31 Disember 2008

PAYSHEET INDIVIDU UNTUK PENEROKA URUS SENDIRI






Kota Gelanggi 01, Jerantut - Satu pertemuan diantara pengurusan Felda kota gelanggi 01 dengan peneroka-peneroka yang urus sendiri kebunnya, telah diadakan pada hari ini. Jumlah peneroka yang urus sendiri bagi keseluruhan felda kota gelanggi 01 adalah seramai 122 orang .

Antara yang hadir ialah Pengurus Felda hj.Hamid bin Mohamad dan penolong pengurus hj. Tajuddin serta lebih dari 100 orang peneroka felda, antara intipati penerangan yang diberikan ialah penghantaran buah sawit ke paysheet Individu boleh dimulakan mulai 01.01.2009 ini .

Setiap kali penghantaran, pembayaran akan di lunaskan sebanyak 60% sahaja dahulu, selepas seminggu dari tarikh penghantaran, manakala pembayaran akan dibuat pada setiap hari Rabu. Bayaran selebihnya akan dijelaskan dihujung bulan berikutnya .

Antara kelebihannya menghantar buah melalui felda menurut hj.Hamid ialah, harga akan di nilai mengikut gred A, Sebaliknya jika menghantar melalui ajen pembeli luar harga akan dinilai
mengikut Gred B, perbezaan harga dikatakan lebih kurang RM15.00 bagi satu metrik tan .

Selain dari itu, potongan simpanan untuk membeli baja, dan lain-lain boleh dilakukan, disamping
pada hujung tahun, layak pula menerima Bonos tahunan, malah segala keistimewaan yang telah dinikmati oleh peneroka yang awal bersama felda akan turut dinikmati oleh peneroka yang menyertai paysheet individu .

Peneroka yang mahu menyertai paysheet individu perlulah mengambil resit penghantaran dipejabat felda secara percuma buat permulaan, tetapi munkin dimasa akan datang dikenakan sedikit bayaran .

Setelah selesai majlis penerangan, maka sessei dialog pun dimulakan, maka bermulalah acara melepaskan perasaan, yang selama ini terbuku dihati.

Ada diantara peserta yang membangkitkan perihal, kenapa peneroka yang menguruskan sendiri
kebunnya telah dinafikan haknya mendapatkan bonos tahunan yang dibayar baru-baru ini, sedangkan mereka juga menghantar buah sawit kekilang yang sama, cumanya mereka menghantar melalui ajen, tetapi tetap dihantar kekilang felda juga, kalaulah, menghantar buah sawit kekilang Felda, dijadikan sebagai pra syarat untuk mendapatkan bonos .

Begitu juga peneroka yang mengurus sendiri kebunnya, telah tidak diberi pinjaman membaiki rumah, persekolahan anak-anak dan lain-lain kemudahan.

Bagi pihak pengurusan felda, jawapannya ialah, segala-galanya boleh diatasi, jika golongan peneroka tersebut menghantar buah sawit melalui payseet individu.

Masaalahnya ialah, untuk bagi peringkat permulaan, peneroka yang hanya bergantung hidup melalui hasil sawit semata-mata, akan menghadapi kesulitan kewangan, akibat penahanan 40% duit mereka, kerana menunggu bulan berikutnya.

Tambahan pula dengan harga seperti sekarang, pendapatan 60% yang dibayar bagi setiap penghantaran buah sawit melalui paysheet, munkin tidak mencukupi untuk membayar pelbagai kos sara hidup.

Oleh itu, pihak pengurusan felda perlulah memikirkan, caramana mengatasi masaalah berbangkit sebelum ianya boleh menggagalkan hasrat, supaya semua peneroka menghantar hasil sawit melalui paysheet .


Sekian sahaja lapuran dari felda kota gelanggi 01, untuk kali ini ......................



Di sebelah atas adalah gambar-gambar yang telah diambil didalam dewan JKKR k.gel 01 tempat penerangan ini diadakan .




18 Disember 2008

HIMPUNAN BERITA - BERITA MENGENAI FELDA DAN LAIN - LAIN

1- :: Federal Land Development Authority ::

2- Konsep Felda Moden mulai Januari

3- Pahang Daily Online


4-
Opera Mini, Browser Hebat Untuk Hanphone Java

Gigi palsu berinovasi baru
Teknologi pergigian terutama gigi palsu biasanya menggunakan porcelin dan diikat dengan logam yang tidak nampak kosmetik dan kadang-kala menyebabkan alahan kepada pengguna. ... Berita Penuh



SERDANG 25 Dis. -Seorang penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta kapsul dan krim sapu daripada daun kelapa sawit, rumpai laut dan daun keledek yang mampu menyembuhkan luka dengan cepat.... Berita Penuh






12 Disember 2008

Kerjasama mengatasi kejatuhan harga sawit

JAKARTA 11 Dis - Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk bekerjasama dalam usaha menaikkan semula harga kelapa sawit yang merudum sejak kebelakangan ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, perkara itu persetujui oleh Presiden Republik Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono dalam pertemuan mereka hari ini.

Langkah itu kata beliau, perlu diambil kerana kelapa sawit merupakan pendapatan utama kedua-dua buah negara.

"Sehubungan itu satu pertemuan para pengusaha kelapa sawit dari kedua-dua buah negara akan diadakan bagi mencari jalan mengatasi masalah pada masa


Alhamduliilah dengan berita gembira diatas, walaupun baru diperingkat perundingan untuk bekerjasama diantara kerajaan malaysia dengan indonesia, namun harapan tinggi kami agar ianya dapat mencapai objektif yang diharapkan.

Kami para peneroka, terutama yang menguruskan sendiri kebunya, merasai sangat tertekan dengan penurunan harga kelapa sawit sekarang ini .

Sebenarnya dengan harga serendah sekarang iaitu diantara RM200 ke RM270 adalah dibawah kos penyengaraan, oleh itu jikalau keadaan harga begini berterusan sehingga menjangkau sehingga kedua atau tiga tahun atau lebih, adalah sangat akan memberi kesan buruk dimasa akan datang .

Ini adalah kerana, perbelanjaan yang paling besar didalam penyelengaraan kebun sawit adalah untuk membeli baja dan racun, pokok-pokok kelapa sawit yang tidak dibaja selama dua tahun atau lebih akan menyebabkan pengeluaran buahnya merosot dengan ketara.

Begitu juga rumput rumpai dan anak-anak kayu jika dibiarkan tidak disembur racun, paling kurang dipangkalnya akan menenggelamkan pokok sawit dan tiada siapa lagi yang sanggup untuk bekerja bagi mengeluarkan buahnya.

Oleh itu pertemuan untuk perundingan bagi mencari jalan bagi menaikan kembali harga sawit diantara malaysia sebagai pengeluar utama dan indonesia pengeluar kedua buat masa ini adalah sangat diharapkan berjaya melonjakkan kembali harganya, sekurang-kurangnya diatas harga kos iaitu disekitar RM470 keatas.

Kesan buruk dari kejatuhan harga komoditi ini bukan sahaja akan dirasai oleh para pekebun sawit tetapi juga oleh kerajaan sendiri, apabila pelbagai masaalah sosial yang sememangnya begitu memeningkan kepala akan bertambah -tambah lagi.

Semoga perundingan tersebut akan mamperolehi kejayaan .......................Amin.



04 November 2008

PERUBATAN HERBA TRADISIONAL

[P9010165.JPG]

Baru-baru ini, sepasang suami isteri datang kekampung saya, memang pun hari tersebut,
adalah merupakan hari pekan sahari di kampung saya, jadi pasangan tersebut pun mulalah berceramah tentang barang jualan nya.

Barang-barang jualanya adalah merupakan jus-jus herba dari akar-akar kayu yang dikatakan boleh menyembuhkan pelbagai penyakit, antaranya darah tinggi, kencing manis, resdong, dan pelbagai lagi.

Saya pada mulanya tidak berminat untuk membelinya, ini kerana saya termasuk di dalam manusia yang kurang menggunakan perubatan tradisional, tetapi lebih kepada perubatan hospital.

Tetapi, apabila melihatkan diantara gambar-gambar yang di pamerkan, adalah gambar PM Datuk Sri Abdullah Ahmad Badawi juga sedang membeli jus tersebut, iaitu semasa dipameran MAHA 2008 yang lepas, maka saya pun bertanyakan harganya, dan terus membelinya, harganya ialah RM 45.00 sebotol 1 liter.

Mengikut peneranganya, kita perlu meminum jus herba tersebut setelah dicampur dengan air panas dengan sukatan 1 cawan berisi air 250ml sebanyak 3 kali sehari, selama 9 hari, dan sele pas itu pergi periksa dihospital, insyaalah tekanan darah, diabetis akan kembali normal .

Saya pun terus mengikut cara penggunaan seperti yang di syorkan, dan untuk lebih menyakin kan saya telah bertindak berhenti memakan ubat-ubat hospital buat sementara waktu, setelah 9 hari, saya pun pergi periksa di hospital............. didapati tekanan darah saya yang sebelum ini berada di kedudukan 140/90 berubah kepada 170/110, satu kedudukan yang sangat tinggi,
ukuran glucose/ diabetis pula sama iaitu 9.5mmol/l .

Kini saya mengambil keputusan berhenti terus meminum air jus tersebut dan kembali menyam bung memakan ubat-ubat yang dibekalkan oleh hospital....................................................................

Moral dari cerita saya diatas adalah, kebanyakan ubat-ubatan tradisional adalah tidak diuji, tidak dikaji, tidak dicuba, terlebih dahulu kepada haiwan , atau manusia, mereka hanya menwar-warkan sesuka hati sahaja, akan keberkesanan sesuatu produk mereka.

Kalau ada pun yang membuat penyelidikan,dan mendapatkan kelulusan dari kementerian kesihatan terlebih dahulu adalah dari pensyarah-pensyarah universiti tempatan, tetapi bilangannya setakat ini sangatlah sedikit .

Pihak kerajaan sewajarnya berusaha bersungguh-sungguh mengawal penjualan ubat-ubatan yang tidak mendapat kelulusan dari kementerian kesihatan supaya orang ramai tidak di tipu dengan sewenang-wenangnya .





26 Oktober 2008

KERAJAAN PERLU MEMBUAT SESUATU ATASI MASAALAH PEKEBUN KECIL


Utusan Online

Peneroka dijamin peroleh tidak kurang RM1,000 sebulan

PEKAN 25 Okt. - Kerajaan sedang mencari formula untuk memastikan pendapatan peneroka dan pekebun kecil tidak berada di bawah RM1,000 sebulan berikutan kejatuhan harga sawit dan getah di pasaran dunia ketika ini.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jawatankuasa Kabinet akan mengadakan perbincangan berhubung kejatuhan harga komoditi itu yang menjejaskan pendapatan negara, peneroka dan pekebun kecil.

Menurut beliau, antara perkara yang akan dibincangkan termasuk kemungkinan mengadakan mesyuarat dengan negara-negara pengeluar bagi menstabilkan harga komoditi itu.










Memang merumitkan, itulah kesimpulan yang boleh diluahkan oleh sesiapa pun, apabila berbicara mengenai pendapatan pekebun kecil. Ini kerana bukan mudah untuk mengatasi masaalah harga komoditi yang memang berkeadaan sentiasa turun naik.

Masaalah bertambah rumit, apabila pengeluaran hasil juga berkeadaan turun naik mengikut musim, ini menjadikan pendapatan semakin tidak menentu.

Antara salah satu cara yang dicadangkan bagi mengatasi masalah ini, ialah para pekebun disarankan supaya mempelbagaikan punca pendapatan, berniaga, bercucuk tanam, menternak, atau lain-lain ikhtiar.

Tetapi tidak semua orang boleh dan berjaya melakukanya, antara pengekangan masaalah ini ialah , usia sudah lanjut, masaalah kesihatan, atau tiada kemahiran .

Hanya kepada yang sentiasa merancang, berusaha, berjimat, dan sentiasa menabung bagi masa depan terselamat dari musibah ini, tetapi jumlahnya memang tidak ramai .

Usaha kerajaan mengadakan perbincangan diperingkat kabinet, bagi mencari jalan mengatasi nya memang dialu-alukan, antara cara yang boleh dilakukan, ialah mengadakan stok penimbal harga bagi kedua-dua komoditi besar negara iaitu getah dan kelapa sawit .

Cara kedua ialah memberi subsidi untuk baja dan racun bagi para pekebun kecil melalui pertubuhan peladang, risda, felda atau felcra dengan pemantauan dari pihak berkuasa .

Tanpa campur tangan dari kerajaan untuk mengatasi masaalah ini, dikhuatiri semakin ramai para pekebun akan berada di bawah paras kemiskinan, segala usaha kerajaan selama ini untuk mengurangkan kemiskinan menjadi sia-sia ........................



24 Oktober 2008

KEMURUNGAN PARA PEKEBUN KECIL

Sekarang ini harga komoditi kelapa sawit dan getah telah jatuh kepada RM250.00 satu metrik tan bagi kepala sawit dan RM1.50 sekilogram bagi getah, kekurangan lebih dari separuh dari harga pada bulan MAC 2008, diketika itu harga komoditi tersebut melonjak kepada RM850.00 bagi satu metrik tan bagi harga kelapa sawit dan RM5.00 sekilogram bagi getah, suatu lonjakan tertinggi didalam sejarah sejak sebelum merdeka lagi.

Dengan harga semurah ini, para pekebun kecil bagi kedua-dua komoditi tersebut, terpaksa membelanjakan sebahagian besar pendapatanya bagi membeli baja, racun dan upah yang telah melonjak sekali ganda dari harga sebelum kenaikan .

Baki tunai yang diterima setelah ditolak semua perbelanjaan menjadi semakin mengecil, maka semakin ramailah penduduk Malaysia menjadi miskin .

Bebanan menjadi semakin parah berikutan harga barang-barang yang telah melonjak begitu
tinggi, mahu atau tidak mahu kehidupan perlu diteruskan .

Beginilah nasib para pekebun sejak dari dahulu sampailah sekarang sentiasa seperti ombak, sentiasa turun naik .

Kepada yang beringat, dan sentiasa berjimat cermat, munkin kesan nya berkurangan sedikit,
tetapi bagi yang lain-lain, terpaksalah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.



23 Oktober 2008

PENDAHULUAN KATA







Hari ini adalah hari pertama aku menulis didalam blog LKTP1328 iaitu satu blog khusus yang aku wujudkan untuk mencoretkan apa juga aktiviti yang berlaku dan dilakukan oleh peneroka felda diseluruh
Malaysia’ amnya dan di Felda Kota Gelanggi 01 khasnya yang baru aku daftarkan hari ini.

Terlabih dahulu wajar bagiku untuk mengenang kembali kemasukan aku sebagai peneroka felda.

Aku mula menjadi peneroka felda pada Okt 1983, ketika itu aku berusia 28 tahun dan mempunyai 3 orang anak, aku masuk menggantikan peneroka yang terawal, yang lari kerana tidak sanggup lagi tinggal didalam felda atas faktor-faktor pribadi.

Felda Kota Gelanggi 01, adalah tempat yang Allah takdirkan untuk aku melakarkan hidupku, mewarnai hidupku, meneruskan sejarah hidup aku .

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Allah Yarham Tun Abdul Razak Bin Husin pencetus adea penubuhan FELDA, apa tidaknya, kemasukan aku ke felda terus diberikan sebidang tanah seluas 14 ekar, yang siap bertanam dengan pokok-pokok kelapa sawit .

Pada tahun 1999 setelah 16 tahun aku menjadi peneroka di felda kota gelanggi 01, aku telah di berikan Geran hak milik " Pajakan mukim selama 99 tahun, yang akan berakhir pada 24 hb. ogos 2098 ".

Mulai harini aku akan mencoretkan apa sahaja yang berkaitan kehidupan, kenegaraan, malah apa sahaja yang di fikirkan patut untuk ditulis bagi mengisi ruang blok ini ................sekian wasallam .