16 September 2010

Baru Nak Teliti Semula Kertas Siasatan.....

Sehingga kehari ini, pembongkaran demi pebongkaran yang muncul berkaitan pembunuhan yang dilakukan terhadap Datuk Sosilawati telah terungkai dengan cepatnya, tahniah diucapkan kepada pasukan polis kita diatas ketangkasan tindakan mereka itu. (Klik disini )

Namun disebalik kecepatan itu, timbul beberapa tanda tanya diatas kelembapan tindakan pihak polis terhadap suspek yang sama, yang selama ini juga dilapurkan oleh beberapa mangsa yang lain terhadap suspek.

Malah berani saya mengatakan bahawa, jika bukanlah Datuk Sosilawati yang mengalami nasib tersebut, munkin kes ini masih belum terungkai, persoalan nya, kenapa terjadinya demikian ?

Kenapa semua lapuran yang di lapurkan kepada polis oleh mangsa-mangsa yang melibatkan suspek Datuk K. Patmanaban itu, yang juga meliputi semua kaum, tidak diambil tindakan ?

Apakah kalau kes melibatkan orang-orang kenamaan, maka pihak polis tidak berani bertindak, cuma kes yang melibatkan orang-orang biasa sahaja baru polis akan bertindak.

Nasib baik kes ini melibatkan usahawan wanita terkenal tanah air Datuk Sosilawati, jika tidak nasibnya akan sama dengan kes-kes yang lain, itulah yang saya sangat kesalkan, sampai bila keadaan ini akan berlaku, siapakah dan kerajaan manakah yang akan boleh merungkai kekusutan ini...............

Kini pihak polis baru nak meneliti semula kertas siasatan yang melibatkan kes Datuk K. Patmanaban
ini, semua fail-fail lama di buka kembali dan di beri perhatian semula.

Cuma yang bagusnya, nasib Datuk K. Patmanaban ini adalah seperti kata pepatah " sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ketanah juga "

Diharapkan mereka-meraka yang durjana ini akan dihukum dengan seberat-beratnya iaitu di hukam gantung sampai mati di tali gantung, iaitu sama seperti nasib yang di alami Mona Fendy dan suaminya yang membunuh dengan cara memotong anggota tubuh Datuk Mazlan sehingga menjadi 18 ketulan dan ditanam didalam lubang dan disimen pula diatasnya dahulu..........

Tiada ulasan: