29 Oktober 2010

Orang ke atau Binatang ni........

ISTERI DIBELASAH, KEPALA DICUKUR SEHINGGA BOTAK, DAN MUKA DIKENCING OLEH SI SUAMI SEBELUM SI SUAMI LAFAZKAN CERAI TALAK TIGA! GILA!



Hanya kerana masakannya tidak menepati selera, seorang isteri menerima deraan kejam dan tidak masuk akal apabila dibelasah, dicukur kepala hingga botak dan lebih mengaibkan, mukanya turut dikencing oleh suaminya sebelum suaminya menceraikannya dengan lafaz cerai talak tiga ketika kencing di muka isterinya.
Credit gambar: Laman Seri

Isterinya yang tidak tahan dengan kekejaman lelaki itu selain berasa diri amat terhina membuat laporan di Balai Polis Jinjang, di sini, pada hari kejadian, menyebabkan suaminya ditahan keesokan harinya.

Menurutnya mangsa dalam laporan wanita terbabit yang juga berusia 30-an, kejadian itu bukan pertama kali menimpanya kerana dia mendakwa sering dipukul sejak setahun lalu walaupun melakukan kesalahan kecil. Dia selalu dibelasah sekiranya lewat membuka pintu ketika suaminya pulang bekerja. 

Pada Jun lalu, mangsa melarikan diri ke selatan tanah air kerana tidak tahan dengan kekejaman suaminya. Namun, selepas seminggu di sana, suaminya datang memujuknya serta berpura-pura insaf.

Bagaimanapun, ketenangan yang dikecapi mangsa hanya sementara kerana selepas dua minggu berada di rumahnya, dia kembali dijadikan tempat melepaskan geram oleh suaminya. Dia terus dipukul atas kesalahan kecil, malah ada kalanya mangsa tidak tahu-menahu kesalahan yang dilakukannya.

(Link)


Walau pun berita di atas di siarkan pada 25 hb yang lepas, namun oleh kerana apa yang dilakukan oleh sang suami tersebut boleh di kategorikan sebagai sangat zalim,  maka izinkan saya mencoretkan kisah apa yang berlaku dan dialami sendiri oleh jiran di kampung saya semasa saya kecil dahulu.......

Semasa saya kecil dahulu, keluarga saya berjiran dengan seorang perempuan yang tinggal bersama anak-anak dan suaminya, suaminya ini seorang yang pemalas serta suka berjudi, setiap hari saya terdengar pergaduhan berlaku dirumahnya, semuanya berpunca dari sikap suaminya yang mahu makan tetapi malas bekerja.

Isterinya terpaksa membanting tulang bekerja menyara suaminya dan anak-anak,.......... terbalik pulak, biasanya suami bekerja dan isteri mengurus rumah tangga tetapi dia ni lain ......dia duduk rumah, mahu makan sedap tetapi malas bekerja.

Tetapi yang peliknya isterinya sanggup melakukan semua itu demi kerana sayang kepada suaminya, namun lama kelamaan oleh kerana sikap melampau si suami yang ketika marah sanggup memukul isterinya, maka si Isteri cabut lari membawa anak-anaknnya kerumah abangnya di kampung lain.

Namun si suami ni pandai berlakon, dia berpura-pura insaf dan memujuk isterinya kembali kerumahnya, begitulah berlaku sehingga tiga kali berpindah ke rumah abangnya, akhirnya abangnya memberi amaran, " jika kamu masih balik kerumah suami kamu itu lagi selepas ini,  jangan datang kerumah aku lagi "

Yang peliknya selepas beberapa ketika datang lagi si suami itu kerumah abangnya memujuk, dan si isteri itu sanggup mengikut..........memang tolol.......entah ilmu apa yang dipakainya......

Namun seperti boleh diramalkan, berlaku lagi pukul memukul, tetapi kali ini si isteri tolol itu tidak berani lagi kerumah abangnya sebaliknya pergi kerumah saudaranya dikampung lain dan terus menetap dikampung tersebut sehingga sekarang dan si suami jahat tersebut akhirnya jatuh sakit dan terpaksa meminta sedekah untuk meneruskan kehidupannya.

Begitulah kisah ringkas yang hampir menyamai dengan apa yang berlaku seperti berita diatas, kedua-duanya mempunyai masalah yang sama iaitu sayang tidak bertempat, peliklah orang perempuan ni......kalau dah dia sayang....si malaon macam ni pun dia masih sayang..........hai tak fahamlah saya.....





27 Oktober 2010

Hantu Manakah Yang Curi Wang Zakat Kita ?

Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, laporan Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan sejauh mana ketepatannya.

"Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan. Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini. 

"Ke mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata, pendedahan audit itu aman menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat.

"Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban?

"Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya dengan nada sinis.  
( Sumber asal )


( Bingung bila kita memikirkan bagaimana wang Zakat sanggup di selewengkan oleh mereka-mereka yang tidak bertanggung jawab, berita di atas adalah yang di bawah keloaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, bagaimana dan apa pula yang terjadi kepada yang dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri ?


Menurut khabarnya, yang dibawah kelolaan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri lagi terok.......


Ni yang jadi kita serba salah......nak kita sendiri hulurkan terus kepada asnaf yang layak, tak dapat pula pengecualian cukai pendapatan kerana tiada resit, tak tahulah pula kalau-kalau surat pengakuan penerimaan dari penerima boleh di jadikan bukti dan di terima oleh LHDN.)













26 Oktober 2010

Agen Pembayar Tunai








Majlis penerangan berkaitan pembentukan agen pembayar tunai kepada AJK urus sendiri kebun oleh Pengerusi persatuan pekebun kecil negeri Pahang sdr Mat Ali Musa telah diadakan di dewan JKKR S.Tekam Utara pada 25.10.10 jam 3.00ptg .............


16 Oktober 2010

Bajet 2011


Hari ini Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Abd Razak yang juga Menteri Kewangan membentangkan Bajet 2011, sebagai seorang peneroka Felda, saya secara jujurnya mengakui bahawa kebanyakan peneroka felda tidak ambil kisah sangat tentang Bajet 2011 ini

Seperti di tahun-tahun yang lepas, bajet di bentangkan tetapi bagi kebanyakan para peneroka ini, dunia mereka hanyalah apa yang ada di persekitaran mereka sahaja, mereka akan merungut jika cukai rokok naik kerana akan memberi kesan secara langsung kepada mereka yang merokok, namun pada tahun ini harga rokok telah dinaikan lebih awal sebelum bajet dibentangkan .

Mereka juga akan merungut jika harga gula naik, kerana boleh menyebabkan harga teh dan kopi yang mereka minum di kedai akan naik, jika petrol naik, lagilah mereka merungut kerana akan memberi kesan kepada semua barangan, kerana ini semua akan memberi kesan kepada kehidupan mereka, biasalah bagi orang kampung.

Namun tahun ini nampaknya Tok Empat dan Tok Imam akan tersenyum lebar kerana elaun bulanan mereka telah dinaikkan ......

Didalam keadaan sekarang ini sama ada di Felda atau di Kampung tradisional para pekebun boleh tersenyum simpul kerana harga komoditi Getah dan Kelapa Sawit sangat tinggi, oleh itu walau apa pun yang di sebut oleh Datuk Sri Najib mereka tak kisah, yang penting harga kedua-dua komoditi tersebut kekal diparas sekarang.

Lagi pun kalau difikirkan, dengan cita-cita Perdana Menteri yang mahukan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi, tiada cara lain kecuali mengawal harga kedua-dua komoditi tersebut agar kekal berada di paras sekarang. jika tidak sebahagian besar rakyat akan kembali menjadi miskin.

Bagi yang bekerja dengan kerajaan atau dengan swasta, mereka munkin tiada masaalah, sebab pendapatan mereka sudah terjamin, lebih-lebih lagi kepada kakitangan wanita, dapat cuti bersalin 90 hari bergaji penuh, tetapi bagi yang bekerja sendiri ini, ada kerja ada gaji, tak kerja, tak ada gaji, memang kehidupan mereka terumbang ambing............

Namun bak kata Datuk Sri Najib, didalam keadaan sekarang terpulanglah kepada diri kita sendiri menentukan keparas mana kita mahu kedudukan diri kita di bidang ekonomi, kalau kita tidak pandai mendayung maka hanyutlah kita.

Namun didalam keadaan harga Getah dan Kelapa sawit yang tinggi sekarang ini, jika masih ada juga orang kita menghadapi masaalah kewangan, tak tahu nak cakaplah........................

Walau macammana pun saya ada dengar di sesetengah tempat, masih ada orang yang ambil barang kantin dan menjualnya dengan harga yang murah untuk mendapat duit tunai, rupanya wujud lagi perkara yang lazim berlaku semasa peneroka felda mula-mula masuk rancangan dahulu, sepatutnya perkara seperti ini tidak berlaku lagi di era sekarang ini................ kenapa jadi begitu ?





15 Oktober 2010

Pengurus Kilang Sawit Felda Kota Gelanggi 01 Bertukar


Setelah kali terakhir saya menulis pada 16hb Sept 2010 yang lalu, maka hari ini baru terlintas di hati saya untuk kembali mencoretkan sesuatu.

Itu pun setelah Che Wan, iaitu Pengurus Kilang Sawit Felda Kota Gelanggi 01 yang secara kebetulan bertemu dengan saya dimajlis singkat meraikan pertukaran beliau yang diadakan oleh Hj Nasir Jaafar di rumahnya yang secara kebetulan bersebelahan dengan rumah saya.

Beliau menegur saya dan menyatakan bahawa beliau sering membaca tulisan saya di blog ini, jadi oleh kerana meraikan beliau itu, maka patut sangatlah saya mencoretkan sesuatu mengenai beliau bersempena pertukarannya itu.

Turut Hadir di majlis kecil ini ialah Hj Hamid, iaitu Pengurus Felda kota Gelanggi 01.

Che Wan atau nama penuhnya Wan Mazlan Bin Wan Nawang berasal dari Kelantan, telah di tukarkan ke Kilang Sawit Felda Jengka 18, setelah berkhidmat selama 5 tahun di Kilang Sawit Felda Kota Gelanggi 01.


Antara jasa besar Che Wan ini ialah, melonjakkan prestasi Kilang Sawit Felda Kota Gelanggi 01
sehingga mendapat sijil RSPO.

Beliau juga ada memberitahu bahawa harga buah tandan segar sawit di Kilang Gelanggi 01 untuk hari ini adalah RM 700.00 bagi satu metrik tan .

Saya tak tahulah samada dapat merasa atau tidak harga tersebut kerana baru hari esok pemotong buah sawit saya akan masuk kebun dan potong buah, ikut rezekilah..........kalau ada rezeki tidak kemana.....