26 Oktober 2008

KERAJAAN PERLU MEMBUAT SESUATU ATASI MASAALAH PEKEBUN KECIL


Utusan Online

Peneroka dijamin peroleh tidak kurang RM1,000 sebulan

PEKAN 25 Okt. - Kerajaan sedang mencari formula untuk memastikan pendapatan peneroka dan pekebun kecil tidak berada di bawah RM1,000 sebulan berikutan kejatuhan harga sawit dan getah di pasaran dunia ketika ini.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Jawatankuasa Kabinet akan mengadakan perbincangan berhubung kejatuhan harga komoditi itu yang menjejaskan pendapatan negara, peneroka dan pekebun kecil.

Menurut beliau, antara perkara yang akan dibincangkan termasuk kemungkinan mengadakan mesyuarat dengan negara-negara pengeluar bagi menstabilkan harga komoditi itu.










Memang merumitkan, itulah kesimpulan yang boleh diluahkan oleh sesiapa pun, apabila berbicara mengenai pendapatan pekebun kecil. Ini kerana bukan mudah untuk mengatasi masaalah harga komoditi yang memang berkeadaan sentiasa turun naik.

Masaalah bertambah rumit, apabila pengeluaran hasil juga berkeadaan turun naik mengikut musim, ini menjadikan pendapatan semakin tidak menentu.

Antara salah satu cara yang dicadangkan bagi mengatasi masalah ini, ialah para pekebun disarankan supaya mempelbagaikan punca pendapatan, berniaga, bercucuk tanam, menternak, atau lain-lain ikhtiar.

Tetapi tidak semua orang boleh dan berjaya melakukanya, antara pengekangan masaalah ini ialah , usia sudah lanjut, masaalah kesihatan, atau tiada kemahiran .

Hanya kepada yang sentiasa merancang, berusaha, berjimat, dan sentiasa menabung bagi masa depan terselamat dari musibah ini, tetapi jumlahnya memang tidak ramai .

Usaha kerajaan mengadakan perbincangan diperingkat kabinet, bagi mencari jalan mengatasi nya memang dialu-alukan, antara cara yang boleh dilakukan, ialah mengadakan stok penimbal harga bagi kedua-dua komoditi besar negara iaitu getah dan kelapa sawit .

Cara kedua ialah memberi subsidi untuk baja dan racun bagi para pekebun kecil melalui pertubuhan peladang, risda, felda atau felcra dengan pemantauan dari pihak berkuasa .

Tanpa campur tangan dari kerajaan untuk mengatasi masaalah ini, dikhuatiri semakin ramai para pekebun akan berada di bawah paras kemiskinan, segala usaha kerajaan selama ini untuk mengurangkan kemiskinan menjadi sia-sia ........................



24 Oktober 2008

KEMURUNGAN PARA PEKEBUN KECIL

Sekarang ini harga komoditi kelapa sawit dan getah telah jatuh kepada RM250.00 satu metrik tan bagi kepala sawit dan RM1.50 sekilogram bagi getah, kekurangan lebih dari separuh dari harga pada bulan MAC 2008, diketika itu harga komoditi tersebut melonjak kepada RM850.00 bagi satu metrik tan bagi harga kelapa sawit dan RM5.00 sekilogram bagi getah, suatu lonjakan tertinggi didalam sejarah sejak sebelum merdeka lagi.

Dengan harga semurah ini, para pekebun kecil bagi kedua-dua komoditi tersebut, terpaksa membelanjakan sebahagian besar pendapatanya bagi membeli baja, racun dan upah yang telah melonjak sekali ganda dari harga sebelum kenaikan .

Baki tunai yang diterima setelah ditolak semua perbelanjaan menjadi semakin mengecil, maka semakin ramailah penduduk Malaysia menjadi miskin .

Bebanan menjadi semakin parah berikutan harga barang-barang yang telah melonjak begitu
tinggi, mahu atau tidak mahu kehidupan perlu diteruskan .

Beginilah nasib para pekebun sejak dari dahulu sampailah sekarang sentiasa seperti ombak, sentiasa turun naik .

Kepada yang beringat, dan sentiasa berjimat cermat, munkin kesan nya berkurangan sedikit,
tetapi bagi yang lain-lain, terpaksalah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.



23 Oktober 2008

PENDAHULUAN KATA







Hari ini adalah hari pertama aku menulis didalam blog LKTP1328 iaitu satu blog khusus yang aku wujudkan untuk mencoretkan apa juga aktiviti yang berlaku dan dilakukan oleh peneroka felda diseluruh
Malaysia’ amnya dan di Felda Kota Gelanggi 01 khasnya yang baru aku daftarkan hari ini.

Terlabih dahulu wajar bagiku untuk mengenang kembali kemasukan aku sebagai peneroka felda.

Aku mula menjadi peneroka felda pada Okt 1983, ketika itu aku berusia 28 tahun dan mempunyai 3 orang anak, aku masuk menggantikan peneroka yang terawal, yang lari kerana tidak sanggup lagi tinggal didalam felda atas faktor-faktor pribadi.

Felda Kota Gelanggi 01, adalah tempat yang Allah takdirkan untuk aku melakarkan hidupku, mewarnai hidupku, meneruskan sejarah hidup aku .

Terima kasih yang tidak terhingga kepada Allah Yarham Tun Abdul Razak Bin Husin pencetus adea penubuhan FELDA, apa tidaknya, kemasukan aku ke felda terus diberikan sebidang tanah seluas 14 ekar, yang siap bertanam dengan pokok-pokok kelapa sawit .

Pada tahun 1999 setelah 16 tahun aku menjadi peneroka di felda kota gelanggi 01, aku telah di berikan Geran hak milik " Pajakan mukim selama 99 tahun, yang akan berakhir pada 24 hb. ogos 2098 ".

Mulai harini aku akan mencoretkan apa sahaja yang berkaitan kehidupan, kenegaraan, malah apa sahaja yang di fikirkan patut untuk ditulis bagi mengisi ruang blok ini ................sekian wasallam .