21 November 2010

Felda tubuhkan Bapak untuk menyaingi Anak


Nov 21, 10 3:59PM
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata penubuhan BAPAK sangat dialu-alukan kerana ia membantu menjelaskan dan menyelesaikan isu dengan lebih cepat.

Setelah saya terbaca berita diatas, saya hanya sengeh, terfikir juga bahawa sesungguhnya besar juga jasa Mazlan Aliman, dengan usahanya menubuhkan Anak dan bergerak keseluruh negara mendengar keluhan para peneroka dan mendapat sambutan pula, telah menyebabkan pihak-pihak yang selama ini enak tidur di tilam empok tersentak dan bangun terpinga-pinga......

Sebagai salah seorang peneroka felda, saya secara peribadi menyokong Mazlan Aliman menubuhkan Anak dan juga menyokong  Tan Sri Rozali Ismail   menubuhkan Bapak, bagi saya, peneroka tidak rugi apa-apa dengan kewujudan Anak dan Bapak ini malah memperolehi keuntungan pula.

Sebenarnya, didalam dunia ini sering wujud orang-orang yang berkepentingan yang berjuang demi kepentingan mereka sendiri, didalam keadaan seperti ini para penerokalah yang perlu bijak mempergunakan orang-orang seperti ini demi kepentingan mereka.

Masaalah yang sering berlaku ialah, para peneroka ini, oleh kerana ketaksupan mereka kepada sesuatu pihak, telah bertindak memusuhi orang yang mahu menolong mereka dengan alasan pihak tersebut ada kepentingan, disini kita perlu bertanya kepada mereka-mereka ini siapa yang tiada kepentingan.....


Apakah kewujudan Bapak ini tiada kepentingan ?


Tan Sri Rozali Ismail ialah seorang ezekutif yang sedang mencari kedudukan didalam Umno, oleh itu sebagai usaha menonjolkan dirinya, maka timbullah idea mewujudkan Bapak sebagaimana Azlina Othman membawa idea Putri Umno kepada Mahathir semasa Mahathir menjadi PM dahulu.


Maka andaikata usaha Rozali ini berjaya, siapa yang untung ? sudah tentulah Rozali yang akan menerima keuntungannya, munkin diketika itu beliau akan di calonkan bertanding di dalam PRU dan jika menang akan dilantik sebagai Menteri yang berkaitan dengan Felda pula.


Tambahan pula kini kerajaan menyedari bahawa simpanan tetapnya selain pengundi di Sabah, Serawak, dan pengundi Pos ialah peneroka Felda, oleh itu sesuatu perlu dilakukan bagi mengekallkan sokongan tersebut terutama menjelang PRU ke 13 nanti, maka semua ini adalah berkaitan kepentingan belaka.


Apakah kewujudan Anak tiada kepentingan ?


Memang diakui, kewujudan Anak melalui Mazlan Aliman juga mempunyai kepentingan, ini adalah kerana Mazlan Aliman adalah salah seorang AJK PAS pusat dan memegang jawatan sebagai pengerusi biro felda Pas di peringkat kebangsaan dan antara peranan Mazlan ialah menarik seramai munkin para peneroka supaya menyokong Pas.

Nah kini terbukti kedua-dua pihak yang menerajui dan mengerakkan Anak dan Bapak mempunyai kepentingan, oleh itu para penerokalah yang perlu bijak memperalatkan mereka dan bukan membiarkan NGO ini memperalatkan peneroka.


Antara cara bijak para peneroka ialah perlu memberikan sokongan kepada Kedua-dua NGO ini dan biarkan mereka menyelesaikan masaalah para peneroka dan kita perhatikan siapa diantara kedua-dua NGO ini yang lebih bekerja keras di dalam menyelesaikan masaalah peneroka dan setelah itu kita bolehlah  memberikan sokongan kepada salah satu dari mereka.

Dari apa yang kita perhatikan, oleh kerana Anak terlebih dahulu di tubuhkan, kita dapati NGO ini lebih terkedepan didalam memperjuangkan masaalah peneroka manakala pihak-pihak yang mahu menerajui Bapak ini lebih banyak bertindak menidakkan masaalah yang dihadapi dan cuba memusuhi para peneroka yang membuat aduan masaalah mereka kepada Anak.

Kini munkin setelah menyedari bahawa tindakkan menidakkan masaalah yang dihadapi oleh para peneroka adalah satu tindakan yang merugikan kerajaan sendiri, baru mereka kini terhegeh-hegeh mahu menubuhkan Bapak dan cuba mengambil tahu masaalah peneroka pula.

Sama-samalah kita para peneroka memperhatikan kesungguhan AJK Bapak ini didalam kerja-kerja mereka menyelesaikan masaalah para peneroka, apakah ada kesungguhan dikalangan AJK ini atau sekadar gempak menjelang PRU13 sahaja.





Tiada ulasan: