01 Februari 2009

KERA DI HUTAN DI SUSUKAN ANAK DIRUMAH MATI KELAPARAN .......



Kisah kilang sawit felda membeli buah sawit luar, lebih mahal dari buah sawit yang dihantar oleh peneroka bersama felda, adalah kisah yang sudah lama diperjuangkan oleh wakli-wakli peneroka yang bersama felda .

Semasa kempen untuk menarik golongan yang urus sendiri tempoh hari, supaya menghantar buah sawit melalui paysheet felda, pengurus rancangan felda terbabit, telah menjanjikan, bahawa jika menghantar buah sawit melalui paysheet, harganya akan mahal sedikit, munkin RM15.00 bagi satu matrik tan .

Tetapi kini sebaliknya telah berlaku, dari tinjauan penulis kekilang felda, semasa dikuat kuasa peraturan, buah sawit mesti dihantar melalui paysheet beberapa hari yang lepas, ternyata buah sawit sangat berkurangan masuk kekilang felda, sebaliknya, banyak dikalangan peneroka menghantar buah sawitnya ke penimbang luar .

Penimbang luar ini diwujudkan, adalah bagi keperluan pekebun luar felda yang meliputi kampung-kampung tradisional dan sekitarnya .

Maka apabila dibuat peraturan bahawa peneroka felda mesti menghantar buah sawitnya melalui Paysheet, maka ramai jugalah dikalangan peneroka felda yang menguruskan sendiri kebunnya sejak sekian lama, memprotes dengan terus menghantar ke penimbang luar tersebut .

Kebetulan pula, ada diantara kebun peneroka terbabit, yang kedudukannya lebih hampir dengan penimbang luar ini, jika dibandingkan dengan menghantar ke kilang felda .

Cumanya selama ini, harga yang dibeli oleh penimbang luar, adalah lebih murah dari yang dibeli oleh kilang felda.

Tetapi setelah peraturan peneroka mesti menghantar buah sawit melalui paysheet, disebabkan
oleh peneroka tidak mempunyai lesen menjual, yang dikeluarkan oleh MPOB .

Kerana dibawah akta GSA, iaitu akta penempatan tanah berkelumpuk, peneroka tidak boleh memohon untuk memiliki lesen menjual secara individu, disebabkan oleh kekangan akta tersebut, sebaliknya lesen mengumpul, mengalih dan menjual hanya dikeluarkan secara berkelumpuk dan dipegang oleh felda sahaja .

Barulah peneroka-peneroka terbabit, menjual buah sawitnya kepenimbang luar, antara sebab-sebabnya ialah, setelah buah sawit tersebut dihantar melalui paysheet kekilang felda,
bayaran akan dibayar hanya disekitar 60 ke 70 % sahaja, manakala bakinya akan dibayar kebulan berikutnya, setelah dibuat pelbagai potongan .

Sebaliknya jika dihantar kepenimbang luar, bayarannya adalah secara tunai. Kepada sesetengah peneroka, yang sentiasa tidak berkecukupan duit, rugi pun tidak mengapa, yang penting selepas jual, terus dapat duit tunai semua .

Masaalahnya ialah, apabila protes ini berjalan sejak awal bulan Jan 09 ini, buah-buah sawit yang diperolehi, untuk diperoses oleh kilang sawit felda, sudah berkurangan, kerana penimbang -penimbang luar terbabit akan menghantar buah sawit yang dibelinya kekilang sawit swasta luar.

Kebetulannya pula sekarang adalah musim buah sawit melawas, iaitu putaran musim pokok- pokok sawit kurang mengeluarkan buah .

Oleh itu adalah dipercayai, sebagai strategi untuk menarik kembali supaya buah-buah sawit ini dihantar kekilang sawit felda semula, maka berlakulah sekali lagi, peristiwa, kera dihutan disusukan tetapi anak sendiri mati kelaparan ( baca mendapat harga yg murah )

Munkin pada perkiraan mereka-mereka ini, buah-buah sawit, yang dimiliki oleh peneroka yang bersama felda, tidak akan pergi kemana, tetapi sebaliknya buah-buah luar, perlu diberi sesuatu galakkan agar ianya masuk kekilang felda semula .

Oleh itu munkin antara pilihan yang ada, penulis mencadangkan supaya perundingan dahulu melalui naib pengerusi JKKR, melalui ketua kampung, dan terakhir sekali melalui protes beramai-ramai .

Masaalahnya, bukan mudah juga untuk mengadakan protes beramai-ramai tersebut, kerana
banyak juga peneroka ini, ambil tak kisah sahaja ...............yang penting mereka bulan-bulan dapat duit ............ murah ke...mahal ke .....dia bukannya peduli ...................


3 ulasan:

Lokman berkata...

slam ziarah......
jembut ke blog sy
http://www.camar-merah.blogspot.com

Kembara Politik berkata...

Assalamualaikum.

Penimbang luar itu milik Muslimkah? Harga di penimbang luar lebih mahal? Yang pastinya lebih murah dari harga kilang FELDA.

Biar kilang FELDA tutup asalkan puas rasa hati. Biar naikkan ekonomi kafir. Itulah cara orang kita berfikir.

Sudah2lah berpolitik semacam ini. Tanya saja orang yang berkerja di Ibu Pejabat FELDA. Semuanya tanam iltizam untuk tingkatkan taraf orang kita. Kita pula tak sudah2 main sentimen untuk menjatuhkan FELDA.

Sama-samalah sokong kilang FELDA. Buat apa nak naikkan ekonomi penimbang luar yg tak menyumbang pun kembali dalam rantai/kitaran ekonomi Islam/Melayu?

Kembara Politik berkata...

Tindakan protes menghantar ke penimbang kafir lebih dilihat seperti "Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan".

Fikirkanlah...wahai saudara seFELDA ku..