09 Januari 2013
01 Januari 2013
Jawapan Kepada Arahan Faizol Ahmad
Video di bawah adalah petikan temuramah bloger Almankaraqi dengan peguam Ahmad Nizam berkaitan arahan Pengarah Besar Felda, Faizol Ahmad yang mengarahkan pengurus rancangan menyekat penceramah pembangkang masuk ke rancangan-rancangan felda.
Pilihan yang ada kepada pihak pembangkang ialah membawa perkara ini ke Mahkamah dan Mahkamahlah yang akan memutuskannya nanti, semoga Mahkamah dapat membuat satu keputusan yang memberikan kemenangan kepada rakyat yang mahu supaya sistem demokrasi yang kita amali kekal di amal dan dilaksanakan.
Terima kasih diatas usaha rakan bloger kita, Almankaraqi dan peguam Ahmad Nizam yang telah berjaya melaksanakan sesei temuramah tersebut walau pun didalam keadaan serba kekurangan.
Sekian Terima Kasih
dari azinang.
Dari penjelasan tersebut jelas di dapati, arahan tersebut sebenarnya menyalahi undang-undang negara tetapi demi nafsu serakah yang kononnya menyakini bahawa apa yang mereka buat sudah sangat betul dan tidak boleh di tegur lagi maka berlakulah insiden yang tidak sepatutnya berlaku di negara Malaysia yang kita cintai ini.
Pilihan yang ada kepada pihak pembangkang ialah membawa perkara ini ke Mahkamah dan Mahkamahlah yang akan memutuskannya nanti, semoga Mahkamah dapat membuat satu keputusan yang memberikan kemenangan kepada rakyat yang mahu supaya sistem demokrasi yang kita amali kekal di amal dan dilaksanakan.
Terima kasih diatas usaha rakan bloger kita, Almankaraqi dan peguam Ahmad Nizam yang telah berjaya melaksanakan sesei temuramah tersebut walau pun didalam keadaan serba kekurangan.
Sekian Terima Kasih
dari azinang.
31 Disember 2012
Arahan Dari Pengarah Besar Felda
Faizol Ahmad, pengarah besar felda
yang baru di lantik telah mengeluarkan arahan kepada pengurus-pengurus felda
diseluruh negara supaya menghalang segala aktiviti ceramah dari mana-mana
parti politik agar tidak diadakan didalam kawasan felda, menggunakan
kuasa yang sedia ada pada pengurus-pengurus dibawah akta GSA, alasannya bagi
mengekalkan keharmonian di dalam felda.
Arahan ini di berikan secara terbuka semasa taklimat kpd para perwakilan kpf di dewan perdana felda pada 27.12.12.
Yang menjadi persoalannya, kalau mengikut arahan yg di berikan, semua
parti politik tidak boleh bergiat di dalam rancangan, hanya kakitangan
felda sahaja yg boleh memberikan penerangan tetapi hakikatnya, umno
boleh, malah di berikan kerjasama penuh, ini arahan apa
namanya............... arahan taik kucing !
Di dlm negara
demokrasi, rakyat bebas berpolitik, apabila di sebut berpolitik, mana
munkin hanya di bolehkan menyokong kerajaan semata-mata, rakyat juga di
bolehkan menyokong polisi parti-parti lain yang berdaftar bagi persediaan
menghadapi PRU dan memilih kerajaan baru setelah parlimen di bubarkan.
Apa ni ....... umno dah betul-betul terdesak sehingga memperalatkan pengurus
rancangan bagi menghalang peneroka dari mendapat maklumat selain dari BN.
Konon kerana mahu jaga keharmonian, ini pun satu hujah yang tidak boleh dipakai, kita kena ingat, didalam felda atau di mana-mana perkampungan baik di kampung tradisional, dalam kawasan perumahan di bandar akan wujud pelbagai parti politik, apakah ada akta yang boleh menghalang rakyat dari menyertai mana-mana parti politik ?.
Kalau begitu usahlah di tulis di dalam perlembagaan negara Malaysia bahawa Malaysia adalah sebuah negara demokrasi, sebut saja bahawa di Malaysia ini hanya Umno sahaja yang akan memerintah sampai kiamat.
Kesimpulannya jika di takdirkan Allah
selepas PRU ke13 nanti Pakatan Rakyat yg berkuasa, selepas itu kerajaan PR beri
arahan, hanya parti yang menyokong PR saja boleh bergiat aktif di dalam
rancangan, Umno atau mana-mana parti yang menyokong BN tidak boleh, apa kamu
sokong ke....... itu sebab jika mahu buat peraturan mesti adil..... jika
tak boleh berpolitik, semua tak boleh.......Umno tak boleh dan PR juga
tak boleh..... boleh ke begitu ?
28 Disember 2012
Faizol Ahmad Sondol Demokrasi
Seperti yang saya tulis pada posting semalam 27.12.12 saya dan ramai lagi peneroka menghadiri apa yang disangka, AGM KPF yang di panggil oleh pengurus rancangan atas arahan oleh pengarah besar felda, Faizol Ahmad, ternyata bukan AGM sebenarnya tetapi satu taklimat yang telah diambil kesempatan oleh Faizol untuk bercakap berkaitan politik.
Bagi menyejukkan hati peneroka kerana memberi arahan supaya hadir tetapi AGM tak jadi, awal-awal lagi si Faizol ni dah bagi tahu bahawa alaun RM 200.00 bagi setiap perwakilan yang hadir tetap juga akan di bayar apabila balik kerancangan masing-masing melalui pengurus felda.
Apa yang pelik apabila beliau secara terang mengarahkan pengurus felda supaya bertindak menghalang sebarang ceramah politik yang baginya boleh memecah belahkan masyarakat rancangan tetapi yang tidak boleh berceramah itu adalah penceramah pembangkang manakala kalau BN tak apa.
Kalau dah ceramah politik tidak boleh, sepatutnya semua orang politik tak boleh masuklah, umno tak boleh PR juga tak boleh, baru betul, kalau PR tak boleh tetapi UMNO/BN boleh, ini peraturan apa ?
Beliau juga menyebut bahawa kami para perwakilan di kehendaki hadir ke Dewan Perdana Felda sekali lagi, munkin dua minggu dari sekarang, kerana ada usaha dari pihaknya yang merayu melalui Mahkamah Rayuan bagi membatalkan arahan Mahkamah Tinggi berkaitan AGM yang di batalkan ini.
Maknanya Isa Samad masih sedang berusaha untuk merampas kerusi pengerusi koperasi permodalan felda ini, maklumlah kpf mempunyai simpanan tunai yang banyak, inilah yang membuatkan ada orang yang tidak senang duduk selagi tidak memperolehinya.
Saya juga sempat menghadiri himpunan oren selamatkan felda hari ini.......( sila klik di bawah)
( 1,000 orang berhimpun desak Isa letak jawatan )
Kira-kira 1,000 orang - rata-ratanya memakai baju berwarna oren - berarak daripada masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) selepas solat Jumaat, menuju ke Wisma Felda Jalan Semarak hari ini untuk mengadakan perhimpunan dan serah memorandum kepada Felda.
26 Disember 2012
Arahan Mahkamah Cuba Di Persetankan
Pada hari semalam, telah heboh di internet memberitahu bahawa Hakim
Mahkamah Tinggi KL, Abang Iskandar Abang Hashim, membenarkan KPF untuk
mencabar keshahihan keputusan Panel Rujukan Pertikaian SKM pada 26 Nov
lalu yang membatalkan Mesyuarat Agung Tahunan KPF ke 31, 20 Jun lalu.
Mahkamah juga membenarkan permohonan KPF untuk menggantung arahan SKM yg mengarahkan KPF mengadakan semula AGM pada 27 Dis ini.
Tetapi itu semalam, namun hari ini lebih kurang jam 10.00 pg, saya menerima panggilan telefon dari seorang perwakilan KPF dari Keluang Johor, bekas pegawai felda dan pernah bertugas di gelanggi 1 satu masa dulu ia itu En Jaya, bertanyakan kepada saya, adakah terima berita baru yg kononnya mengatakan AGM tersebut di teruskan, saya kata saya tidak mendapat maklumat.
Pada petang ini lebih kerang jam 4.00 ptg saya ke pejabat felda kota gelanggi 1 untuk mendapatkan maklumat terkini dan di beritahu dengan di sertakan salinan e-mail dari ibu pejabat felda di KL yang berbunyi .........
E- mail terdahulu adalah di rujuk.
Adalah di sahkan MESYUARAT AGUNG KPF DIADAKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DI TETAPKAN, walaupun ada E-mail dari KPF/SKM. Semua Pengurus sila ambil perhatian dan pasti semua perwakilan hadir ke mesyuarat tersebut.
Sekian harap maklum.
SAPIE EMBONG
Penolong Pengurus Besar (k)
Saya yang menerima salinan tersebut dan membacanya dengan teliti dan fahamlah saya duduk perkara, maksudnya, esok geng Isa Samad yang memperalatkan semua Pengurus Felda supaya menghimpunkan semua perwakilan KPF yang walaupun dari segi undang-undang tidak dibolehkan, kerana sudah ada arahan Mahkamah yang menangguhkan AGM tersebut esok, TETAPI demi matlamat peribadinya, dia sanggup melanggar arahan Mahkamah, untuk cuba juga meneruskan AGM tersebut............. itulah realitinya.
Oleh itu esok, kepada perwakilan yang faham duduk perkara yang sebenar mesti membantah perancangan ISA SAMAD ini, selain melanggar arahan Mahkamah, ISA SAMAD jugs jelas cuba menghuruharakan KPF atau lebih tepat menghancurkan KPF demi matlamat peribadinya.
Mahkamah juga membenarkan permohonan KPF untuk menggantung arahan SKM yg mengarahkan KPF mengadakan semula AGM pada 27 Dis ini.
Tetapi itu semalam, namun hari ini lebih kurang jam 10.00 pg, saya menerima panggilan telefon dari seorang perwakilan KPF dari Keluang Johor, bekas pegawai felda dan pernah bertugas di gelanggi 1 satu masa dulu ia itu En Jaya, bertanyakan kepada saya, adakah terima berita baru yg kononnya mengatakan AGM tersebut di teruskan, saya kata saya tidak mendapat maklumat.
Pada petang ini lebih kerang jam 4.00 ptg saya ke pejabat felda kota gelanggi 1 untuk mendapatkan maklumat terkini dan di beritahu dengan di sertakan salinan e-mail dari ibu pejabat felda di KL yang berbunyi .........
E- mail terdahulu adalah di rujuk.
Adalah di sahkan MESYUARAT AGUNG KPF DIADAKAN SEPERTIMANA YANG TELAH DI TETAPKAN, walaupun ada E-mail dari KPF/SKM. Semua Pengurus sila ambil perhatian dan pasti semua perwakilan hadir ke mesyuarat tersebut.
Sekian harap maklum.
SAPIE EMBONG
Penolong Pengurus Besar (k)
Saya yang menerima salinan tersebut dan membacanya dengan teliti dan fahamlah saya duduk perkara, maksudnya, esok geng Isa Samad yang memperalatkan semua Pengurus Felda supaya menghimpunkan semua perwakilan KPF yang walaupun dari segi undang-undang tidak dibolehkan, kerana sudah ada arahan Mahkamah yang menangguhkan AGM tersebut esok, TETAPI demi matlamat peribadinya, dia sanggup melanggar arahan Mahkamah, untuk cuba juga meneruskan AGM tersebut............. itulah realitinya.
Oleh itu esok, kepada perwakilan yang faham duduk perkara yang sebenar mesti membantah perancangan ISA SAMAD ini, selain melanggar arahan Mahkamah, ISA SAMAD jugs jelas cuba menghuruharakan KPF atau lebih tepat menghancurkan KPF demi matlamat peribadinya.
24 Disember 2012
Mahkamah benar pemohonan batal AGM KPF 27 Dis
- Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Koperasi Permodalan Felda (KPF) dan seorang ahli lembaga pengarahnya untuk membatalkan mesyuarat agung tahunan (AGM) koperasinya yang dijadualkan pada 27 Disember.
Harakahdaily melaporkan Hakim Abang Iskandar Abang Hashim juga memberi kebenaran kepada KPF untuk mencabar keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) berhubung perkara yang sama.
SKM telah membatalkan AGM pada 20 Jun dan mengarahkan KPF, dalam surat pada 4 Disember, mengadakan satu lagi AGM untuk menyelesaikan konflik dalaman, termasuk pemilihan ahli lembaga pengarah bagi penggal 2012/13.
NGO yang berkaitan dengan PAS - ANAK - telah mempersoalkan pelantikan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi KPF dan Pengurus Besar Felda, Faizoull Ahmad sebagai KPF setiausaha koperasi itu

Ulasan -
Alhamdulillah, berjaya juga perjuangan " ANAK " membebaskan KPF dari cengkaman ISA SAMAD (walau pun jika ini utk sementara sekali pun) walau di kutuk, ditahan,di pukul oleh para penentang jelajah oren yg juga peneroka felda dan generasi kedua, ironinya perjuangan " ANAK " adalah utk semua.
Yg paling tdk adil didlm apa2 juga perjuangan ialah, kebiasaannya mereka yg tdk terlibat akhirnya mendapat manfaat yg paling besar, sebagai contoh di dlm pegangan KPF ini, para staf, meliputi pengurus felda dan lain2 baik di ibu pejabat felda atau di dlm rancangan felda lah yg mempunyai pegangan paling besar krn mereka boleh membuat pinjaman melalui Maybank sehingga beratus ribu ringgit ( bagi yg layak ) tetapi peneroka tdk boleh, ini dari pengalaman saya sendiri yg cuba mendapatkan pinjaman melalui Maybank di ibu pejabat felda KL di beritahu, pinjaman tersebut hanya utk staff felda sahaja, peneroka tdk terlibat, saya tanya, apa peneroka tak de duit nak bayar ke...... dia kata itu adalah arahan.
Begitulah lumrah alam !, yg bersusah payah berjuang sebenarnya tdk dpt apa2 atau dpt sikit je manakala yg senyap dan buat2 bodoh je tulah yg dpt manfaat besar..........hai...dunia2.
Lagi sebagai contoh, semasa menuntut kemerdekaan dulu pun begitu juga, yg masuk penjara keluar penjara adalah Ahmad Boestamam, Pak Sako dll tetapi yg akhirnya menjadi perdana menteri adalah Tunku Abdul Rahman yg sedap2 sebelum itu jadi DO........
Maka di sini saya mengambil kesempatan menyeru kpd yg terlibat, menentang perjuangan Mazlan Aliman dan lain2 ajk ANAK, insaflah, andalah sebenarnya yg lebih beruntung dari para penyokong jelajah oren contohnya, yg berpanas, berembun, dan menghadapi pelbagai rintangan lagi itu.
Munkin ada yg berhujjah kononya keputusan Mahkamah yg mengekalkan mesyuarat agung yg terdahulu itu merugikan kpf sendiri di masa depan krn akan timbul konfrantasi di antara geng Isa Samad dng pengerusi kpf skrg iaitu Datuk Zul, memang betul, namun jika geng Isa samad berjaya menggulingkan geng Datuk Zul juga mempunyai masaalah krn kita tahu Isa Samad adalah jerung yg sdg kelaparan.......
Kesimpulannya saya berpendapat KPF skrg ibarat mcm ikan termasuk dlm lukah, nak keluar tak boleh nak kedepan pun tak boleh, semuanya gara2 nafsu serakah manusia yg tamak yg tiada penghujungnya.
Utk selebihnya bolehlah sdr2 memberi komen masing2, saya mengeluarkan pendapat ini hanyalah sebagai seorg peneroka felda, pegangan saya didlm kpf pun sekadar puluhan ribu sahaja bukan ratusan ribu pun.......... sekian terima kasih.
10 September 2012
Cuma Petikan Dari Akhbar Harakah
Saya bukanlah seorang yang fanatik tetapi apa yang tersiar diakhbar Harakah ini bolehlah juga di buat panduan dan penilaian samada betul atau salah, kita ada akal dan kita kena menilai, jangan kita mudah menolak sesuatu tanpa membaca dan menilainya terlebih dahulu............... Terima Kasih dari azinang.
FGVHB: Bukti peneroka dikhianati makin terserlah
Maka pada tarikh puaka 28 Jun 2012 tercatatlah di dalam sejarah Malaysia satu lagi pengkhianatan besar oleh pemimpin Melayu ke atas umat Melayu. Kali ini dalam bentuk penggadaian tanah perladangan yang telah diusahakan peneroka Felda berabad-abad lamanya bersama-sama dengan rangkaian perniagaan yang dibina di atas biaya wang peneroka kepada kapitalis rakus yang tidak pernah mencurah barang setitik keringat pun dalam membangunkan hutan belantara menjadi tanah ladang luas terbentang.
Dalam tempoh 55 tahun, sudah terlalu banyak hak umat Melayu dikhianati. Dibawakan satu contoh di sini sebagai ilustrasi.
Dalam awal tahun 1980an, pemimpin Melayu melalui Bank Bumiputra Malaysia Berhad (yang ditubuhkan kononnya untuk menyediakan pembiayaan kepada orang Melayu menerokai dunia perdagangan dan perindustrian) telah mengkhianati orang Melayu dengan memberi pinjaman berbilion-bilion ringgit kepada seorang kapitalais penipu bernama George Tan, mengenepikan puluhan ribu umat Melayu yang pada ketika itu, amat dahagakan pembiayaan. Akhirnya, Bank Bumiputra Berhad kerugian RM3 bilion. Walau pun telah diselamatkan beberapa kali melalui suntikan wang Petronas (berbilion ringgit jumlahnya), BBMB akhirnya runtuh dan kini hanya tinggal batu nisan. Natijahnya, umat Melayu, setelah 55 tahun merdeka, kekal menjadi kaum termundur dalam dunia perdagangan dan perindustrian.
Dibandingkan dengan skandal BBMB, skandal penggadaian tanah Felda ini adalah satu pengkhianatan berganda-ganda besarnya. Harta paling strategik milik umat Melayu, iaitu, tanah tempat mereka dan keluarga bergantung hidup dan bertelapak, telah digadaikan kepada kapitalis yang sudah sedia kaya. Bukan tidak ada peneroka yang menentang pengkhianatan ini tetapi penentangan menjadi tidak bermaya apabila umat Felda disuakan dengan habuan kebendaan yang tidak seberapa nilainnya. Mereka telah termakan umpan keuntungan segera. Tidak cukup, mereka dibuai pula dengan lagu “putar alam” mainan media perdana yang menjadi alat pemimpin Melayu yang khianat. Malang sekali umat Melayu yang memiliki pemimpin yang khianat.
Setelah kertas bernama saham (yang menjadi sijil milik ke atas aset yang dipindahmilik secara tidak sah kepada syarikat bernama Felda Global Ventures Holding Berhad) bertukar tangan pada hari puaka itu, maka peneroka Felda hanya memilik 2.5% dari jumlah saham yang diapongkan dan 97.5% lagi berpindah ke tangan kapitalis yang mengejar keuntungan.
Jelas, peneroka telah termakan janji palsu bahawa “kepentingan mereka di dalam Felda tetap akan terpelihara dan tidak hilang barang seinci pun” walhal, akibat penyenarainan, pemilik majoriti kepentingan Felda sekarang ialah pelabur bukan peneroka. Apakah mereka mahu menafikan kenyataan bahawa mereka kini hanya memiliki 2.5% saham di dalam FGVHB dan 97.5% lagi sudah dikuasai dan dikawal oleh pelabur bukan peneroka? Sedarkah mereka bahawa daripada RM400 juta dividen awal yang bakal diagihkan, mereka hanya menerima RM10 juta sedangkan RM390 juta akan dinikmati pelabur bukan peneroka? Apakah mereka masih tidak mahu percaya bahawa akibat pengapongan saham FGVHB, pengurusan harta mereka termasuklah tanah milik peribadi mereka (seluas 10-14 ekar seorang) dan urusan jual-beli hasil, sudah dimonopoli dan diurus oleh FGVHB yang bukan lagi milik peneroka?
Satu perkara yang wajar didedahkan ialah, saham FGVHB pada awalnya dijangka diapongkan pada harga terbitan awam awal RM5.85 se saham. Tetapi, prestasi FGVHB yang menurun dan pasaran saham dunia yang lemah memaksa harga terbitan diturunkan kepada RM4.55 se saham, iaitu, penurunan sebanyak RM1.45 se saham.
Penyenaraian FGVHB yang dibuat dalam masa pasaran saham yang lemah ini telah membawa kerugian besar kepada Felda. Berdasarkan jumlah saham yang diapongkan, iaitu, 2.19 bilion unit, pada harga RM4.55 se unit, penyenaraian menjana RM9.93 bilion. Tetapi, pada harga RM5.85 seunit, dana yang dijana berjumlah RM11.8 bilion. Penyenaraian yang tergegsa-gesa yang gagal mengambilkira keadaan pasaran saham yang lemah telah membawa kerugian sebanyak kira-kira RM2 bilion kepada Felda dan FGVHB. Ini adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab, tidak professional dan mengkhianat Felda dan peneroka. Sepatutnya penyenaraian dibuat dalam keadaan pasaran yang membawa keuntungan maksimum kepada Felda.
Saham FGVHB diapongkan pada 28 Jun 2012 pada harga terbitan awam awal RM4.55 se saham (harga pembeli institusi) dan RM4.45 sesaham (harga pembeli runcit). Pada hari pertama pengapongan harga ditutup pada RM5.30 sesaham, kenaikan sebanyak RM0.75 atau 16.5%. Kenaikan ini sederhana berbanding dengan jangkaan bahawa harga saham FGVHB akan melonjak tinggi sehingga ke RM6.00-7.00 seunit menghasilkan keuntungan durian runtuh kepada pemegang saham. Ini tidak terjadi sehingga kini, setelah hampir dua setengah bulan saham diapongkan.
Harga tutup tertinggi pernah dicapai ialah RM5.50 se saham (pada 4 Julai dan 11 Julai). Harga tutup semalam (Rabu, 5 september 2012) ialah RM4.85 se saham, iaitu, premium sebanyak RM0.30 atau 6.6% di atas harga terbitan awam awal. Kenaikan harga yang sederhana ini memeranjatkan ramai penganalisis pasaran kerana lonjakan besar yang dijangka dan diuwar-uwarkan oleh pengerusi Felda tidak terjadi.
Di dalam prospektus penyenaraian FGVHB, tidak didedahkan unjuran keutungan untuk tahun 2012. Yang ada ialah maklumat kewangan interim (laporan kewangan tidak terodit) yang mendedahkan bahawa untuk tiga bulan pertama berakhir pada 31 Mac 2012, FGVHB untung sebanyak RM223.212 juta berbanding RM350.158 juta untuk tempoh yang sama (3 bulan) dalam tahun 2011, kemerosotan sebanyak RM126.944 atau 36.2%.
Laporan kewangan terkini (disiarkan oleh media pada 28 Ogos 2012) menunjukkan bahawa keuntungan FGVHB pada setengah tahun 2012 (6 bulan pertama berakhir 30 Jun 2012) berjumlah RM380.5 juta, lebih rendah daripada unjuran kebanyakan pengalisis pasaran. Jumlah keuntungan ini hanyalah 39% dari untung yang diunjurkan bagi tahun 2012 (sekitar RM1.2 bilion). Dibandingkan dengan keuntungan 6 bulan pertama 2011 (RM638.4 juta), keuntungan dalam 6 bulan pertama 2012 merosot sebanyak 34%, berpunca dari pengeluaran buah sawit (buah tandan segar) yang merosot, kenaikan kos operasi dan sumbangan sektor gula yang megecil.
Walaupun keuntungan kurang memuaskan, pada 28 Ogos 2012, FGVHB telah mengishtiharkan dividen awal (interim) sebanyak 5.5% se saham yang bakal dibayar pada atau sebelum 28 November 2012. Ini adalah tindakan untuk menyokong pasaran tetapi kesannya kepada harga saham nampaknya tidak memberangkan.
Pembayaran dividen ini tidak membawa apa-apa makna kepada nasib 112,000 peneroka kerana mereka hanya memegang 800 unit saham FGVHB se orang. Sebahagian besar dividen akan dinikmati oleh pemegang saham utama (cornerstone investors) yang terdiri daripada Lembaga Tabugn Haji, Kumpulan Wang Persaraan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan pengurus dana antarabangsa seperti BlackRock Fund Advisors, FIL Investment Mangement (Singapore) Ltd., Goldman Sachs Asset Management Brazil Ltda., The Vanguard Group, Inc., ThreadNeedle Asset Mangement Limited dan Legal and General Investment Management Ltd.
Kumpulan pemegang saham yang digelar “cornerstone investors” setakat ini menguasai 21.35% saham FGVHB dan merekalah yang akan mengaut sebahagian besar dividen. Golongan yang tidak pernah berjerih payah membangunkan hutan belentara menjadi perladangan terbesar di dunia kini mengaut nikmat terbesar sedangkan peneroka yang mengorbankan keringat, airmata dan darah - kerana mereka tidak mampu membeli sekeping kertas yang bernama saham - hanya menggigit jari.
Berikutan penyenaraian FGVHB, peneroka Felda diperuntukkan 800 unit saham setiap seorang. Namun, setelah lebih dairpada 2 bulan berlalu, didapati masih ramai yang belum membayar harga saham berkenaan (kira-kira RM3,800) kerana tidak mampu. Juga, ramai peneroka yang beranggapan saham itu adalah percuma. Ini bermakna, tanpa memiliki sekeping kertas bernama saham, peneroka tidak ada hak ke atas dividen 5.5% yang bakal dibayar.
Menyedari hal ini, Perdana Menteri mengisytiharkan bahawa Felda akan membiayai pembelian saham oleh peneroka dengan bayaran balik yang mudah sebanyak RM50 sebulan. Langkah baru ini mengesahkan bahawa penyenaraikan FGVHB tidak membawa apa-apa keuntungan kepada peneroka. Yang untung besar hanyalah kroni dan kaum pemodal tempatan dan antarabangsa yang sudah sedia kaya. Pemberian pembiayaan ini tidak lain hanyalah umpan untuk memancing undi peneroka. Manakah dia saham percuma yang pernah dijanjikan?
Selain dari itu, peneroka kononnya bakal diberi “bonus” RM400 seorang. Ini satu penipuan kerana yang bakal diberi kepada peneroka itu bukan “wang percuma” tetapi itu adalah dividen daripada saham yang mereka pegang (5.5% daripada 800 unit saham). Bukan semua peneroka akan mendapat dividen ini kerana ramai yang tidak membeli saham.
Ada penganalis berpandangan bahawa prestasi keuntugan FGVHB bagi setengah tahun terakhir 2012 akan bertambah baik kerana pengeluaran buah meningkat. Namun, majoriti penganalis mengunjurkan bahawa keuntungan bagi tahun kewangan 2012 akan lebih rendah dari unjuran awal memandangkan lebih dari 50% pokok sawit yang ada sudah tua dan perlu ditanam semula. Kos penanaman semula bakal berjumlah RM2.6 bilion. Kenaikan kos operasi bersama penurunan hasil buah memberi kesan negatif kepada prestasi syairkat menyebabkan harga saham akan tertekan. Jumlah saham yang besar dan keadaan pasar saham yang tidak menentu juga boleh membawa kesan menurun kepada harga saham. Persaingan sengit daripada pengeluar minyak sawit utama dunia, Indonesia, juga akan memberi kesan negatif kepada harga sawit and akhirnya menekan harga saham FGVHB.
Langgan:
Catatan (Atom)

