempat kedua atau ketiga, bagi mereka-mereka ini, peranan Pas mesti terkehadapan lagi, ia itu menjadi peneraju atau di panggil teras di dalam PR sebagaimana Umno yang menjadi teras di dalam BN.
Bukan rahsia lagi, yang menjadi teras di dalam PR sekarang ialah PKR, manakala jika menang di PRU ke 13 yang lalu sudah di tetapkan DSAI lah yang akan menjadi PM, inilah punca ketidak puasan hati sesetengah pemimpin Pas yang merasakan Pas perlu kehadapan dengan sasaran yang menjadi PM ialah Presiden mereka.
Lebih jauh lagi golongan ini juga terpengaruh dengan pendapat bekas Timbalan Presiden Pas yang lalu iaitu Nasaruddin Mat Isa, yang merasakan keberadaan Pas di dalam PR telah merugikan orang Melayu dari segi tekanan dari bukan Melayu khususnya di dalam kerajaan BN.
Oleh kerana 
wujudnya dua parti yang hampir sama kuat yang sama-sama menjadikan 
sasarannya ialah orang Melayu, maka Umno yang masih memerintah merasakan
 perlu memperolehi undi tambahan dari kalangan bukan Melayu untuk 
mempastikan mereka terus berkuasa, disinilah puncanya berlaku tawar 
menawar sehingga kerajaan terpaksa berlembut dengan bukan Melayu bagi 
mendapatkan sokongan mereka. Disinilah timbulnya idea yg mahukan Pas bersama dengan Umno, sehingga timbulnya isu kerajaan perpaduan.
Memang
 kita akui, idea kerajaan perpaduan ini adalah baik bagi kelangsungan 
kekuasaan orang Melayu, demi menjaga kepentingan orang Melayu dan Ugama 
Islam itu sendiri, tanpa perpaduanlah puncanya orang bukan Melayu berani
 menuntut hak sama rata di dalam pelbagai perkara di negara ini yang 
pada pendapat orang Melayu, mereka adalah tuan asal di negara ini.
Namun
 begitu bagi segolongan lagi di dalam Pas yang tidak bersetuju dengan 
idea ini, oleh kerana kebimbangan terhadap pengalaman lalu di mana Pas 
pernah menyertai BN tetapi akhirnya berpisah dan di halau keluar dari 
rumah BN, berasaskan pengalaman inilah yang menyebabkan idea kerajaan 
perpaduan di pandang enteng dan di bimbangi cuma sekadar satu muslihat 
dari Umno yang sedang kelemasan dan meronta-ronta meminta di campakkan 
pelampung bagi mengelakkan mereka dari kelemasan.
Di 
sinilah timbul perasaan serba salah di kalangan pendokong perjuangan 
Pas, satu pihak memikirkan tentang masa depan orang Melayu yang semakin 
terumbang ambing oleh tekanan kemajuan negara, di satu pihak lagi 
memikirkan jika menyahut seruan perpaduan seperti mana yang dicadangkan 
oleh puak-puak UG, di bimbangi usaha tersebut hanyalah sekadar bagi 
membantu pemimpin Umno yang sedang memerintah yang sebenarnya menjadikan
 kuasa itu sebagai batu loncatan bagi mereka mengaut kekayaan 
semata-mata.
Di satu pihak lagi memikirkan, jika PR
 yang memerintah, apakah Pas dapat merealisasikan apa yang mereka mahu 
di dalam pemerintahan negara selama ini, lebih-lebih lagi berkaitan 
perlaksanaan hukum Hudud, tambahan pula bila teringatkan tentangan DAP 
terhadap hukum tersebut.
DAP telah berkali-kali 
menjelaskan bahawa mereka menyokong perlaksanaan Islam sebagaimana yang 
termaktub di dalam perlembagaan di mana Islam sebagai agama rasmi dan 
perlaksanaannya hanya sebagaimana yang di laksanakan sekarang ini, kalau
 mahu lebih dari itu mereka tidak menyokong malah akan menentang.
Jika
 pula bersama BN, Umno juga tidak berhasrat untuk melaksanakan hukum 
Hudud dan keadaan pemerintahan berkaitan Islam tetap sama seperti 
sekarang juga, ini sangat jelas dan sudah berkali-kali di tegaskan oleh 
pemimpin Umno tanpa berselindung lagi.
Oleh itu saya 
berpendapat, jalan yang ada dan perlu di redhai ialah, Pas terus bersama
 PR, buat masa ini jangan fikir mahu jadi teras, kalau bersama BN, Pas 
tak dapat jadi teras, tetap jadi ekor juga, sekurang-kurangnya jika 
bersama PR,  apabila DSAI bersara nanti, munkin di ketika itu jika 
kerusi Parlimen Pas lebih, peluang pemimpin Pas untuk menjadi PM adalah 
cerah.
Cumanya yang di perlukan ialah, cara berfikir pemimpin Pas terhadap bentuk pemerintahan negara ini perlulah berasaskan tuntutan semasa, yang boleh di terima oleh semua rakyat Malaysia,
 jika Pas hanya untuk orang Islam dan melupakan slogan Pas for all yang 
di war-warkan selama ini, maka selama itulah angan-angan Pas yang  mahu 
menjadi teras pemerintahan negara tersimpan di dalam mimpi semata-mata.

 
 

























