03 Disember 2010

Orang pandai pun kena tipu juga....

Wanita Singapura dituduh tipu Rashid Hussain RM7 juta

Fri, Dec 3, 2010
mahSHAH ALAM: Seorang wanita warga Singapura hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini kerana dituduh menipu ahli perniagaan Abdul Rashid Hussain sebanyak RM7 juta tahun lepas.
Sharida Abdul Majid, 46, juga ahli perniagaan, dituduh menipu Abdul Rashid di Peremba Square, Shah Alam, antara September 2009 dan 13 Nov 2009 dengan memperdayanya bahawa dia telah memperoleh kontrak bernilai tidak kurang 8 juta dolar Brunei (RM18.9 juta) serta menawarkan Abdul Rashid untuk menyertai kontrak itu.
Dia didakwa telah mendorong Abdul Rashid untuk  menyerahkan wang berjumlah RM7 juta melalui tiga keping cek Standard & Chartered Bank sebagai bahagian penyertaan beliau dalam kontrak itu.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan, membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan juga boleh didenda.
Sharida juga menghadapi pertuduhan menggunakan satu dokumen cagaran berharga, iaitu dua keping bil tunai syarikat High Motivations Sdn Bhd bertarikh 28 September 2009 sebagai tulen, antara 2 hingga 26 Oktober 2009, yang mana beliau mempunyai sebab untuk mempercayai dokumen itu adalah palsu.
Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan  yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda.
Sharida mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.
Ikat jamin RM1 juta
Pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Norshuhaida Zainal Azhar memohon mahkamah supaya mengenakan ikat jamin RM1 juta dengan dua orang penjamin warga Malaysia manakala pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.
"OKT (Orang kena tuduh) merupakan warga negara asing, rakyat Singapura…..ada kebarangkalian tinggi untuk beliau melarikan diri," katanya.
Peguam Mohd Azfar Abdullah, yang memberitahu mahkamah bahawa beliau adalah bekas suami Sharida, kemudian membuat rayuan bagi pihak wanita itu dan meminta supaya mahkamah mengenakan nilai jaminan yang rendah.
Katanya hasil perkongsian hidup dengan Sharida selama 23  tahun mereka dikurniakan empat anak, yang paling kecil berusia lima tahun.
"Oleh kerana OKT ibu tunggal, anak-anak memerlukan kehadirannya," katanya. Mohd Azfar berkata Sharida telah menetap di Malaysia selama 30 tahun dan beliau sendiri akan memastikan tertuduh hadir di mahkamah.
Katanya dalam perbicaraan nanti, Sharida akan diwakili peguam dari Tetuan Selvamookiah & Co kerana "beliau tidak sesuai mewakili tertuduh".
Wan Mohd Norisham kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM500,000 dengan dua penjamin warga Malaysia dan memerintahkan supaya pasport Sharida diserahkan kepada mahkamah.
Beliau juga menetapkan 7 Januari depan untuk sebutan semula kes.
- Bernama

Ingatkan orang bodoh je kena tipu...rupanya orang cerdik pun boleh ditipu juge.......

Tiada ulasan: